BADAN PERGIGIAN TERKEMUKA ASIA PASIFIK SERU PERALIHAN KEPADA PENCEGAHAN DIUTAMAKAN DALAM KESIHATAN MULUT, DISOKONG BUKTI GLOBAL BAHARU
Asia Pacific Dental Federation mengeluarkan panduan pertama yang ditulis oleh doktor gigi tentang penjagaan diri harian — membuktikan bahawa pencegahan penyakit mulut bukan sahaja dapat direalisasikan, malah boleh dicapai oleh semua orang. LISTERINE® turut serta bersama APDF memperjuangkan rutin harian yang lebih baik, dengan sokongan bukti.
SINGAPURA, 25 Mei 2026 /PRNewswire/ -- Asia Pacific Dental Federation (APDF) telah mengeluarkan The Power of Prevention: Evidence-Based Guidelines for Self-Oral Care, satu kertas putih penting yang menggariskan mengenai penjagaan mulut harian berkesan yang sepatutnya diamalkan dan kepentingannya melangkaui kesihatan gigi semata-mata.
Dibangunkan oleh pakar pergigian serantau dengan sokongan Kenvue, pembuat LISTERINE®, laporan berkenaan mengemukakan hujah jelas yang bersandarkan bukti: kebanyakan penyakit mulut seperti gingivitis, kaviti dan periodontitis boleh dicegah, namun ia masih menjadi salah satu cabaran kesihatan paling meluas dan kurang dirawat di seluruh Asia Pasifik – dengan akibat yang boleh berlanjutan kepada jantung, paru-paru dan organ lain.
"Kesihatan tiada ertinya tanpa kesihatan mulut," kata Dr. Arleen Reyes, Presiden Asia Pacific Dental Federation. "Penyakit mulut sebahagian besarnya boleh dicegah, namun ia terus memberi beban yang semakin bertambah kepada individu dan sistem kesihatan di seluruh rantau ini. Pencegahan ialah alat paling berkuasa yang kita miliki dalam penjagaan kesihatan mulut, dan sudah tiba masanya untuk kita memanfaatkannya sepenuhnya. Kertas putih ini merupakan satu seruan tindakan — kepada pesakit, doktor gigi, sekolah dan pembuat dasar untuk menyedari bahawa kesihatan mulut yang baik bermula di rumah, setiap hari."
HUJAH KLINIKAL UNTUK MENAMBAH UBAT KUMUR DALAM RUTIN HARIAN
Kebanyakan orang mengetahui bahawa mereka perlu memberus gigi dua kali sehari. Apa yang kurang disedari ialah memberus sahaja hanya mencapai kira-kira 25% permukaan mulut. Gusi, lidah, pipi dan ruang antara gigi — tempat bakteria berkumpul dan masalah bermula, sebahagian besarnya tidak dibersihkan.
Kertas putih APDF mengesahkan bahawa penambahan ubat kumur terapeutik harian bersama rutin memberus dan menggunakan flos membantu membersihkan bahagian yang mungkin terlepas daripada pembersihan mekanikal. Kajian yang diteliti oleh APDF mendapati bahawa perbuatan sedemikian umumnya dapat mengurangkan plak sebanyak 25–50% dalam tempoh enam bulan serta memperbaiki keradangan dan pendarahan gusi sebanyak 15–30% berbanding hanya memberus dan menggunakan flos. Satu kajian mendapati terdapat pengurangan plak sebanyak 30.8%, gingivitis sebanyak 39% dan pendarahan gusi sebanyak 67.8%.
Daripada formulasi ubat kumur yang dikaji, ubat kumur minyak pati (EO) dan klorheksidina (CHX) menunjukkan bukti paling kukuh untuk kesihatan plak dan gusi. Formulasi EO juga sesuai untuk penggunaan harian jangka panjang, manakala formulasi CHX lazimnya disyorkan untuk penggunaan jangka pendek.
SIAPA YANG MENDAPAT MANFAAT PALING BESAR
Walaupun rutin tiga langkah ini boleh memberi manfaat kepada semua orang, kertas putih APDF mengenal pasti kumpulan yang mengalami perbezaan terbesar daripada penggunaan ubat kumur harian:
- Kanak-kanak (berusia 6 tahun ke atas) dan remaja: Ubat kumur fluorida harian telah dibuktikan dalam 34 kajian mampu mengurangkan kaviti dalam kalangan kumpulan umur lebih muda dan bagi remaja yang memakai pendakap gigi atau tidak konsisten memberus gigi, ia merupakan salah satu tabiat paling mudah untuk dipupuk sejak awal.
