Merz Aesthetics Lancar Ultherapy Mask - PDRN Peptide Radiance di Malaysia dan Lantik Scha Alyahya sebagai Duta Jenama Ultherapy PRIME Pertama
- Ultherapy Mask - PDRN Peptide Radiance kini boleh didapati di Malaysia secara eksklusif melalui klinik yang diperakui Ultherapy PRIME
- Topeng muka (mask) penjagaan di rumah direka untuk menyokong hidrasi, pemulihan kulit dan keserian keseluruhan selepas rawatan Ultherapy PRIME
- Scha Alyahya dinamakan Duta Jenama Ultherapy PRIME pertama di Malaysia, memperjuangkan penjagaan estetik yang autentik dan diperibadikan
KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Jun 2026 /PRNewswire/ -- Merz Aesthetics, syarikat perubatan estetik khusus yang terbesar di dunia, mengumumkan pelancaran Ultherapy Mask - PDRN Peptide Radiance di Malaysia. Tersedia secara eksklusif melalui klinik yang diperakui Ultherapy PRIME, topeng muka (mask) ini direka untuk menyokong pemulihan kulit, hidrasi dan keserian wajah selepas rawatan Ultherapy PRIME. Merz Aesthetics turut mengumumkan pelantikan pelakon, model dan personaliti televisyen terkenal Scha Alyahya sebagai Duta Jenama Ultherapy PRIME pertama Malaysia.
Kedua-dua pencapaian diumumkan di Ultherapy PRIME Soirée di Kuala Lumpur pada 16 Jun, menandakan lembaran baharu bagi jenama itu di Malaysia menerusi kempen tahun 2026 bertemakan "See My Skin, Lift My Way" yang meraikan keunikan individu, keaslian dan kepercayaan bahawa setiap perjalanan penjagaan kulit bersifat unik.
Lanjutan Pengalaman Ultherapy PRIME yang Lancar
Demi memenuhi keperluan pengguna yang ingin melindungi dan mengekalkan hasil estetik mereka secara berterusan, Ultherapy Mask - PDRN Peptide Radiance membawa pengalaman Ultherapy PRIME yang diyakini terus ke dalam rutin penjagaan kulit harian mereka.
Ditawarkan secara eksklusif melalui klinik yang diperakui Ultherapy PRIME, topeng muka (mask) ini direka untuk melengkapi rawatan Ultherapy PRIME dengan menyokong proses pemulihan selepas rawatan, disamping membantu pengguna mengekalkan kulit yang sihat dan kelihatan berseri. Kombinasi inovasi berteraskan sains dengan pengalaman hidrogel yang premium ini mencerminkan komitmen yang sama terhadap ketepatan, keberkesanan dan penjagaan pengguna yang mencirikan platform Ultherapy PRIME.
"Pelancaran Ultherapy Mask di Malaysia menandakan satu langkah penting dalam meluaskan penjagaan Ultherapy yang asli melangkaui klinik. Direka khusus untuk melengkapi rawatan Ultherapy PRIME, ia mengukuhkan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian yang dipercayai dan berasaskan bukti, bagi memastikan pengguna menikmati hasil yang tulen daripada rawatan sehingga ke fasa pemulihan," kata Raymond Ong, Naib Presiden Bersekutu, Komersial Serantau APAC, Merz Aesthetics.
Diuji secara klinikal, topeng muka (mask) ini terbukti dapat:
- Menyejukkan dan menenangkan kulit serta-merta selepas digunakan, dengan menurunkan suhu kulit sehingga 7°C, sekaligus memberikan keselesaan segera selepas rawatan[i]
- Meningkatkan kelembapan pada lapisan atas kulit sebanyak 68% selepas empat hari[i]
- Menguatkan lapisan pelindung kulit sebanyak 23% bagi menyokong pengekalan kelembapan[i]
- Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit yang ketara untuk penampilan yang lebih sihat dan lebih berseri[i]
Direka sebagai produk kegunaan berganda, topeng muka (mask) ini sesuai untuk:
- Penjagaan selepas rawatan selepas Ultherapy PRIME atau rawatan perubatan estetik bukan pembedahan yang lain.
- Rutin penjagaan kulit harian, mempertingkatkan rutin penjagaan kulit dengan bahan-bahan gred klinikal.
Inovasi Berteraskan Sains Bertemu Kemewahan Sensori
Diperbuat daripada bahan hidrogel inovatif, topeng muka (mask) ini memberi sensasi sejuk dan tenang serta-merta selain mengunci serum dengan lebih efektif untuk penyerapan bahan aktif yang optimum. Reka bentuk unik tiga bahagian melekap sempurna pada bahagian atas wajah, bawah wajah dan leher—mengikut kontur muka dengan tepat tanpa ruang udara bagi memastikan kesan yang maksimum Formulasi ini menggabungkan:
- Formula termaju dengan MC-PDRN, diperoleh daripada DNA ikan salmon untuk merangsang regenerasi dan pembaikan kulit demi penampilan yang lebih sihat[ii]
- Lima jenis asid hialuronik pelbagai berat molekul, untuk membekalkan hidrasi mendalam dan berpanjangan[iii]
- 20 peptida kompleks, bagi menggalakkan sintesis kolagen dan keanjalan kulit[iv]
- Adenosina [v] dan niasinamida [vi] untuk mencerahkan dan menghaluskan tekstur kulit[vii] bagi menyerlahkan keserian yang ketara[viii]
Topeng muka (mask) ini telah diuji secara dermatologi, tidak menyebabkan iritasi, bebas pewangi, bebas etil alkohol dan bebas paraben, menjadikannya sesuai walaupun untuk kulit sensitif.
