Redis Memperluas Redis Iris bertujuan Memberikan Agen AI Memori, Konteks dan Pemesejan yang Diperlukan untuk sampai kepada Pengeluaran
SAN FRANCISCO, 6 November 2026 /PRNewswire/ -- Pada hari ini, Redis mengumumkan lembaran Redis Iris yang seterusnya, enjin konteks masa nyata untuk agen AI. Kini, Redis Iris menawarkan enam keupayaan yang boleh disesuaikan, direka bentuk untuk digunakan bersama atau secara bebas, yang memberikan agen memori, konteks dan pemesejan yang diperlukan untuk berfungsi dengan andal di dunia nyata: Penghala Niat Redis, Buku Panduan Agen Redis, Memori Agen Redis, Gerbang Konteks Redis, Lensa Redis dan Jaringan Agen Redis.
Kini, model dan infrastruktur AI sudah cukup baik untuk perusahaan, namun begitu tidak banyak pasukan yang mencapai kejayaan yang tekal pada tahap pengeluaran dengan menggunakan agen. Agen sering kali kekurangan konteks yang tepat, pada masa yang sesuai, serta diingati dengan cara yang betul. Agen yang menyampaikan nilai pula sering melakukannya dengan tidak cekap, melalui prom yang terlalu padat, panggilan LLM yang bertindih dan penyepaduan tersuai yang rapuh sehingga kos yang ditanggung dari segi penggunaan token dan masa melebihi nilai yang dihasilkan.
"Agen memerlukan asas yang sama seperti aplikasi dan perkhidmatan mikro: data aplikasi secara langsung, keadaan masa jalan dan komunikasi perkhidmatan" kata Rowan Trollope, Ketua Pegawai Eksekutif Redis. "Agen juga memerlukan keupayaan baharu seperti memori, pengurusan konteks dan penghalaan. Redis sudah pun berada di laluan kritikal sebagai peneraju pangkalan data masa jalan untuk aplikasi. Pembangun tidak memerlukan lima produk infrastruktur untuk membolehkan agen berfungsi. Iris menghimpunkan elemen asas tersebut di satu tempat supaya pembangun boleh membina agen yang benar-benar berfungsi dalam persekitaran pengeluaran."
Iris menyampaikan konteks, memori dan pemesejan sedia pengeluaran dari hari pertama, sambil membenarkan pasukan menyesuaikan setiap keupayaan kepada agen masing-masing. Pengeluaran ini merangkumi:
- Penghala Niat (GA) memadankan maksud sesuatu permintaan dan bukan sekadar perkataan yang digunakan dan menghantarnya ke destinasi yang tepat, sama ada Soalan Lazim yang diingati, kemahiran agen, manusia, atau LLM. Penghala itu juga menyokong penghalaan agen dan model, garis panduan dan pernyataan jika yang "kabur", oleh yang demikian keputusan tidak terhad kepada benar atau palsu.
- Buku Panduan Agen (GA) membenarkan pasukan menentukan jawapan yang stabil dan wajar digunakan semula, serta yang memerlukan data semasa dan pelaksanaan semula prosedur yang telah diketahui. Buku panduan ini menjadi semakin teliti dan tepat apabila lebih kerap dijalankan, sekali gus mengurangkan masa penyelesaian dan penggunaan token.
- Memori Agen (GA) membina memori daripada tindakan pengguna serta dokumen dan data separa berstruktur lain melalui MemoryETL, menyusunnya dalam hierarki untuk kawalan yang lebih terperinci, serta menyediakan pemeriksaan, audit dan penjejakan asal usul. Agen ini juga boleh melupakan perkara yang tidak sepatutnya disimpan, seperti maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi.
- Gerbang Konteks (GA) memberikan agen titik kemasukan tunggal yang terkawal untuk mencapai konteks yang saling terhubung. Pasukan boleh membawa pelayan MCP sendiri, menyimpan dalam cache alat yang menyelesaikan sesuatu masalah bagi mengurangkan penggunaan token, serta membina hasil yang boleh digunakan semula untuk ketekalan merentasi sesi.
- Lensa (beta) menjadikan tingkah laku agen boleh dikesan. Setiap hasil boleh dikesan kembali kepada kemahiran, laluan, atau Soalan Lazim yang menghasilkannya, memori yang dirujuk dan sesi sumbernya, memberikan bukti yang boleh diaudit di samping memberikan gambaran mengenai kejayaan tugas, penggunaan token bagi setiap tugas dan kependaman.
- Jalinan Agen (beta) membenarkan agen berkomunikasi melalui aliran efemeral, serta secara automatik menimbal dan menyambung semula apabila sambungan terputus. Aliran SSE yang kukuh memastikan respons terus mengalir walaupun berlaku gangguan, manakala A2A Comms memberikan agen saluran yang andal untuk melakukan perwakilan dan penyerahan tugas.
Secara keseluruhan, keupayaan ini membantu memastikan agen mengingati perkara yang betul, menjawab dengan cara yang tepat dan telus dalam setiap tindakan, sambil menyampaikan lebih banyak hasil bagi setiap token. Memandangkan Iris beroperasi menggunakan teknologi Redis sudah pun diketahui oleh pasukan, organisasi dapat mengurangkan kerja penyepaduan tersuai yang kebiasaannya menghubungkan fungsi dapatan semula, memori, penghalaan dan pemesejan.
Agen pengeluaran mesti mengendalikan input manusia yang tidak dapat diramalkan, berbilang saluran dan proses penyerahan tugas antara agen; yang setiap satunya boleh menjadi punca kegagalan. Iris dibina berdasarkan empat prinsip: konteks mesti boleh dilayari dan bukannya terasing dalam silo, memori mesti bersifat adaptif dan selektif, konteks mesti cekap untuk memastikan kos terkawal dan konteks harus ditambah secara berperingkat seiring dengan proses pembelajaran agen daripada interaksi masa lalu.
Sejak Redis Iris dilancarkan buat pertama kali pada bulan Mei 2026, pelanggan telah menggunakannya dalam pengeluaran.
"Semua yang anda lihat dalam Paradigm disimpan dalam Redis. Ini ialah lapisan memori dan perancangan yang membenarkan agen kami berfungsi dalam masa nyata, pada skala yang tidak pernah dicapai sebelum ini," kata June Lee, Ketua Pegawai Teknologi, Paradigm.
Redis Iris tersedia hari ini. Penghala Niat, Buku Panduan Agen, Memori Agen dan Gerbang Konteks tersedia secara umum; Lensa dan Jalinan Agen dalam versi beta. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi redis.io/iris.
Redis akan menganjurkan sesi pratonton secara langsung semasa pelancaran tersebut bersama pasukan kejuruteraan yang menghasilkannya pada 12 November (Amerika) dan 17 November (EMEA). Pendaftaran tersedia di redis.io/resources/videos/redis-iris-full-spectrum.
Redis ialah platform data terpantas di dunia. Bermula sebagai projek sumber terbuka pada tahun 2011 sehingga menjadi jenama #1 yang paling banyak dirujuk bagi penyelesaian pengagregatan (caching), Redis telah membantu lebih daripada 10,000 pelanggan membina, meningkatkan skala dan menggunakan aplikasi yang menggerakkan dunia kita. Bersama pangkalan data awan dan di premis untuk pengagregatan (caching), GenAI dan banyak lagi, Redis membantu perniagaan digital menetapkan standard baharu bagi kelajuan aplikasi.
Terletak di San Francisco, Austin, London, Tel Aviv dan Singapura, Redis diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai peneraju dalam membina aplikasi pantas dengan cepat. Ketahui lebih lanjut di redis.io.

Share this article