Kejayaan Penyempurnaan Pemerolehan Upper View Regalia Hotel oleh AMTD di Malaysia Bernilai AS$38 Juta
PARIS dan NEW YORK dan LONDON, 31 Mei 2026 /PRNewswire/ -- AMTD Group Inc. ("AMTD Group"), AMTD IDEA Group (NYSE: AMTD; SGX: HKB), AMTD Digital Inc. (NYSE: HKD), dan The Generation Essentials Group ("TGE", NYSE: TGE; LSE: TGE), subsidiari AMTD Digital Inc., (secara kolektif, "AMTD"), mengumumkan secara bersama kejayaan penyempurnaan pemerolehan kepentingan majoriti besar oleh TGE dalam Upper View Regalia Hotel di Kuala Lumpur, Malaysia, dengan jumlah pertimbangan sebanyak AS$38 juta.
Upper View Regalia Hotel terletak di No. 2 Jalan Anjung Putra, Off Jalan Sultan Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia. Berada di kedudukan strategik di tengah-tengah kawasan komersial dan perniagaan utama bandar raya itu, hartanah berkenaan menikmati kesalinghubungan yang sangat baik serta akses mudah ke mercu tanda utama termasuk Sunway Putra Mall dan Putra World Trade Centre (PWTC) yang kedua-duanya hanya berjarak sejauh beberapa minit berjalan kaki, serta Open University Malaysia yang berdekatan.
Hartanah tersebut merangkumi 129 bilik tamu dan 80 petak letak kereta, serta mempunyai kolam infiniti atas bumbung istimewa yang menawarkan pemandangan panoramik latar langit Kuala Lumpur pada waktu siang dan malam. Selepas penyempurnaan pemerolehan itu, hotel berkenaan akan menjalani kerja pengubahsuaian menyeluruh. Selain itu, papan tanda atas bumbung AMTD akan dipasang bagi menjadikan hotel tersebut tambahan baharu kepada portfolio hotel berjenama AMTD, di samping iclub AMTD Sheung Wan Hotel (Hong Kong), Dao by Dorsett AMTD Singapore dan AMTD IDEA Tribeca Hotel (New York).
Hotel-hotel berjenama AMTD memfokuskan untuk menawarkan perkhidmatan kepada warga global dan komuniti tempatan yang menghargai pengalaman gaya hidup serta hospitaliti berkualiti tinggi. Malaysia mewakili pasaran strategik yang penting untuk AMTD, disokong oleh pertumbuhan ekonomi berdaya tahan, perbelanjaan pengguna yang kukuh dan salah satu populasi penutur bahasa Cina terbesar di luar China. AMTD komited untuk memenuhi keperluan hospitaliti dan mobiliti yang semakin berkembang daripada komuniti Cina dan Asia yang semakin luas di Malaysia.
Pelaburan dalam sektor hospitaliti ini turut mengukuhkan lagi komitmen jangka panjang dan lebih luas AMTD terhadap pasaran Malaysia. Dalam sektor perfileman, AMTD menerbitkan filem Malaysia "Mother Bhumi" yang diarahkan oleh pembikin filem yang memenangi anugerah Chong Keat Aun dan dibintangi oleh Fan Bingbing, dengan pengasas AMTD, Dr. Calvin Choi bertindak sebagai penerbit eksekutif. Filem tersebut menikmati kejayaan besar dengan memenangi tiga anugerah menerusi Golden Horse Awards ke-62, termasuk Pelakon Wanita Terbaik untuk Fan Bingbing, Sinematografi Terbaik dan Lagu Asal Filem Terbaik. Baru-baru ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut berkenan menerima mengadap Fan Bingbing dan pasukan produksi "Mother Bhumi" di Istana Pasir Pelangi. Di samping itu, L'OFFICIEL (Women's Edition), L'OFFICIEL Hommes (Men's Edition) dan LA REVUE DES MONTRES (ulasan jam tangan mewah) AMTD turut menunjukkan prestasi kukuh dan bersepadu mendalam dengan landskap fesyen, budaya dan gaya hidup Malaysia. Bermula dengan menembusi pasaran melalui filem dan media kepada mewujudkan kehadiran hospitaliti fizikal, strategi AMTD di Malaysia adalah untuk memupuk pasaran secara mendalam dan mewujudkan nilai jangka panjang yang mampan.
Penyempurnaan transaksi ini merupakan satu lagi pencapaian strategik yang penting dalam pengembangan portfolio hospitaliti TGE. Selepas transaksi tersebut dimuktamadkan, portfolio hospitaliti AMTD kini menghampiri sejumlah 1,000 bilik, sekali gus mengukuhkan lagi jejaknya yang semakin berkembang dan komitmen jangka panjangnya terhadap bidang hospitaliti global.
