Lebih Daripada Sushi: Sushi King Memperkenalkan Pengalaman Yakiniku Pertama Mereka di Seluruh Malaysia
Daripada pilihan daging Wagyu premium hinggalah tawaran pengalaman menjamu selera interaktif bersama keluarga dan rakan-rakan, Sushi King terus memperluaskan inovasi menunya, menjadikan hidangan Jepun yang berkualiti lebih menarik, mudah diakses dan berpatutan untuk semua.
KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Jun 2026 /PRNewswire/ -- Setelah 31 tahun menjadi antara destinasi sajian Jepun paling digemari di Malaysia, Sushi King kini memperluas pengalaman menjamu seleranya menerusi pelancaran pengalaman Yakiniku Sushi King serba baharu di semua cawangan seluruh negara. Berpaksikan semangat inovasi yang sama di sebalik konsep ikonik Kaiten Sushi, pengalaman baharu ini menawarkan rakyat Malaysia cara yang menyeronokkan dan interaktif untuk memanggang daging premium sambil mencipta detik bermakna bersama rakan dan keluarga.
Pengenalan yakiniku ini mencerminkan komitmen berterusan Sushi King untuk terus berkembang seiring perubahan gaya hidup dan pilihan menjamu selera rakyat Malaysia, sambil membawa nafas baharu kepada pengalaman menjamu selera harian. Lebih daripada sekadar penambahan menu, pengalaman baharu yang menarik ini menegaskan aspirasi jenama ini untuk menjadikan detik kebersamaan berkualiti lebih mudah didapati dan dinikmati serta berpatutan dengan menawarkan para pelanggan pengalaman premium mampu milik tanpa kompromi terhadap cita rasa, keselesaan atau keseronokan.
Menu yakiniku baharu ini membolehkan lebih ramai pelanggan menikmati potongan daging premium serta pilihan sajian lain, dengan kepelbagaian hidangan yang memenuhi pelbagai cita rasa bagi setiap orang - daripada pencinta sushi dan peminat hidangan gril kepada keluarga serta pelanggan yang ingin berkumpul untuk menikmati hidangan bersama dalam suasana yang lebih meriah. Menu yakiniku serba baharu ini menawarkan hidangan set Signature Grill, bermula daripada RM22.90 untuk pelbagai pilihan premium seperti set Beef Kalbi, set Lamb Shoulder dan set Salmon. Para pelanggan yang ingin menikmati pilihan yang lebih premium juga boleh menikmati Wagyu and Angus Striploin Deluxe Combo Set Meal, serta set Signature Grill Unagi dan Tiger Prawn, daripada hanya RM35.90 setiap set. Setiap set lengkap dengan nasi kukus Jepun yang gebu, sayuran segar yang rangup, sup wakame yang kaya rasa, jeruk pedas dan sos istimewa, menjanjikan pengalaman yakiniku yang memuaskan serta berbaloi. Sama ada memilih hidangan tambahan mengikut cita rasa, berkongsi set Deluxe Combo bersama rakan-rakan, atau sekadar menikmati pengalaman memanggang bersama yang cukup "kaw kaw", Yakiniku Sushi King menawarkan pengalaman menjamu selera baharu yang meriah, interaktif dan menyelerakan, direka khas untuk rakyat Malaysia untuk berkumpul, mengeratkan hubungan dan menikmati hidangan bersama.
"Sushi King sentiasa berpegang pada hasrat untuk menyatukan orang ramai melalui makanan yang lazat dan pengalaman yang bermakna," kata Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Fumihiko Konishi, Pengasas Sushi King Sdn Bhd. "Selama 31 tahun, kami terus berinovasi untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia - daripada menjadi rangkaian restoran pertama yang menawarkan masakan Jepun yang halal di Malaysia, hingga kini memperkenalkan pengalaman menjamu hidangan yakiniku serba baharu di seluruh negara. Seiring perubahan tabiat menjamu selera, kami mahu Sushi King terus menjadi tempat orang ramai berkumpul, meraikan detik istimewa, berhubung semula dan mencipta kenangan baharu bersama rakan-rakan serta insan tersayang. Matlamat kami mudah: untuk menjadikan pengalaman menjamu selera Jepun yang menyeronokkan lebih mudah diperoleh, selesa dan bermakna untuk semua."
