Robo.ai Umum Pelantikan Eksekutif Utama, Bentuk Pasukan Kepimpinan UAE Tempatan di Neurovia AI
ABU DHABI, UAE, 15 Julai 2026 /PRNewswire/ -- Robo.ai Inc. (NASDAQ: AIIO) ("Robo.ai" atau "Syarikat") hari ini mengumumkan beberapa pelantikan eksekutif kanan di subsidiarinya, Neurovia AI, sebuah syarikat teknologi pemprosesan dan pemampatan data visual AI. Encik Khalifa Mohammed Alshehhi dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Ziad Shaltuni sebagai Ketua Pegawai Pertumbuhan dan Encik Ahmed Alhashmi sebagai Ketua Pegawai Pemasaran. Semua pelantikan berkuat kuasa serta-merta.
Susulan pemerolehan Neurovia AI oleh Robo.ai, syarikat melancarkan produk NeuroStream™, menyelesaikan pengesahan teknikal secara langsung di Pameran Antarabangsa Keselamatan dan Daya Tahan Nasional ke-9 (ISNR 2026) serta mengambil bahagian sebagai Rakan Kongsi Rasmi dalam Sidang Kemuncak Keselamatan Siber Kerajaan ke-3 dan Sidang Kemuncak Infrastruktur Pusat Data & Awan UAE 2026. Susulan pelantikan Ketua Pegawai Teknologi dan Ketua Pegawai Operasi sebelum ini, pelantikan yang diumumkan hari ini menyaksikan pencapaian penting dalam pembangunan organisasi tempatan syarikat serta meletakkan asas bagi penyampaian komersial berskala besar platform NeuroStream™ merentas pasaran kerajaan dan perusahaan.
Ketua Pegawai Eksekutif: Encik Khalifa Mohammed Alshehhi
Kerjaya Encik Alshehhi merangkumi bidang kejuruteraan, operasi rangkaian, perniagaan antarabangsa dan pengurusan pelaburan peringkat kumpulan, dengan pengalaman selama lebih tiga dekad dalam bidang kepimpinan kanan. Beliau pernah memegang jawatan kanan di Kementerian Dalam Negeri UAE dan Etisalat, iaitu salah satu kumpulan telekomunikasi mudah alih terbesar di rantau Teluk, serta terlibat secara langsung dalam program pembangunan dan pengembangan utama merentas sektor teknologi serta telekomunikasi. Beliau mempunyai pengalaman luas bekerjasama dengan pihak pengawal selia, entiti kerajaan dan pengendali antarabangsa, manakala pengalamannya merangkumi keseluruhan evolusi industri telekomunikasi Teluk bermula daripada rangkaian tradisional hinggalah ekosistem digital masa kini.
Ketua Pegawai Pertumbuhan: Ziad Shaltuni
Encik Shaltuni membawa pengalaman selama lebih dua dekad dalam strategi komersial, transformasi pertumbuhan dan pengurusan hasil merentas Amerika Utara dan rantau Teluk. Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Jualan dan Khidmat Pelanggan Mobily, pengendali telekomunikasi Arab Saudi, dengan menerajui organisasi operasi jualan dan pelanggan di seluruh negara yang mempunyai lebih 3,000 kakitangan, menggalas tanggungjawab untung dan rugi (P&L) bagi portfolio hasil melebihi AS$5 bilion serta mengetuai pengembangan berskala besar rangkaian runcit dan francais nasional. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Naib Presiden Jualan bagi MENA di OSN dan Ketua Pegawai Eksekutif Modern Distribution Company di Riyadh, selain memberikan sokongan khidmat nasihat eksekutif kepada syarikat teknologi serantau termasuk Space42 (sebahagian daripada G42). Sebagai Ketua Pegawai Pertumbuhan, beliau akan menyelia strategi pertumbuhan, pelan hala tuju pengkomersialan dan pembangunan ekosistem saluran Neurovia AI.
