JustMarkets mendedahkan mengapa pedagang memantau keluaran IHP akan datang apabila inflasi Kembali
KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Pada 27 Julai, JustMarkets mengeluarkan analisis pasaran komprehensif yang memperincikan kebangkitan semula inflasi sebagai tema utama dalam pasaran kewangan global. Berikutan tempoh tenang yang agak lama, tekanan yang semakin meningkat daripada harga komoditi telah mendorong firma itu untuk mengetengahkan bagaimana pedagang harus sekali lagi memantau prospek inflasi, perubahan dasar bank pusat dan keadaan pasaran yang sentiasa berubah.
Mengapa Harga Tenaga Penting untuk Inflasi
Tenaga merupakan antara faktor utama yang mempengaruhi dinamik inflasi. Kenaikan kos minyak, gas asli dan bahan api bermakna perbelanjaan dalam pengangkutan, pengeluaran, logistik serta operasi rantaian bekalan turut meningkat. Lama–kelamaan, syarikat mungkin mencari jalan untuk memindahkan sebahagian kos ini kepada pelanggan, sekali gus mendorong kenaikan harga.
"Dengan inflasi kembali meningkat didorong oleh harga tenaga, pedagang mesti terus berwaspada. Siaran IHP yang akan datang merupakan pemangkin kritikal yang akan menentukan turun naik pasaran dan dasar bank pusat," ramal wakil JustMarkets.
Mengapa CPI Faktor Penting yang Pengaruhi Pasaran
Data CPI begitu penting memandangkan ia memberi kesan secara langsung terhadap jangkaan bank pusat. Apabila inflasi lebih tinggi daripada kadar yang dijangka, pasaran akan menjangkakan bank pusat akan menaikkan kadar faedah. Sebaliknya, inflasi yang lebih rendah daripada jangkaan membuatkan pelabur menilai semula kemungkinan berlakunya perubahan dasar monetari.
Beberapa trend pasaran yang penting berpotensi terjejas dengan situasi sebegitu:
- permintaan USD meningkat atau menurun
- pergerakan dalam pulangan bon (yields)
- pergerakan harga emas
- pergerakan harga komoditi
- indeks volatiliti ekuiti
Mengapa Trader Beri Perhatian Kepada Angka Inflasi Seterusnya
Keadaan semasa pasaran agak rumit. Ini kerana risiko inflasi tinggi terus meningkat, namun pada masa yang sama, pertumbuhan ekonomi kekal tidak stabil. Secara umum, pertumbuhan ekonomi yang tidak menentu biasanya akan mendorong bank pusat mengambil langkah yang kurang ketat, seperti menurunkan kadar faedah dan melonggarkan dasar monetari.
Pasaran Mana Paling Sensitif Terhadap CPI?
Hampir semua pasaran kewangan akan memberi reaksi apabila data inflasi diumumkan.
Pasaran Forex
Pasangan forex utama, seperti EUR/USD, GBP/USD, dan USD/JPY, cenderung memberi reaksi ketara terhadap laporan inflasi apabila angka yang diumumkan mempunyai kesan besar kepada jangkaan Rizab Persekutuan atau mana–mana bank pusat utama.
CFD Emas
CFD emas sangat sensitif terhadap jangkaan inflasi, kadar sebenar (real rates), dan dolar AS. Harga CFD emas boleh berubah secara mendadak selepas laporan inflasi, berdasarkan sama ada pelabur menjangkakan dasar monetari yang lebih ketat atau lebih longgar.
Indeks Ekuiti
Indeks sham biasanya memberi reaksi terhadap inflasi melalui perubahan dalam kadar faedah. Inflasi yang lebih tinggi mungkin mendorong kos pinjaman lebih tinggi serta tekanan terhadap nilai saham. Sebaliknya, inflasi lebih rendah akan meningkatkan tahap kecenderungan pelabur mengambil risiko.
Komoditi
Komoditi sering memberi reaksi terhadap kedua-dua jangkaan inflasi serta faktor yang mempengaruhi inflasi.
Bagaimana Persediaan Trader Menghadapi Volatiliti CPI
Pengumuman CPI berpotensi menyebabkan turun naik harga yang mendadak, spread lebih lebar dan mungkin juga slippage. Jadi, trader perlu bersedia lebih awal. Ramai trader yang menyemak kalender ekonomi mereka, membandingkan ramalan dengan data terdahulu, menganalisis posisi mereka, serta menetapkan risiko sebelum pengumuman dibuat.
JustMarkets dapat membantu trader lebih bersedia dengan menawarkan berita pasaran masa nyata, kalendar ekonomi, kemampuan berdagang dalam pelbagai aset, fungsi analisis carta, dan penyelesaian pengurusan risiko yang lain.
Kesimpulan
Inflasi akan terus memainkan peranan penting dalam membentuk hala tuju pasaran 2026. Harga tenaga yang lebih tinggi, ketidaktentuan dalam keputusan bank pusat, dan landskap pertumbuhan ekonomi yang lemah boleh menjadikan setiap angka CPI begitu kritikal. Bukan sekadar melakukan analisis, tetapi trader juga perlu tahu impak angka CPI ini terhadap pasaran –kadar faedah, trend USD, pulangan bon, sentimen pasaran, dan pengagihan aset dalam semua sektor.
Penafian: Hanya untuk tujuan maklumat sahaja. Dagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang besar dan mungkin hanya sesuai untuk pelabur tertentu sahaja. Pastikan anda benar-benar memahami risiko yang terlibat dan berdagang secara bertanggungjawab.
SOURCE JustMarkets
Share this article