GAC Perkenal Julung Kali Tiga Model Global di Auto China 2026 Ketika Ia Percepat Kemajuan Global
BEIJING, 30 April 2026 /PRNewswire/ -- Pada 24 April di Auto China 2026, GAC International mengadakan acara pelancaran global khusus pertamanya bagi memperkenalkan sistem strategi global yang dinaik taraf. Acara ini menarik minat khalayak yang lebih besar berbanding sebelum ini, dengan kira-kira 330 peserta termasuk wakil pengedar, rakan kongsi utama serta media domestik dan antarabangsa berkumpul di reruai GAC bagi membuka bersama-sama lembaran baharu perjalanan global GAC. Acara pelancaran ini menggunakan empat kata kunci – Ketukangan, Kepercayaan, Teknologi dan Ekosistem – bagi menggariskan hala tuju amalan global GAC, menerangkan secara sistematik arah strategik integrasi di dunia melalui globalisasi rantaian penuh, serta menetapkan sasarannya untuk menjadi peneraju dalam kalangan pengeksport automotif China menjelang 2030.
Tiga model utama yang ditetapkan untuk pasaran global – GAC YUE7, AION i60 dan AION N60 – menjadi tumpuan utama, menarik ramai pengunjung luar negara, media dan tetamu yang singgah untuk menyaksikan pameran, seterusnya memberikan sentuhan antarabangsa yang sebenar kepada acara ini. Pelancaran tiga model ini menandakan permulaan rasmi era mobiliti "kategori penuh, rangkaian kuasa penuh, semua senario" global GAC. Pada 2026, GAC International akan terus mendukung visi jangka panjang, memperkasakan mobiliti dengan teknologi, menjamin kepercayaan melalui kualiti, serta mencipta masa depan yang lebih baik melalui tindakan.
Industri automotif global kini berdepan peluang bersejarah hasil pergabungan teknologi dan transformasi tenaga. Bagi GAC, pengantarabangsaan merupakan "lonjakan kritikal" yang akan menentukan pencapaian tinggi masa depannya – satu pilihan strategik untuk beralih daripada "peneraju di China" kepada "bertaraf dunia", serta enjin pertumbuhan kedua untuk "Menetapkan Semula GAC Baharu". Globalisasi sebenar bukan sekadar eksport produk, tetapi berintegrasi dan menawarkan perkhidmatan kepada dunia melalui konsep "globalisasi sistematik."
Daripada "Pembuatan Pintar di China" kepada "Dipercayai Di Peringkat Global," GAC mempercepat integrasinya ke dalam landskap baharu industri automotif global melalui keazaman strategik, asas teknologi yang kukuh serta pelaksanaan tempatan yang mendalam. Pada masa akan datang, GAC akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi global bagi membolehkan pengguna di seluruh dunia berkongsi kemajuan pencapaian teknologi China, serta bersama-sama mencipta nilai mobiliti rendah karbon, hijau dan pintar demi kehidupan yang lebih baik.
Untuk maklumat lanjut mengenai GAC, sila layari: https://www.gacgroup.com/en atau ikuti kami di media sosial.
SOURCE GAC
Share this article