Melangkah ke Peringkat Seterusnya dalam Pertandingan STEM Solve for Tomorrow Samsung Malaysia Umumkan 10 Pasukan Inovator Muda Terbaik
Pasukan separuh akhir akan meneruskan perjalanan inovasi mereka dengan membangunkan prototaip dan bersaing untuk memenangi hadiah berupa produk Samsung bernilai RM47,000.
KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Menampilkan generasi baharu inovator yang memanfaatkan STEM, teknologi dan pemikiran reka bentuk untuk meningkatkan kehidupan komuniti mereka, Samsung Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaya hari ini mengumumkan 10 pasukan separuh akhir yang layak ke peringkat seterusnya dalam edisi kelapan Solve for Tomorrow 2026.
Dipilih daripada peserta di seluruh Malaysia berdasarkan keaslian, kebolehlaksanaan dan impak idea yang dikemukakan, 10 pasukan terbaik ini kini akan membawa idea mereka ke tahap seterusnya dengan memperhalusi konsep, membangunkan prototaip dan bersaing untuk merebut tempat ke peringkat Akhir (Grand Finale).
Penyertaan tahun ini mencerminkan semangat dan kreativiti anak muda Malaysia, dengan para peserta mengemukakan pelbagai penyelesaian merentasi empat tema utama:
Kelestarian Alam Sekitar |
Meneroka idea yang menyokong masa depan yang lebih hijau, |
Sukan dan Teknologi |
Memfokuskan penggunaan inovasi untuk meningkatkan penyertaan, |
Kesihatan |
Mengemukakan penyelesaian yang menyokong gaya hidup lebih sihat, |
Pendidikan |
Menggalakkan penggunaan teknologi untuk menjadikan pembelajaran |
Selepas melalui proses penilaian yang teliti, panel juri daripada Universiti Malaya telah memilih 10 pasukan terbaik yang idea mereka menunjukkan kreativiti, kepraktisan dan potensi untuk memberikan impak yang bermakna.
"Di Samsung, kami percaya inovasi bermula dengan keyakinan untuk mengambil langkah pertama," kata Agnes Wong, Ketua Pemasaran Korporat, Samsung Malaysia Electronics. "Idea yang kami lihat pada tahun ini bukan sahaja mencerminkan kreativiti, tetapi juga semangat yang tinggi dalam kalangan anak muda Malaysia untuk menyelesaikan cabaran sebenar. Melalui Solve for Tomorrow, kami berbangga dapat memupuk semangat ini dan menyokong generasi penggerak perubahan masa hadapan."
Berikut ialah 10 Pasukan Separuh Akhir Terbaik (tanpa mengikut sebarang susunan), yang diiktiraf atas potensi impak idea mereka. Mewakili sekolah-sekolah dari seluruh Malaysia, pasukan-pasukan ini akan terus membangunkan penyelesaian masing-masing dengan bimbingan mentor daripada Samsung Malaysia dan Universiti Malaya.
Sekolah |
Nama Pasukan |
Negeri |
Idea |
Sekolah Berasrama |
Replast |
Selangor |
Environmental |
SMK Beluran |
EcoTerraNitro |
Sabah |
Environmental |
SMK Bukit Jambul |
SafeNest |
Pulau Pinang |
Health |
SMK Raja Muda |
Ecolab Junior |
Selangor |
Health |
SMK Seri Panching |
iSAFE Path |
Pahang |
Sports & Technology |
SMK Shah Alam |
GulaGirls |
Selangor |
Health |
SMK Tarat |
Spark X Trio |
Sarawak |
Health |
SMK Telok Panglima |
Food Freshness |
Selangor |
Health |
Vision Secondary |
Primates |
Sabah |
Environmental |
MRSM Bagan Datuk |
InnovateZ |
Perak |
Health |
Kesemua 10 pasukan terbaik ini kini akan meneruskan perjalanan mereka dalam Solve for Tomorrow dengan bimbingan rapat daripada mentor bagi mempertingkatkan idea, membangunkan prototaip berfungsi dan mengukuhkan keupayaan inovasi mereka. Para peserta juga akan menyertai Bengkel Pemikiran Reka Bentuk (Design Thinking Workshop) yang direka untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran penting dalam penyelesaian masalah secara kreatif, kerjasama serta pembangunan penyelesaian ketika bersedia menghadapi peringkat seterusnya pertandingan.
Perjalanan mereka akan mencapai kemuncaknya di Grand Finale, di mana mereka akan membentangkan inovasi masing-masing kepada panel juri yang berpengalaman untuk peluang memenangi produk Samsung bernilai keseluruhan sehingga RM114,000.
Melalui Solve for Tomorrow, Samsung Malaysia terus memperkasakan inovator muda dengan kemahiran, bimbingan dan peluang yang diperlukan untuk mengubah idea berani menjadi impak yang bermakna kepada masyarakat.
Untuk maklumat lanjut mengenai Solve for Tomorrow, sila layari: https://www.samsung.com/my/solvefortomorrow/
About Samsung Electronics Co., Ltd.
Samsung inspires the world and shapes the future with transformative ideas and technologies. The company is redefining the worlds of TVs, digital signage, smartphones, wearables, tablets, home appliances and network systems, as well as memory, system LSI and foundry. Samsung is also advancing medical imaging technologies, HVAC solutions and robotics, while creating innovative automotive and audio products through Harman. With its SmartThings ecosystem, open collaboration with partners, and integration of AI across its portfolio, Samsung delivers a seamless and intelligent connected experience. For the latest news, please visit the Samsung Newsroom at news.samsung.com.
SAMSUNG MALAYSIA ELECTRONICS (SME) SDN BHD [Company No. 200301026766(629186-D)]
SOURCE Samsung Malaysia Electronics
Share this article