Spritzer Jenama Air Botol Pertama di Malaysia yang Disahkan oleh NSF untuk Kualiti Minuman
Jenama air botol dan minuman terkemuka di Malaysia telah memperoleh pensijilan NSF daripada Badan Pensijilan Produk yang diiktiraf ANSI – Akreditasi #0216
KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 Mei 2026 /PRNewswire/ -- NSF, sebuah organisasi global terkemuka yang berdedikasi dalam melindungi kesihatan manusia, telah menganugerahkan pensijilan produk terakreditasi yang pertama untuk air botol dan minuman di Malaysia kepada Spritzer, salah satu jenama air botol yang terkemuka di negara ini. Spritzer menerima pensijilan daripada Badan Pensijilan Produk Terakreditasi ANSI – Akreditasi #0216 untuk tiga rangkaian produk: Air Mineral Semulajadi, Air Suling dan Air Mineral Semulajadi Berkarbonat.
" Melalui pensijilan pertama untuk air botol dan minuman di Malaysia ini, NSF terus memperkukuh serta memperluas pengaruhnya di rantau APAC demi , menyokong lebih banyak perniagaan dalam usaha mereka untuk mengutamakan piawaian kualiti dan keselamatan," kata Sutida Ketudut, Pengarah Urusan, NSF APAC. "Pensijilan Air Botol dan Ais Pembungkusan NSF membantu jenama menonjol dalam pasaran yang sangat kompetitif, sambil memastikan pengguna memperoleh air air minuman dan minuman yang disahkan dan dipercayai."
NSF telah membangunkan program Pensijilan Air Botol, yang merangkumi garis panduan serta keperluan menyeluruh khusus untuk air botol. Program ini merupakan satu-satunya program pensijilan produk diiktiraf yang menawarkan analisis untuk air botol, termasuk analisis mikrobiologi, kimia dan radiologi selaras dengan peraturan dan piawaian kebangsaan dan antarabangsa.
"Kami amat berbangga menjadi syarikat air botol pertama di Malaysia yang Berjaya memperoleh pensijilan Kualiti Minuman NSFyang diiktiraf di peringkat global," kata Dr. Chuah. "Pengiktirafan ini mengukuhkan lagi komitmen kami dalam menyediakan air minuman yang selamat dan berkualiti tinggi. Kami juga mengutamakan integriti serta kelestarian pembungkusan, ini termasuk penggunaan bahan kitar semula dan memastikan pembungkusan untuk rangkaian air mineral semulajadi kami disahkan bebas daripada mikroplastik demimenjamin pilihan yang lebih selamat dan diyakini oleh pengguna. Pensijilan NSF melengkapi rangkaian pensijilan kualiti kami, satu pencapaian bermakna oleh Spritzer dalam memupuk dan memperkasakan keyakinan di kalangan pengguna terhadap hidrasi yang selamat, tulen dan lestari"
Produk Spritzer yang diiktirafkan boleh memaparkan tanda pensijilan rasmi NSF dan disenaraikan di laman web NSF, membantu pengguna dan peruncit mengenal pasti produk yang disahkan dengan mudah dan yakin. Selain jenama Spritzer, pensijilan NSF ini turut merangkumi jenama antarabangsa Spritzer, iaitu ACILIS by Spritzer, yang dieksport ke pasaran terpilih di seluruh Asia, Timur Tengah dan rantau antarabangsa lain. Ditubuhkan pada tahun 1989, Spritzer telah meneguhkan dirinya sebagai jenama air mineral semula jadi terkemuka di Malaysia, dibina atas berdekad-dekad dalam pemeliharaan sumber air, kecemerlangan kualiti dan pembuatan yang bertanggungjawab.
NSF adalah sebuah organisasi yang diiktiraf oleh ANSI, dan pensijilan kualiti minuman bebasnya mengesahkan produk memenuhi piawaian keselamatan yang diiktiraf di peringkat global dengan menggunakan analisis menyeluruh terhadap produk dan kemudahan pembuatan. Keperluan ini selari dengan keperluan dan piawaian peraturan yang ditetapkan oleh organisasi pensijilan keselamatan dan kualiti lain, seperti Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (US FDA).
Ketahui lebih lanjut mengenai pensijilan kualiti minuman NSF.
Tentang NSF
NSF ialah sebuah organisasi perkhidmatan global bebas dan berdedikasi dalam melindungi dan mempertingkatkan kesihatan manusia selama lebih 80 tahun menerusi pembangunan piawaian kesihatan awam dan penyediaan perkhidmatan ujian, pemeriksaan, pensijilan, perkhidmatan nasihat serta penyelesaian digital bertaraf dunia kepada industri makanan, air dan produk kesejahteraan. NSF mempunyai 40,000 pelanggan di 110 negara dan diiktiraf sebagai Pusat Kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Keselamatan Makanan dan Kualiti Air.
Tentang Spritzer
Ditubuhkan pada tahun 1989, Spritzer merupakan jenama air botol terkemuka di Malaysia, yang memperoleh air mineral semulajadi daripada kawasan hutan hujan terpelihara seluas 440 ekar di Taiping. Disaring secara semulajadi melalui lapisan batu bawah tanah selama lebih 15 tahun, air kami kaya dengan mineral penting seperti Silika, yang dikenali dapatmenyokong kulit, tulang, rambut, dan kuku.
Dengan menggabungkan pembuatan pintar dengan amalan lestari, Spritzer memastikan setiap botol memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan tertinggi. Pembungkusan kami 100% boleh dikitar semula dan diperbuat daripada bahan kitar semula, mencerminkan komitmen kami terhadap pemuliharaan alam sekitar dan ekonomi kitaran.
Spritzer menawarkan hidrasi semula jadi yang dipercayai kepada pengguna melalui rangkaian produk pelbagai termasuk Air Mineral Semulajadi, Air Mineral Berkarbonat Asli dan Berperisa, Air Suling, dan Minuman Berperisa Buah—dicipta untuk memenuhi setiap gaya hidup dan keperluan acara.
Dengan visi yang jelas untuk menjadi jenama kitaran sepenuhnya menjelang 2030, Spritzer menerajui industri dalam inovasi, kualiti, dan kelestarian.
Spritzer — di mana alam, inovasi, dan kelestarian bersatu dalam setiap botol.
Untuk maklumat lanjut, layari www.spritzer.com.my
SOURCE NSF
Share this article