JustMarkets Menganalisis Bagaimana Dasar Bank Pusat Mempengaruhi Pasaran Mata Wang
KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 Julai 2026 /PRNewswire/ -- Bank pusat memainkan pengaruh penting kepada pasaran tukaran wang asing. Segala keputusan berkaitan kadar faedah, dasar monetari, serta jangkaan inflasi dan pertumbuhan ekonomi semuanya mempengaruhi bagaimana mata wang bernilai antara satu sama lain. Dalam pasaran forex, dasar bank pusat merupakan aspek penting untuk difahami kerana ia sering menjadi asas kepada setiap pergerakan mata wang.
"Memahami dasar bank pusat bukan lagi sekadar untuk pemain institusi. Dalam pasaran yang saling berkait pada masa kini, pedagang biasa perlu memahami faktor-faktor pemacu makroekonomi ini bagi menjangka pergerakan mata wang dan mengurus risiko dengan berkesan," kata wakil JustMarkets.
Mengapa Dasar Bank Pusat Penting
Mata wang didagangkan secara berpasangan (pair), dan nilai mata wang ditentukan secara perbandingan. Sesebuah mata wang boleh mengukuh disebabkan prestasi ekonominya atau hanya semata-mata bank pusat negara tersebut dilihat lebih agresif berbanding yang lain.
Jika Rizab Persekutuan (Fed) mengumumkan hasrat untuk menaikkan kadar faedah manakala ECB kekal dengan dasar monetari yang longgar, berdasarkan rekod terdahulu, dolar lebih cenderung mengukuh berbanding euro. Kenaikan kadar faedah biasanya merangsang permintaan terhadap instrumen kewangan yang dikeluarkan dalam mata wang tertentu kerana hasil pulangan yang lebih tinggi.
Perbezaan Dasar: Faktor Utama yang Mempengaruhi Trend FX
Apabila bank pusat mengambil pendekatan dasar yang berbeza atau memberi isyarat hala tuju masa depan yang tidak sama, perbezaan dasar (policy divergence) akan berlaku. Ia menghasilkan jurang dalam kadar faedah, jangkaan pasaran, dan aliran modal.
Tiga faktor yang dapat menjelaskan bagaimana perbezaan dasar mempengaruhi pasangan mata wang:
- Perbezaan kadar faedah: modal biasanya akan mengalir ke dalam negara yang menawarkan kadar faedah lebih tinggi.
- Jangkaan masa depan: pasaran lazimnya sudah mengambil kira kesan dasar yang dijangkakan.
- Sentimen risiko pelabur: tahap kesanggupan risiko global boleh menguatkan atau melemahkan kesan perbezaan dasar.
Impak terhadap Pasangan Mata Wang Utama
Reaksi pasangan mata wang utama terhadap perubahan dasar monetari bank pusat adalah berbeza-beza.
- Kadar EUR/USD sangat sensitif terhadap perbezaan dasar monetari antara Fed dan ECB. Jika pendekatan Fed lebih hawkish berbanding ECB, EUR/USD mungkin jatuh. Pada masa yang sama, kenyataan rasmi yang tegas oleh ECB dalam sidang media, serta perubahan jangkaan inflasi boleh mencetuskan pergerakan berbalik arah (reversal).
- USD/JPY lebih cenderung mengikut perbezaan antara jangkaan pulangan bon dan dasar monetari di Jepun. Apabila Fed memilih untuk melaksanakan dasar monetari ketat manakala BoJ kekal dengan pendirian longgar, USD/JPY berpotensi meningkat.
- Kadar GBP/USD dipengaruhi oleh dasar Bank of England dan Fed, manakala faktor fundamental ekonomi UK seperti kos tenaga buruh, kadar inflasi, angka KDNK juga perlu dipertimbangkan.
- AUD/USD bergerak mengikut jangkaan hasil pulangan bon, sentimen pasaran serta permintaan terhadap komoditi.
- Pasangan mata wang USD/CHF dipengaruhi oleh perbezaan dasar monetari dan aliran modal selamat ke dalam kelas aset CHF.
Apa yang Perlu Menjadi Fokus Trader
Menumpukan semata-mata kepada keputusan kadar faedah adalah tindakan yang kurang tepat. Apa yang lebih penting adalah memahami konteks yang lebih menyeluruh. Faktor-faktor ini mungkin melibatkan jangkaan pasaran sebelum pengumuman tersebut, nada kenyataan untuk masa hadapan, unjuran baharu untuk inflasi/pertumbuhan, dan pergerakan dalam pulangan bon.
Dagangan Ketika Pengumuman Bank Pusat
Perubahan kadar faedah yang diumumkan oleh bank pusat boleh menjadi sumber pencetus volatiliti tinggi, spread semakin besar dan pergerakan arah pasaran yang pantas. Trader yang memegang posisi dalam masa pendek mungkin akan memberi tumpuan kepada reaksi serta-merta pasaran terhadap pengumuman tersebut, sementara mereka yang menggunakan strategi jangka masa sederhana pula lebih cenderung menunggu pengesahan selepas fasa volatiliti awal mereda.
Penafian: Hanya untuk tujuan maklumat sahaja. Dagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang besar dan mungkin hanya sesuai untuk pelabur tertentu sahaja. Pastikan anda benar-benar memahami risiko yang terlibat dan berdagang secara bertanggungjawab.
SOURCE JustMarkets
Share this article