CloudMile Bekerjasama dengan Google Cloud Lancar Pusat Pengalaman Transformasi Kerja Agentik di Malaysia
KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 15 Jun 2026 /PRNewswire/ -- CloudMile, syarikat awan dan AI terkemuka di Asia, hari ini mengumumkan pembukaan Pusat Pengalaman Transformasi Kerja Agentik (AWT) yang terletak di Pusat Kecemerlangan (CoE) CloudMile Malaysia. Fasiliti baharu ini dilancarkan dengan kerjasama Google Cloud, ia berfungsi sebagai hab inovasi sentiasa aktif atau "Always On" yang membolehkan perniagaan di seluruh Asia Tenggara mengalami sendiri masa depan produktiviti yang dipacu AI.
Berbeza dengan pusat pengalaman tradisional, Pusat Pengalaman AWT baharu ini menawarkan zon demonstrasi interaktif yang membolehkan pengunjung mencuba sendiri teknologi yang dipamerkan. Berteraskan Gemini Enterprise dan dilengkapi sepenuhnya dengan Google Chromebook berprestasi tinggi, pusat ini membolehkan pembuat keputusan menguji aliran kerja pintar yang dikuasakan AI. Pengalaman yang ditawarkan turut disesuaikan dengan landskap perniagaan serantau melalui penceritaan dan kes penggunaan yang dirangka khusus mengikut keperluan industri, termasuk sektor perkhidmatan kewangan, pembuatan dan peruncitan.
"Pusat Pengalaman Transformasi Kerja Agentik baharu ini mencerminkan komitmen kami dalam memacu inovasi AI yang praktikal di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara," kata Ketua Pegawai Komersial CloudMile, Jeremy Heng. "Melalui kerjasama dengan Google Cloud, kami tidak hanya membincangkan AI secara teori tetapi, sebaliknya menyediakan persekitaran yang boleh digunakan oleh perniagaan untuk meneroka keupayaan Gemini Enterprise secara langsung. Pusat ini memberi peluang kepada organisasi untuk melihat sendiri bagaimana ejen AI mampu merevolusikan operasi harian mereka, memperkemas aliran kerja, serta memacu perjalanan transformasi digital mereka."
"Di CloudMile, kami bukan sekadar melaksanakan AI, malah sedang membentuk masa depan sinergi antara manusia dan mesin. Dengan mengintegrasikan keupayaan agentik Google Cloud ke dalam teras Pusat Kecemerlangan (CoE) CloudMile Malaysia, kami beralih daripada automasi mudah kepada sistem penyelarasan pintar dan bersifat intuitif. Pendekatan ini membolehkan perniagaan beralih daripada aliran kerja berasaskan tugas kepada ruang kerja agentik, di mana AI bukan sahaja membantu, tetapi turut membuat jangkaan, pertimbangan, dan bertindak. CoE kami menjadi platform untuk perusahaan Malaysia mendapatkan semula aset mereka yang paling berharga, iaitu masa untuk berinovasi," kata Pengurus Negara CloudMile Malaysia, Lester Leong.
Pelancaran ini mencerminkan pengukuhan kerjasama erat antara CloudMile dan Google Cloud. Melalui pelaburan dalam perkakasan, aset kreatif dan sokongan strategik, CloudMile sentiasa bekerjasama rapat dengan Google Cloud bagi memperluaskan akses kepada teknologi AI termaju untuk perniagaan pelbagai saiz, daripada syarikat pemula yang giat berkembang hinggalah kepada perusahaan korporat tradisional.
"Untuk terus berkembang maju dalam landskap ekonomi masa hadapan, perniagaan perlu beralih daripada pendekatan yang mengutamakan digital kepada pendekatan yang mengutamakan AI," kata Pengurus Negara Google Cloud Malaysia, Hana Raja. "Gabungan kepakaran tempatan CloudMile dengan teknologi AI termaju Google Cloud bakal menyediakan sumber yang diperlukan oleh perusahaan Malaysia. Langkah ini penting dalam memastikan kebolehlaksanaan dan membuka akses lebih luas kepada Transformasi Kerja Agentik, sekali gus membantu mereka melangkah lebih yakin ke arah masa depan berteraskan AI."
Sebagai sebahagian daripada perjalanan pelanggan, pengunjung ke CoE CloudMile Malaysia akan dibawa melalui pengalaman demonstrasi fizikal yang menyeluruh, bermula daripada pameran integrasi data hinggalah kepada aliran kerja ejen AI yang diautomasikan sepenuhnya.
Perniagaan yang berminat untuk meneroka bagaimana Pusat Pengalaman Transformasi Kerja Agentik dapat memacu operasi mereka dijemput untuk menempah sesi penerokaan dan amali di CoE CloudMile Malaysia.
Mengenai CloudMile
CloudMile ialah syarikat teknologi AI dan awan terkemuka di Asia yang komited membantu perusahaan mempercepatkan transformasi digital mereka. Sebagai Rakan Premier Google Cloud, CloudMile memanfaatkan pembelajaran mesin dan analisis data raya bagi menyediakan penyelesaian berinovatif untuk memacu pertumbuhan serta kecekapan operasi perniagaan.
SOURCE CloudMile
Share this article