Scha Alyahya: Suara Yang Diyakini untuk Kecantikan Autentik dan Keyakinan Diri
Merz Aesthetics turut mengumumkan pelantikan Scha Alyahya sebagai Duta Jenama Ultherapy PRIME yang pertama di Malaysia.
Dikenali ramai dengan keanggunannya yang malar segar serta pengaruh besar dalam bidang kecantikan dan gaya hidup, Scha melambangkan nilai teras Ultherapy PRIME — autentik, berkeyakinan tinggi dan selesa menjadi diri sendiri. Dengan kerjaya yang menjangkau lebih sedekad, beliau telah memenangi hati rakyat Malaysia melalui komitmennya terhadap penjagaan diri, keyakinan dan kecantikan semula jadi.
"Scha benar-benar melambangkan semangat Ultherapy PRIME. Beliau mewakili kecantikan moden — yakin, autentik dan selesa dengan diri sendiri," tambah Ong. "Sebagai Duta Jenama pertama kami di Malaysia, beliau mencerminkan prinsip kami bahawa rawatan estetik seharusnya memperkasakan individu untuk menyerlahkan kecantikan semula jadi mereka sambil kekal setia kepada jati diri."
"Saya amat berbangga dapat mewakili Ultherapy PRIME di Malaysia sebagai Duta Jenama pertama mereka kerana ia amat selari dengan prinsip saya terhadap rawatan berasaskan hasil yang autentik. Ia adalah tentang inovasi yang mampu menyerlahkan lagi kecantikan semula jadi tanpa kompromi. Bagi saya, keyakinan lahir dengan mempamerkan diri anda yang sebenar, dan Ultherapy PRIME menyokong perjalanan tersebut dengan cara yang memperkasakan serta berpaksikan realiti," kata Scha Alyahya.
Acara Ultherapy PRIME Soirée menghimpunkan rakan media, pempengaruh utama (KOL) utama serta doktor pakar estetik dari Malaysia, Filipina, Indonesia dan Vietnam untuk menikmati pengalaman imersif dunia Ultherapy PRIME. Para tetamu diraikan dengan pelbagai aktiviti menarik menerusi pameran interaktif yang disediakan. Acara malam tersebut memperkukuh komitmen Merz Aesthetics dalam memperjuangkan perjalanan estetik yang bersifat peribadi dan autentik di Malaysia.
Latar Belakang Merz Aesthetics
Merz Aesthetics ialah sebuah syarikat perubatan estetik yang mempunyai sejarah panjang dalam memperkasakan penjagaan kesihatan profesional, pengguna dan kakitangan untuk menjalani kehidupan harian dengan penuh keyakinan. Matlamat kami adalah untuk membantu orang ramai di seluruh dunia untuk kelihatan, berasa dan menjalani kehidupan sebagai versi terbaik diri mereka — walau apapun definisi yang mereka berikan. Terbukti secara klinikal, portfolio produknya merangkumi bahan suntikan, peranti dan rawatan penjagaan kulit yang direka untuk memenuhi keperluan setiap pengguna dengan standard keselamatan dan keberkesanan yang tinggi. Sebagai sebuah syarikat milikan keluarga selama lebih daripada 115 tahun, Merz Aesthetics terkenal dengan hubungan unik yang dibina bersama para pelanggan yang dianggap seperti keluarga. Ibu pejabat global Merz Aesthetics terletak di Raleigh, North Carolina, AS, dengan rangkaian komersial di 90 buah negara di seluruh dunia. Ia juga merupakan sebahagian daripada Merz Group, yang ditubuhkan pada tahun 1908 dan berpangkalan di Frankfurt, Jerman. Ketahui lebih lanjut di merzaesthetics.com.
[i] Clinical Test Report, Kovas Co., LTD. MERZ AxC Merz Aesthetics Care Range Ultherapy Mask (2025) Korea Dermatology Research Institute. The Korean Association of Human Skin Research Center. |
[ii] Camilia, A., Gadila, A. P., Dwiputri, M. F., Arief, S. F. I., & Setyadi, Y. P. (2025). The role of salmon DNA in skin regeneration and anti–aging. MEDINFTech, 3(2), 79–86 |
[iii] Papakonstantinou, E., Roth, M., & Karakiulakis, G. (2012). Hyaluronic acid: A key molecule in skin aging. Dermato–Endocrinology, 4(3), 253–258 |
[iv] Katayama, K., Armendariz-Borunda, J., Raghow, R., Kang, A. H., & Seyer, J. M. (1993). A pentapeptide from type I procollagen promotes extracellular matrix production. Journal of Biological Chemistry, 268(14), 9941–9944 |
[v] Chun, H., Lee, H., Kim, J., Yeo, H., Hyung, K., Song, D., … Kang, N.–G. (2024). Efficacy of vitamin B12 and adenosine triphosphate in enhancing skin radiance. Current Issues in Molecular Biology, 46(8), 9082–9092 |
[vi] Ong, R. R., & Goh, C. F. (2024). Niacinamide: A review on dermal delivery strategies and clinical evidence. Drug Delivery and Translational Research, 14, 3512–3548 |
[vii] Marucci, G., Buccioni, M., Varlaro, V., Volpini, R., & Amenta, F. (2022). The possible role of the nucleoside adenosine in countering skin aging: A review. BioFactors, 48(5), 1027–1035 |
Rujukan dan/atau data sokongan disediakan atas permintaan |
SOURCE Merz Aesthetics
Share this article