SUNTORY BEVERAGE AND FOOD THAILAND MERAIH DUA ANUGERAH KELESTARIAN UTAMA DI ASIA RESPONSIBLE ENTERPRISE AWARDS 2026
Pengiktirafan serantau terhadap nilai-nilai "Growing for Good" dan "Giving Back to Society" yang dihidupkan di Malaysia menerusi program-program sekolah dan komuniti
KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Julai 2026 /PRNewswire/ -- Suntory Beverage and Food (Thailand) Co., Ltd., peneraju produk pengayaan kesihatan di bawah jenama BRAND'S di Thailand dan Indochina serta sebahagian daripada Suntory Beverage and Food Health Enrichment (SBFHE), unit perniagaan serantau yang memacu pertumbuhan dalam kategori kesejahteraan kesihatan dan minuman di seluruh Asia, telah dianugerahkan dua anugerah kelestarian utama di Asia Responsible Enterprise Awards (AREA) 2026 baru-baru ini.
Syarikat itu menerima Anugerah Health Promotion untuk "BRAND'S Young Blood" — kemenangan kali kedua dalam kategori tersebut — dan Anugerah Green Leadership untuk "BRAND'S Bring Back", sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan Kumpulan dalam memacu pertumbuhan perniagaan sambil mencipta impak sosial dan alam sekitar yang positif dan berkekalan.
Impak yang diiktiraf di seluruh rantau
Projek "BRAND'S Young Blood", yang dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Darah Kebangsaan Persatuan Palang Merah Thai sejak 1997, menggalakkan pendermaan darah di kalangan golongan muda berusia 17 hingga 22 tahun. Selama lebih 26 tahun, projek ini telah menyumbang lebih 2 juta unit darah kepada bekalan darah Thailand, termasuk lebih 260,000 unit daripada penderma muda sepanjang tahun 2025.
Projek "BRAND'S Bring Back", yang dibangunkan bersama Jabatan Kawalan Pencemaran di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Thailand serta Pejabat Alam Sekitar, Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA), mempromosikan pengasingan sisa dan amalan ekonomi kitaran di sekolah. Pada tahun 2025, projek ini mencapai lebih 256,000 pelajar, melibatkan hampir 5,700 pelajar secara langsung di 10 buah sekolah perintis dan menyediakan kit pembelajaran interaktif kepada 437 buah sekolah di bawah BMA.
Puan Mathuvalee Stithyudhakarn, Naib Presiden — Hal Ehwal Korporat, Thailand dan Indochina, Suntory Beverage and Food (Thailand) Co., Ltd., berkata, "Kami amat berbesar hati menerima kedua-dua anugerah ini di Asia Responsible Enterprise Awards 2026. Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen kami terhadap 'Growing for Good' dan 'Giving Back to Society', yang terus menjadi panduan usaha-usaha kami untuk memacu pertumbuhan perniagaan sambil mencipta impak sosial dan alam sekitar yang positif. Kami amat percaya bahawa pelaburan dalam golongan muda, penggalakan kesihatan dan kesejahteraan, serta penjagaan alam sekitar adalah asas kepada pembangunan sosial yang mampan."
Menyumbang kembali kepada masyarakat di Malaysia
Sebagai unit perniagaan serantau yang komited terhadap kesejahteraan kesihatan, SBFHE percaya bahawa usaha untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat adalah lebih daripada produk semata-mata; ia merangkumi komuniti yang lebih sihat, alam sekitar yang lebih baik dan peluang yang lebih kukuh untuk generasi akan datang. Komitmen ini tercermin di seluruh rantau, termasuk di Suntory Beverage and Food Malaysia (SBFM), di mana nilai asas "Growing for Good" dan "Giving Back to Society" dihidupkan menerusi program-program Ribena untuk belia dan sekolah yang memupuk tabiat-tabiat lebih sihat serta komuniti yang lebih utuh dalam kalangan anak muda Malaysia. Inisiatif ini mengukuhkan matlamat SBFHE untuk mencipta nilai berkekalan bagi masyarakat menerusi produk berkualiti tinggi dan inisiatif kelestarian yang bermakna.
Evangeline Lim, Pengarah Pemasaran Suntory Beverage and Food Malaysia, berkongsi, "Pengiktirafan serantau ini adalah milik setiap warga Suntory di seluruh Asia. Di Malaysia, kami menghidupkan nilai 'Giving Back to Society' di bilik-bilik darjah dan komuniti untuk membantu kanak-kanak membina tabiat sihat sejak awal, kerana memupuk generasi yang lebih sihat hari ini akan membina komuniti yang lebih kukuh pada masa hadapan. Kami percaya kesihatan yang baik adalah lebih daripada akses kepada produk berkualiti tinggi; ia turut memerlukan literasi pemakanan yang memperkasakan golongan muda untuk membuat pilihan termaklum dan mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang hayat. Menerusi kerjasama merentas pelbagai sektor, kami berusaha meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan serta mencipta impak positif yang berkekalan untuk masyarakat."
Sebagai sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena Ramadan, Ribena telah bekerjasama dengan OH Kasih by OHBULAN! untuk menghimpunkan lebih 2,500 pelajar dan 90 warga Suntory dalam satu inisiatif komuniti yang bermakna. Program ini menampilkan pendidikan pemakanan, aktiviti interaktif dan pengagihan beg iftar Ramadan, mencerminkan komitmen SBFM dalam menyokong komuniti setempat serta meraikan semangat Ramadan menerusi nilai ihsan, pemberian dan pengalaman bersama.
Ribena, selaku rakan rasmi Bulan Pemakanan Malaysia, menyokong gaya hidup lebih sihat dalam kalangan murid sekolah rendah menerusi jelajah pendidikan ke 10 buah sekolah. Inisiatif ini menggabungkan pendidikan pemakanan dan aktiviti interaktif, termasuk Buku Aktiviti Misi Pahlawan Cilik Sihat — yang direka untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak mengamalkan tabiat pemakanan dan minuman yang lebih sihat — mencerminkan komitmen SBFM dalam memupuk komuniti yang lebih sihat melangkaui produknya.
Di seluruh rantau Asia, Suntory Beverage and Food Health Enrichment memperjuangkan inisiatif kelestarian yang merangkumi penjagaan sumber air, pembungkusan mampan, penggalakan kesihatan dan kesejahteraan, peningkatan kualiti hidup, serta pembangunan pendidikan — asas kepada pertumbuhan jangka panjang dan penciptaan nilai untuk masyarakat melangkaui produk berkualiti.
Mengenai Asia Responsible Enterprise Awards (AREA)
Asia Responsible Enterprise Awards (AREA), yang dianjurkan oleh Enterprise Asia, mengiktiraf organisasi-organisasi di seluruh Asia yang menunjukkan kecemerlangan dalam menjalankan perniagaan secara bertanggungjawab, sambil mencipta nilai mampan untuk pihak berkepentingan. Projek-projek yang memenangi anugerah telah melalui penilaian rapi oleh panel pakar bebas yang menilai hasil, kelestarian, inovasi serta impak positif jangka panjang terhadap masyarakat dan alam sekitar.
SOURCE Suntory Beverage & Food Sdn Bhd
Share this article