Millennium Hotels and Resorts dan HXE Menjalin Kerjasama Strategik bagi Memperkukuhkan Perniagaan MICE Global Menerusi Inovasi Digital.
Millennium Hotels and Resorts dan HXE Menjalin Kerjasama Strategik bagi Memperkukuh Perniagaan MICE Global Menerusi Inovasi Digital.
SINGAPURA, 12 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Millennium Hotels and Resorts (MHR), peneraju hospitaliti global yang memiliki portfolio merentasi destinasi-destinasi utama di seluruh dunia, telah memeterai perjanjian Program Kerjasama Strategik (Strategic Partnership Program) bersama HXE di Singapura. Kerjasama itu menggabungkan rangkaian hospitaliti global MHR dengan platform MICE digital HXE bagi mewujudkan peluang baharu untuk mesyuarat dan acara korporat, di samping menyokong permintaan yang semakin meningkat terhadap perancangan acara berdaya teknologi yang lancar.
Kerjasama ini memperkukuh proposisi "Where Business Connects" MHR dengan memperluaskan keterlihatan kumpulan dalam rangkaian pelanggan korporat dan MICE HXE. Hotel-hotel MHR yang mengambil bahagian akan memperoleh akses kepada platform, alat serta rangkaian pelanggan HXE, sementara HXE menyokong keseluruhan proses jualan, daripada penjanaan prospek dan pengurusan pertanyaan hingga tindakan susulan. Pendekatan ini membolehkan hotel memberi tumpuan kepada penukaran jualan dan memastikan setiap acara dilaksanakan dengan lancer.
Portfolio antarabangsa MHR yang merangkumi lebih 145 hartanah di 80 destinasi, digabungkan dengan rangkaian HXE yang terdiri daripada lebih 150,000 hotel dan lokasi acara serta lebih 400,000 pelanggan korporat, mewujudkan ekosistem saling melengkapi yang direka untuk menghubungkan permintaan berkelayakan dengan kepakaran hospitaliti global. Secara keseluruhan, kerjasama itu bertujuan untuk menambah baik cara acara perniagaan diperoleh, diurus dan dilaksanakan, di samping mewujudkan nilai yang lebih tinggi untuk perancang, hotel dan pelanggan korporat.
"Sektor MICE luar negara China terus menawarkan peluang komersial yang besar apabila syarikat korporat dan persatuan semakin mencari rakan kongsi hotel dipercayai yang mampu menyokong keperluan perniagaan mereka merentasi destinasi antarabangsa," kata Cinn Tan, Ketua Pegawai Komersial, Millennium Hotels and Resorts. "Kerjasama kami dengan HXE memperkukuh keupayaan kami untuk mendapatkan permintaan berkelayakan daripada platform penyumberan utama MICE, di samping mewujudkan saluran tambahan untuk memacu perniagaan mesyuarat dan acara merentasi portfolio global kami. Kerjasama ini menyokong proposisi Where Business Connects kami dengan menghubungkan perancang berniat tinggi dengan hotel kami, ruang mesyuarat dan kepakaran destinasi kami, sekali gus membantu kami menukar lebih banyak peluang serta memberikan nilai yang lebih kukuh kepada pemilik, rakan kongsi dan pelanggan kami."
Kerjasama itu menyokong strategi MHR yang lebih luas untuk memantapkan kedudukannya dalam ekosistem mesyuarat dan acara global, di samping menyokong pengembangan antarabangsa HXE yang berterusan. Dengan menggabungkan portfolio hotel global dan kepakaran destinasi MHR dengan platform teknologi serta rangkaian korporat HXE, kedua-dua organisasi menyasarkan untuk mewujudkan ekosistem MICE yang lebih terhubung, cekap dan berkesan secara komersial untuk pelanggan di seluruh dunia.
"HXE memandang MHR sebagai rakan kongsi digital yang tangkas dan berpandangan jauh bagi kumpulan hotel global dalam suasana evolusi pesat trend MICE hotel. Kerjasama antara HXE dan MHR benar-benar mampu memulakan integrasi digital yang lancar antara MICE dan operasi hotel MHR, sekaligus membolehkan hotel MHR menjadi sebahagian daripada senario lengkap pemerolehan pelanggan digital, perkhidmatan dan pengalaman luar talian. Selain itu, kerjasama ini membenarkan Kumpulan pelanggan korporat HXE yang sangat besar mengakses ratusan hotel MHR di 80 bandar destinasi utama di peringkat global, seperti Singapura, New York, Los Angeles, London, Paris dan Dubai, dengan kadar kecekapan lima kali lebih pantas berbanding kaedah penyumberan hotel dan mesyuarat standard antarabangsa," kata Liang Yang, Ketua Pegawai Eksekutif, HXE.
Program Kerjasama Strategik ini akan bermula pada Ogos, dengan kedua-dua organisasi saling bekerjasama untuk memacu permintaan MICE berkelayakan merentasi hartanah Millennium Hotels and Resorts terpilih di peringkat global, di samping memberikan nilai yang lebih tinggi kepada perancang mesyuarat, pelanggan korporat dan rakan kongsi hotel.
Aset media boleh diperoleh di sini.
SOURCE Millennium Hotels and Resorts
Share this article