Ketua Pegawai Pemasaran: Ahmed Alhashmi
Encik Alhashmi, seorang warganegara UAE, ialah eksekutif kanan penjenamaan dan pemasaran yang mempunyai pengalaman selama lebih tiga dekad dalam bidang pemasaran, pembinaan jenama dan pengurusan produk di seluruh rantau Teluk. Beliau pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan Kumpulan bagi Jenama & Komunikasi di Etisalat Group dan Ketua Pegawai Komersial bagi operasi syarikat itu di India, selain memainkan peranan utama dalam penciptaan dan pelancaran jenama Mobily di Arab Saudi pada tahun 2005. Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Penasihat Kanan dan Pengarah Pemasaran & Komunikasi di Khalifa University serta Pengarah Pemasaran & Komunikasi Korporat di Abu Dhabi Global Market (ADGM), selain memegang beberapa jawatan lain. Sepanjang sedekad berkhidmat di Mobily dan Etisalat, beliau menyelia pelaburan pemasaran terkumpul melebihi AS$400 juta. Sebagai Ketua Pegawai Pemasaran, beliau akan bertanggungjawab terhadap seni bina jenama, komunikasi pemasaran dan pembangunan pasaran serantau Neurovia AI.
Pasukan Kepimpinan Utama Berakar Umbi di UAE
Benjamin Zhai, Ketua Pegawai Eksekutif Robo.ai, berkata: "Neurovia AI ialah tonggak utama strategi perisian AI Robo.ai. Kami percaya bahawa pasukan kepimpinan yang arif mengenai hal ehwal kerajaan dan perusahaan, infrastruktur telekomunikasi, pertumbuhan komersial serta pembinaan jenama di seluruh rantau Teluk merupakan kunci untuk membawa platform NeuroStream™ daripada pengesahan teknikal kepada penyampaian komersial berskala besar. Menerusi pelantikan ini, Neurovia AI kini mempunyai keupayaan organisasi yang lengkap untuk melaksanakan projek bertaraf kerajaan dan perusahaan di seluruh rantau ini."
Latar Belakang Neurovia AI Limited
Neurovia AI menyediakan pemprosesan data visual AI dan infrastruktur visual menerusi platform NeuroStream™. Berdedikasi untuk mengalihkan data visual daripada tontonan manusia kepada pemahaman mesin, syarikat memanfaatkan pemampatan natif-AI dan pengkomputeran pinggir untuk menangani kekangan data dalam Physical AI (AI Fizikal). Teknologinya digunakan dalam pemanduan autonomi, bandar pintar dan pembuatan pintar, sekali gus menyediakan lapisan asas bagi persepsi dan kolaborasi mesin global.
Latar Belakang Robo.ai Inc.
Robo.ai Inc. (NASDAQ: AIIO) ialah syarikat teknologi yang mengkhusus untuk membangunkan platform ekonomi mesin kecerdasan buatan. Misinya adalah untuk mengintegrasikan terminal pintar menerusi perisian AI, perkakasan pintar dan aset pintar bagi membangunkan sistem pengendalian kecerdasan buatan bersepadu serta ekosistem diperkasakan blok rantai untuk merintis masa depan pintar.
Kenyataan Pandang ke Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan dalam makna Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan ini adalah berdasarkan jangkaan dan andaian semasa pihak pengurusan Syarikat serta melibatkan risiko dan ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui yang boleh menyebabkan keputusan sebenar jauh berbeza daripada yang dinyatakan atau tersirat dalam kenyataan berkenaan. Untuk butiran lanjut, sila rujuk pemfailan Syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S., termasuk laporan tahunannya dalam Borang 20-F dan laporan semasa dalam Borang 6-K. Melainkan sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang, Syarikat tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini mana-mana kenyataan pandang ke hadapan.
Maklumat Perhubungan Media
Komunikasi Korporat Neurovia AI
Emel: [email protected]
Laman Web: www.neuroviaai.ae
Komunikasi Korporat Robo.ai Inc.
Emel: [email protected]
Laman Web: www.roboai.group
SOURCE Robo.ai Inc.; Neurovia AI
Share this article