Coway Terbitkan Laporan Kemampanan ke-21 bagi Tahun Kewangan 2025
SEOUL, Korea Selatan, 4 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "Best Life Solution Company", telah menerbitkan laporan kemampanan tahunannya bagi Tahun Kewangan 2025, yang merupakan laporan ke-21 syarikat setakat ini. Laporan ini memberikan gambaran menyeluruh mengenai kemajuan syarikat ke arah mencapai matlamat Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), dengan memperincikan bagaimana Coway memenuhi tanggungjawab sosialnya sambil meningkatkan nilai jangka panjang kepada pihak berkepentingannya.
"Di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global yang berterusan, Coway telah mencapai hasil tertinggi dalam sejarah syarikat dan terus mencatatkan pertumbuhan yang kukuh," kata Ketua Pegawai Eksekutif Coway, Jangwon Seo. "Dengan menggabungkan prestasi ekonomi kami dengan nilai ESG yang kami pegang teguh menerusi pembangunan produk baharu yang inovatif serta pelaburan berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), kami sedang mengukuhkan kedudukan sebagai sebuah syarikat yang mampan dan berdaya saing di pasaran global."
Berpandukan visinya untuk menjadi "Company Caring for Better Earth", Jawatankuasa ESG Coway, yang ditubuhkan pada 2021, memanfaatkan kepakaran dan kebebasan Lembaga Pengarahnya bagi menetapkan hala tuju strategik dan matlamat jangka sederhana dan jangka panjang syarikat. Laporan Kemampanan 2025 mengetengahkan pencapaian terkini Coway dalam tiga tonggak utama berikut:
Pengurusan Alam Sekitar: Sifar Bersih Menjelang 2050
- Memperluas Penggunaan Tenaga Boleh Diperbaharui: Sebagai sebahagian daripada pelan hala tuju untuk mencapai Sifar Bersih menjelang 2050, Coway menyiapkan loji janakuasa solar di tapak yang ketiga ('003') berkapasiti 532 kWp di kawasan yang sebelum ini kurang dimanfaatkan di Loji Yugu, Korea Selatan. Loji baharu ini dijangka meningkatkan jumlah penjanaan tenaga solar tahunan syarikat di semua tapak operasinya kira-kira 29%, peninngkatan daripada 2,310 MWh pada 2025 kepada 2,990 MWh menjelang 2027.
- Meningkatkan Kitaran Sumber: Menerusi sistem kitaran sumber gelung tertutupnya, Coway menukarkan sisa plastik yang dikumpul kepada bahan mentah kitar semula, dan pada 2025, syarikat berjaya melepasi sasaran asal penggunaan plastik kitar semula Akrilonitril, Butadiena dan Stirena (ABS) sebanyak 27%.
Tanggungjawab Sosial: Mengutamakan Pelanggan
- Pembangunan Berpusatkan Pelanggan: Sebagai peneraju industri, Coway mengintegrasikan maklum balas pelanggan pada setiap peringkat pembangunan produk menerusi sistem proprietarinya, Process for Reflecting Customer Feedback. Pendekatan ini membawa kepada pembangunan Smart Moving Faucet dan pengintegrasiannya ke dalam Penapis Air Icon Water Purifier 3, sekali gus meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan penapis air tersebut, serta Penapis Air Mini Icon Ice Water Purifier Mini, yang menawarkan inovasi unggul dari segi kecekapan ruang dan kemudahan kepada pengguna.
- Memperkukuh Keselamatan Maklumat dan Perlindungan Data: Dengan sentiasa meletakkan perlindungan data pelanggan sebagai keutamaan operasi, Coway baru-baru ini menaik taraf sistem pengurusan keselamatan maklumat bertaraf globalnya. Pada 2025, syarikat secara proaktif memperkukuh seni bina keselamatan dan keupayaan pemantauannya bagi memastikan pematuhan ketat terhadap keperluan perundangan, kestabilan operasi dan kepercayaan pelanggan.
Tadbir Urus: Memperkukuh Ketelusan dan Nilai Pemegang Saham
- Menjamin Kebebasan Lembaga Pengarah: Bagi memastikan keadilan dan ketelusan sepenuhnya, Coway memperkenalkan sistem Pengarah Bebas Kanan pada 2025, selain menubuhkan Jawatankuasa Urus Niaga Pihak Berkaitan dan Jawatankuasa Imbuhan, yang kedua-duanya dianggotai sepenuhnya oleh pengarah bebas.
- Meningkatkan Nilai Pemegang Saham: Pada 2025, Coway memperkenalkan Pelan Peningkatan Nilai Korporat yang komprehensif, memperlihatkan komitmennya untuk meningkatkan nilai pemegang saham dengan menggandakan sasaran kadar pulangan kepada pemegang saham daripada 20% kepada 40%. Inisiatif proaktif ini membolehkan Coway diiktiraf sebagai "Outstanding Value-Up Company" oleh Korea Exchange.
Teks penuh Laporan Kemampanan Coway 2025 boleh didapati di sini.
Latar Belakang Coway Co., Ltd.
Ditubuhkan di Korea pada 1989, Coway (KRX: 021240), "Best Life Solution Company", ialah peneraju inovasi global yang komited untuk meningkatkan kualiti kehidupan harian menerusi peralatan rumah penjagaan persekitaran dan penyelesaian kesejahteraan premium. Terkenal dengan penapis air, penapis udara dan bidet yang meneraju industri, Coway turut mengembangkan jenama premium tidur dan kesejahteraannya, BEREX, bagi memacu sektor gaya hidup global melalui tilam pintar dan kerusi urut berteknologi tinggi. Disokong oleh penyelidikan intensif dan kejuruteraan yang memenangi pelbagai anugerah, Coway terus mempercepat pengembangan perniagaannya di pasaran utama termasuk Malaysia, Amerika Syarikat, Thailand, China, Indonesia, Vietnam dan Eropah. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.
SOURCE Coway Co., Ltd.
Share this article