Latar Belakang AMTD Group
AMTD Group ialah sebuah konglomerat yang mempunyai portfolio perniagaan teras dalam sektor media dan hiburan, pendidikan dan latihan, serta aset premium dan hospitaliti.
Latar Belakang AMTD IDEA Group
AMTD IDEA Group (NYSE: AMTD; SGX: HKB) mewakili sebuah institusi terpelbagai dan kumpulan konglomerat penyelesaian digital yang menghubungkan syarikat dan pelabur dengan pasaran global. Perkhidmatan perniagaan sehenti yang komprehensif serta platform penyelesaian digitalnya memenuhi keperluan perniagaan dan kehendak digital pelanggan yang pelbagai dan saling berkaitan merentas semua fasa kitaran hayat. AMTD IDEA Group berada pada kedudukan unik sebagai penghubung super aktif antara pelanggan, rakan niaga, syarikat penerima pelaburan dan pelabur, selain menghubungkan Timur dan Barat. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.amtdinc.com atau ikuti kami di X (dahulunya dikenali sebagai "Twitter") di @AMTDGroup.
Latar Belakang AMTD Digital Inc.
AMTD Digital Inc. (NYSE: HKD) ialah platform penyelesaian digital komprehensif yang beribu pejabat di Perancis. Platform penyelesaian digital sehentinya mengendalikan rangkaian perniagaan utama termasuk media digital, perkhidmatan kandungan dan pemasaran, pelaburan serta perkhidmatan hospitaliti dan VIP. Untuk mengetahui pengumuman daripada AMTD Digital, sila layari https://ir.amtdigital.net/investor-news.
Latar Belakang The Generation Essentials Group
The Generation Essentials Group (NYSE: TGE; LSE: TGE) yang ditubuhkan bersama AMTD Group, AMTD IDEA Group (NYSE: AMTD; SGX: HKB) dan AMTD Digital Inc. (NYSE: HKD), beribu pejabat di Perancis dan memfokuskan strategi serta pembangunan global dalam hal ehwal multimedia, hiburan dan budaya di seluruh dunia serta perkhidmatan hospitaliti dan VIP. TGE merangkumi L'Officiel, The Art Newspaper serta projek filem dan hiburan. Secara kolektifnya, TGE merupakan portfolio perniagaan media dan hiburan terpelbagai, dan portfolio hartanah premium global. TGE juga merupakan pengurus penaja syarikat pemerolehan tujuan khas (SPAC), dengan SPAC pertamanya berjaya mengumpul dana dan menetapkan harga pada 18 Disember 2025.
Pernyataan Safe Harbor
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan yang mungkin merupakan "pernyataan pandang ke hadapan" menurut peruntukan "safe harbor" Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian A.S. 1995. Pernyataan pandang ke hadapan ini boleh dikenal pasti melalui istilah seperti "akan", "menjangkakan", "meramalkan", "bermatlamat", "masa depan", "berhasrat", "merancang", "percaya", "menganggarkan", "berkemungkinan" dan pernyataan seumpamanya. Pernyataan yang bukan fakta sejarah, termasuk pernyataan mengenai kepercayaan, rancangan dan jangkaan AMTD IDEA Group, AMTD Digital dan/atau The Generation Essentials Group, merupakan pernyataan pandang ke hadapan. Pernyataan pandang ke hadapan melibatkan risiko dan ketidakpastian yang wujud. Maklumat lanjut berhubung risiko ini dan risiko lain dimasukkan dalam pemfailan AMTD IDEA Group, AMTD Digital dan The Generation Essentials Group dengan SEC. Semua maklumat yang diberikan dalam siaran akhbar ini adalah setakat tarikh siaran akhbar ini dan AMTD IDEA Group, AMTD Digital dan The Generation Essentials Group tidak menanggung apa-apa kewajipan mengemas kini mana-mana pernyataan pandang ke hadapan, kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang yang dikenakan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Untuk AMTD IDEA Group:
Pejabat IR
AMTD IDEA Group
EMEL: [email protected]
Untuk AMTD Digital Inc.:
Pejabat IR
AMTD Digital Inc.
EMEL: [email protected]
Untuk The Generation Essentials Group:
Pejabat IR
The Generation Essentials Group
EMEL: [email protected]
SOURCE AMTD IDEA Group; AMTD Digital Inc.; The Generation Essentials Group
Share this article