Dianggap secara meluas sebagai rangkaian restoran Jepun halal terbesar di Malaysia, Sushi King telah lama dipercayai untuk menyajikan masakan Jepun berkualiti dengan kemudahan dan aksesibiliti sebagai terasnya. Selain sushi dan tawaran yakiniku yang baharu dilancarkan, Sushi King turut menawarkan pelbagai hidangan kegemaran pelanggan termasuk sashimi, bento, donburi, kari Jepun, ramen dan banyak lagi - memberikan rakyat Malaysia rangkaian pilihan sajian Jepun yang luas untuk setiap cita rasa dan acara istimewa, sambil mencerminkan semangat inovatif jenama ini serta usaha berterusannya untuk menyediakan pengalaman menjamu selera yang luar biasa. Jenama ini juga baru-baru ini memperkenalkan wajah dan konsep baharu yang lebih segar di seluruh negara melalui pembaharuan menyeluruh reka bentuk dalaman cawangan, menampilkan rekaan restoran yang lebih moden namun masih jelas berinspirasikan Jepun. Menggabungkan elemen Jepun dengan persekitaran yang mesra dan selesa, ruang yang diperbaharui ini direka dengan teliti untuk menampung keluarga, sesi makan berkumpulan dan pertemuan sosial dengan lebih baik.
Pelancaran yakiniku menandakan satu lagi pencapaian yang mengujakan buat Sushi King, memperkenalkan pengalaman menjamu selera bersama yang lebih meriah dan interaktif dengan pilihan set gril yang kaya rasa, disediakan untuk setiap cita rasa dan acara istimewa. Sama ada untuk pertemuan santai bersama rakan-rakan, meraikan detik istimewa bersama keluarga, makan malam selepas waktu kerja atau berkumpul pada hujung minggu, Sushi King Yakiniku menawarkan rakyat Malaysia cara baharu yang lebih meriah untuk berkumpul, memanggang dan mencipta detik bermakna bersama-sama. Dengan perkembangan terbaharu ini, Sushi King terus meningkatkan pengalaman menjamu selera sambil mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pilihan utama Malaysia untuk menikmati masakan Jepun halal.
Untuk keterangan lanjut, layari laman Instagram, Facebook, atau layari https://sushi-king.com/.
Mengenai Sushi King Sdn Bhd
Pada tahun 1995, Sushi King memperkenalkan rakyat Malaysia kepada sushi segar, dihidangkan di atas tali kaiten sushi untuk diambil dan dinikmati oleh pelanggan. Konsep baharu ini telah diterima baik oleh orang ramai dan jenama Sushi King telah menjadi sinonim dengan persekitaran tempat makan yang selesa dan mesra, sushi berkualiti dan masakan Jepun yang lain pada harga yang berpatutan.
Daripada satu cawangan di Kuala Lumpur, jenama itu telah berkembang kepada lebih 100 cawangan, meliputi hampir setiap negeri di seluruh negara.
Dianggap secara meluas sebagai rangkaian restoran Jepun halal terbesar di Malaysia, populariti Sushi King terus melonjak selepas tiga dekad di Malaysia. Sehingga kini, ia telah melayani dan memuaskan hati berjuta-juta pelanggan pelbagai etnik ketika mereka singgah untuk memenuhi keinginan menikmati sushi kegemaran mereka.
Jenama Sushi King dimiliki oleh Sushi King Sdn. Bhd., ahli Kumpulan Syarikat Texchem di bawah Texchem Resources Bhd (Texchem). Texchem ialah sebuah syarikat multinasional yang berpangkalan di Malaysia yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia. Terdapat empat bahagian perniagaan teras di bawah Texchem yang terdiri daripada Bahagian Restoran, Bahagian Perindustrian, Bahagian Makanan dan Bahagian Kejuruteraan Polimer.
SOURCE Sushi King Sdn Bhd
Share this article