MANDOLIN RESIDENCES TAMPILKAN KEDIAMAN BERTINGKAT MODEN DI TAMAN DESA TEBRAU, JOHOR BAHRU
Pembangunan pangsapuri servis pegangan bebas dalam perbandaran matang dengan kemudahan runcit, pendidikan, kesihatan dan gaya hidup yang lengkap
JOHOR BAHRU, Malaysia, 15 Julai 2026 /PRNewswire/ -- Plenitude Berhad memperkenalkan Mandolin Residences, sebuah pembangunan pangsapuri servis pegangan bebas yang merangkumi 712 unit di dua menara kediaman yang terletak di Taman Desa Tebrau, Johor Bahru.
Pembangunan ini menawarkan lima pilihan susun atur berkeluasan antara 528 kaki persegi hingga 1,017 kaki persegi, meliputi unit studio, dua bilik tidur, tiga bilik tidur serta beberapa pilihan dwi-kunci (dual key), dengan harga permulaan RM326,400. Direka untuk memenuhi pelbagai keperluan gaya hidup, Mandolin Residences sesuai untuk pembeli rumah pertama, golongan profesional muda, keluarga yang sedang berkembang serta isi rumah pelbagai generasi.
Ekosistem Perbandaran Yang Matang
Terletak dalam perbandaran Taman Desa Tebrau seluas 965 ekar, Mandolin Residences menawarkan akses kepada pelbagai kemudahan runcit, pendidikan, kesihatan dan gaya hidup dalam sebuah perbandaran yang matang. Antara destinasi utama yang terletak berhampiran pembangunan ini ialah AEON Tebrau City, IKEA Tebrau, Toppen Shopping Centre, Lotus's Tebrau, Hospital Sultan Ismail, Sunway College JB, Maple International School serta Austin Heights Private and International School.
Pembangunan ini juga menikmati jaringan perhubungan yang baik menerusi Lebuhraya Pasir Gudang, Eastern Dispersal Link (EDL) dan Lebuhraya PLUS, sekali gus memudahkan akses ke pelbagai lokasi utama di sekitar Johor Bahru. Penambahbaikan sistem pengangkutan awam yang dirancang di koridor Tebrau, termasuk cadangan pelaksanaan sistem e-ART, dijangka meningkatkan lagi tahap kesalinghubungan kawasan tersebut di masa hadapan.
Direka untuk Gaya Hidup Keluarga Moden
Selain lokasinya yang strategik, Mandolin Residences direka untuk memenuhi keperluan keluarga moden yang sentiasa berkembang. Podium kemudahan di Aras 6 yang meliputi kawasan seluas satu ekar menawarkan lebih 30 kemudahan gaya hidup yang disusun secara terancang mengikut empat zon utama iaitu Aktif, Akuatik, Santai dan Sosial, sekali gus mewujudkan persekitaran yang seimbang untuk kesejahteraan, rekreasi serta kehidupan berkomuniti. Kesemua zon ini dihubungkan menerusi sebuah trek joging yang menggalakkan gaya hidup aktif serta membolehkan pergerakan yang lancar di seluruh podium kemudahan.
Antara kemudahan yang disediakan termasuk kolam renang, gimnasium, ruang santai tenggelam (sunken lounge), dewan serbaguna serta pelbagai ruang dalaman dan luaran yang direka untuk aktiviti riadah, rekreasi dan interaksi sosial.
Bagi memenuhi keperluan keluarga, pembangunan ini turut menyediakan taman permainan kanak-kanak di dalam dan luar bangunan, bilik bayi khas serta pusat jagaan kanak-kanak di aras bawah, sekali gus memberikan kemudahan tambahan kepada keluarga yang mempunyai anak kecil.
Melengkapkan lagi kemudahan yang ditawarkan, setiap menara mempunyai Sky Garden di Aras 30 yang siap dengan ruang santai dan interaksi sosial dengan pemandangan panorama landskap sekitar serta latar langit Johor Bahru.
Menggabungkan Keselamatan Pintar dan Kehidupan Lestari
Selain kemudahan gaya hidup yang lengkap, Mandolin Residences turut menggabungkan ciri akses pintar dan sistem keselamatan berlapis di laluan masuk kenderaan, lobi, aras kediaman serta kawasan kemudahan bersama, mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selamat dan memberi ketenangan kepada penghuni. Pembangunan ini juga menggabungkan elemen kehidupan hijau dan reka bentuk lestari, termasuk reka bentuk pasif bagi meningkatkan pengudaraan semula jadi, penggunaan lampu cekap tenaga, sistem penuaian air hujan serta infrastruktur sedia untuk pemasangan pengecas kenderaan elektrik (EV).
"Mandolin Residences mengambil inspirasi daripada alat muzik mandolin, di mana setiap tali bergabung menghasilkan sebuah melodi yang harmoni. Begitu juga pembangunan ini menghimpunkan elemen-elemen yang paling penting khas untuk pembeli rumah masa kini, iaitu persekitaran dalam perbandaran yang matang, kediaman yang dirancang dengan teliti, kemudahan gaya hidup yang lengkap, sistem keselamatan pintar dan kemudahan harian. Gabungan ini mewujudkan pengalaman kehidupan yang saling berhubung dan menyeluruh bagi menyokong gaya hidup keluarga moden," kata Anthony Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Plenitude Berhad.
Meneruskan Legasi Pembangunan Taman Desa Tebrau
Mandolin Residences menandakan lembaran baharu dalam pembangunan Taman Desa Tebrau dengan memperkenalkan pilihan kediaman bertingkat moden di sebuah perbandaran yang matang serta mempunyai jaringan perhubungan yang baik. Bersandarkan pengalaman luas Plenitude dalam membangunkan Taman Desa Tebrau serta rekod pencapaian Kumpulan dalam merealisasikan projek kediaman dan komersial di seluruh Malaysia, Mandolin Residences mencerminkan komitmen berterusan Kumpulan untuk menyediakan kediaman berkualiti dan membangunkan komuniti yang lestari, selaras dengan keperluan keluarga moden yang sentiasa berubah.
Untuk maklumat lanjut atau membuat temu janji bagi melawat unit pameran, sila hubungi 07-350 8282 atau layari www.plenitude.com.my.
Mengenai Plenitude Berhad
Plenitude Berhad ialah sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dengan perniagaan teras dalam pembangunan hartanah, hospitaliti dan pelaburan hartanah.
Sejak diperbadankan pada tahun 2000, Kumpulan telah menyiapkan lebih 15,000 unit hartanah kediaman dan komersial di seluruh Malaysia. Antara pembangunan utamanya ialah Taman Desa Tebrau dan Impian Hills di Johor, Taman Putra Prima di Selangor, Bintang Bayu di Kedah serta The Marin di Pulau Pinang, sekali gus menyerlahkan pengalaman Kumpulan dalam membangunkan komuniti kediaman serta pembangunan bersepadu yang memenuhi keperluan gaya hidup moden.
Selain pembangunan hartanah, Plenitude memiliki 12 aset hospitaliti di Malaysia, Korea Selatan dan Jepun yang menawarkan lebih 2,400 bilik penginapan. Rangkaian hospitaliti Kumpulan merangkumi hotel berjenama antarabangsa, kediaman servis serta jenama hospitaliti milik Plenitude sendiri.
Kumpulan turut memiliki dan mengurus pelbagai hartanah pelaburan runcit dan komersial, sekali gus membentuk portfolio perniagaan yang pelbagai serta menyokong pertumbuhan mampan Kumpulan dalam jangka panjang.
SOURCE Plenitude Berhad
Share this article