PACC Kembali untuk Mendefinisikan Semula Kecemerlangan Insan & Budaya
News provided by
Malaysian Institute for Development of Professionals (MIDP)15 Jun, 2026, 10:00 CST
Persidangan transformasi modal insan utama MIDP kembali pada 5 – 6 Ogos 2026 di CCEC, Bangsar South, Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Jun 2026 /PRNewswire/ -- Berlatarbelakangkan landskap perdagangan global yang berpecah-belah, penggunaan AI yang berisiko tinggi, dan tenaga kerja berbilang generasi yang sentiasa berubah, satu persoalan menjadi agenda utama setiap pucuk kepimpinan. Bagaimana kita mahu mendukung sumber manusia dan prestasi apabila perubahan sering berlaku?
Dengan modal insan sebagai teras kelebihan daya saing, People & Culture Conference (PACC) kembali untuk edisi ketiga dengan momentum yang lebih hebat, keyakinan yang lebih mendalam, dan komitmen yang lebih kuat untuk merevolusikan tempat kerja di Malaysia berbanding edisi sebelum ini.
Berlangsung pada 5–6 Ogos 2026 di CCEC, Bangsar South, Kuala Lumpur, PACC 2026 menghimpunkan 300 tokoh perniagaan, pembuat keputusan korporat dan pakar insan dan budaya pada saat kepimpinan harus bertindak melangkaui inisiatif yang terhasil oleh reaksi dan berubah ke arah strategi terancang yang didorong oleh nilai.
"Salah satu salah tanggapan salah terbesar dalam perniagaan ialah prestasi tinggi dan kesejahteraan pekerja ialah dua perkara yang bertentangan. Realitinya ialah kesejahteraan tak perlu dikorbankan untuk prestasi," kata Emellia Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pembangunan Profesional Malaysia (MIDP), penganjur dan peneraju utama PACC.
"Apabila organisasi mengabaikan kemampanan pengurusan sumber manusia secara konsisten, mereka akan mengumpul sesuatu yang saya gelar sebagai 'hutang kemanusiaan' seperti berdiam diri, ketidakterlibatan, kehadiran semasa sakit dan kelesuan. Seperti mana-mana bentuk hutang, kesannya mungkin tersembunyi untuk sementara waktu tetapi ia akan tetap muncul pada akhirnya."
Sejak edisi pertama, PACC berjaya membina reputasi tersendiri dalam landskap korporat Malaysia sebagai persidangan yang mengumpulkan dan menemukan para pemimpin kanan dengan rakan sejawat untuk berdialog secara mendalam mengenai strategi modal insan.
Edisi tahun ini berlandaskan dua tonggak transformatif iaitu Kepimpinan & Daya Tahan Organisasi serta Pengalaman Pekerja & Keselamatan Psikologi yang membincangkan secara langsung tekanan yang dihadapi oleh tokoh perniagaan Malaysia hari ini.
Dengan itu, terdapat 9 sesi berimpak tinggi direka untuk melengkapkan tokoh perniagaan, pemain industri, pengurusan kanan, pengamal HR dan pakar budaya organisasi dengan rangka kerja serta pandangan yang mereka perlukan untuk memacu inisiatif insan dan budaya dalam organisasi mereka.
Apa yang membezakan PACC daripada rakan serantaunya ialah komitmen yang tiada kompromi terhadap impak berbanding jumlah penonton. Terdapat panel-panel yang berilmu, tiada pembentangan kitar semula dan tiada penceramah yang membaca skrip. Lebih penting lagi, ia tidak direka sebagai pengalaman duduk dan dengar yang pasif.
Para peserta akan mendengar dan berinteraksi secara langsung dengan 24 pemimpin C-suite daripada pelbagai organisasi paling berpengaruh di Malaysia: CIMB, Sunway, PETRONAS, Coca-Cola Malaysia, Pharmaniaga, DKSH, Hong Leong Islamic Bank, Exxon Mobil, DHL Express, SD Guthrie, Proton, KWAP, TNB, BASF, Women in Tech, Awantec, PLUS Malaysia dan banyak lagi.
Dengan kumpulan penceramah yang merangkumi pelbagai industri dan kepakaran, para peserta akan pulang bersama ilmu daripada pengalaman transformasi yang sebenar dan dilengkapi dengan strategi praktikal yang terbukti berkesan untuk diaplikasikan menurut konteks organisasi masing-masing.
Selain sesi-sesi tersebut, PACC telah membina reputasinya sebagai salah satu daripada sejumlah kecil persidangan yang direka khas untuk membina rangkaian yang bermakna.
Dengan hanya 300 tempat duduk khusus buat wakil daripada jawatan kepimpinan kanan, PACC menerapkan perbincangan dan perhubungan rakan sejawat dalam setiap aspek kelangsungan persidangan. Ini membolehkan para peserta untuk membentuk hubungan dan rangkaian rakan sejawat yang telus dan bukan sekadar pengenalan yang dangkal.
PACC 2026 diperkukuhkan lagi dengan sokongan organisasi yang memperjuangkan tempat kerja yang inklusif dan mampan, termasuk LeadWomen, IWFCI, MyCEB, 30% Club Malaysia, Women in Tech dan Speak Up Malaysia serta rangkaian rakan kongsi dalam mengetengahkan agenda insan dan budaya di seluruh Malaysia yang semakin berkembang.
Penganjur persidangan ini ialah Institut Pembangunan Profesional Malaysia (MIDP), sebuah institut transformasi modal insan yang terkemuka dan telah memenangi anugerah yang memperjuangkan kecemerlangan insan dan budaya di Malaysia sejak tahun 2010.
Sebagai penganjur dan kuasa strategik di sebalik PACC, MIDP mengekalkan ketelitian, kesengajaan dan makna mendalam yang sama bagi setiap hasil kerjanya iaitu menterjemahkan dialog yang telus kepada perubahan organisasi yang sebenar.
PACC merupakan ungkapan misi tersebut yang paling umum. Sebuah pentas yang menempatkan seluruh industri dalam mencabar andaian terwaris, mengemukakan kemungkinan baharu dan mempersiapkan setiap peserta untuk membina tempat kerja yang benar-benar sesuai buat semua.
Pendaftaran peserta untuk People & Culture Conference 2026 kini dibuka di peopleandcultureconference.com. Diskaun tersedia untuk pendaftaran berkumpulan dan PKS.
SOURCE Malaysian Institute for Development of Professionals (MIDP)
Share this article