- Orang dewasa yang mengalami masalah kesihatan kronik: Kesihatan gusi mempunyai kaitan secara klinikal dengan kesihatan jantung, diabetes dan kesihatan pernafasan.
- Individu yang mengambil ubat jangka panjang dan warga emas: Mulut kering — kesan sampingan ubat biasa — meningkatkan risiko pereputan gigi. Bilasan fluorida harian merupakan tindak balas yang mudah dan berkesan.
"Kebersihan mulut harian yang berkesan merupakan cara terbaik untuk membina kesihatan mulut optimum antara sesi temu janji pemeriksaan gigi," kata Dr. Jose Angelo Militante, Pengerusi, Commission of General Dental Practice, Asia Pacific Dental Federation dan Pakar Bedah Mulut. "Selepas rawatan klinikal, kebersihan mulut berkesan yang merangkumi bilasan antimikrob juga dikaitkan dengan hasil pembedahan yang lebih baik dengan mengurangkan risiko komplikasi selepas pembedahan seperti jangkitan pada kawasan pembedahan dan penyembuhan luka yang lambat."
Dengan penyakit mulut memberi kesan ke atas 3.5 bilion orang di peringkat global, kertas putih itu menyeru kerajaan dan pembuat dasar supaya menjadikan pencegahan sebagai keutamaan kesihatan awam yang sewajarnya.
KESEJAJARAN LISTERINE® DENGAN PANDUAN BIMBINGAN DOKTOR GIGI
LISTERINE® telah menyokong sains ubat kumur selama lebih 100 tahun. Dengan lebih 50 ujian klinikal, ia dipercayai oleh lebih satu bilion orang di 85 negara. Sebagai ubat kumur antimikrob minyak pati, LISTERINE® sejajar secara langsung dengan bukti yang diketengahkan dalam kertas putih APDF, yang mengenal pasti formulasi EO sebagai salah satu pilihan paling disokong oleh bukti untuk penggunaan harian jangka panjang.
"Kesihatan mulut yang baik bermula di rumah, setiap hari," kata Dr Ashley Barlow, Pengarah Kanan, Sains Perubatan dan Keselamatan, Asia Pasifik, Kenvue. "Kertas putih APDF merupakan peringatan penting bahawa rutin mudah dan konsisten yang merangkumi memberus gigi, pembersihan antara gigi dan penggunaan ubat kumur harian boleh dicapai dan juga disokong oleh bukti. LISTERINE® telah menjadi sebahagian daripada rutin tersebut selama lebih satu abad dan kami kekal komited menyokong pendekatan pemikiran yang mengutamakan pencegahan yang membawa perubahan sebenar."
Kertas putih penuh tersedia di https://bit.ly/APDFWhitePaper.
LATAR BELAKANG ASIA PACIFIC DENTAL FEDERATION (APDF)
Asia Pacific Dental Federation (APDF) ialah sebuah organisasi berpengaruh di peringkat global dan serantau dalam bidang kesihatan pergigian dan mulut. Komited sepenuhnya terhadap pembangunan bidang pergigian di rantau ini, APDF merupakan wakil serantau rasmi bagi Federation Dentaire Internationale (FDI) serta menjalin hubungan erat dengan persatuan dan entiti pergigian serantau. Ketika ini, di bawah APDF, ia terdiri daripada 31 negara anggota.
LATAR BELAKANG LISTERINE®
LISTERINE® telah mentakrifkan penjagaan mulut sejak 1879, dengan saintis jenamanya memacu penyelidikan asas mengenai banyak manfaat hebat ubat kumur dalam melawan plak, melindungi gusi, membina gigi yang kuat dan memberikan nafas segar yang berkekalan. Ubat Kumur LISTERINE® digunakan oleh lebih satu bilion orang di lebih 85 negara dan dianugerahkan cop kelulusan oleh organisasi pergigian profesional di seluruh dunia termasuk Asia Pacific Dental Federation (APDF). Jenama LISTERINE® ialah salah satu produk ikonik daripada Kenvue dan juga merupakan jenama ubat kumur paling banyak dikaji secara klinikal di dunia: dengan warisan selama lebih 100 tahun serta diuji dalam lebih 50 ujian klinikal. Sebagai ubat kumur No.1 di dunia[1], LISTERINE® terbukti membunuh 99.9% kuman penyebab bau mulut sambil mengekalkan gusi yang sihat, gigi yang bersih dan nafas segar.
[1] Euromonitor International Limited; edisi Beauty and Personal Care 2026, berdasarkan definisi kategori Mouthwashes/Dental Rinses, nilai runcit RSP, data 2025 |
SOURCE Asia Pacific Dental Federation (APDF)
Share this article