Proton Perodua Save Kaw Kaw: PolicyStreet Tawar Diskaun RM100 untuk Insurans Kereta Proton dan Perodua
Ringkasan: Dari 10 hingga 24 Jun, pemilik kereta jenama nasional Malaysia boleh menikmati diskaun RM100 untuk pembaharuan insurans kereta, di samping ganjaran tambahan menerusi program rujukan PolicyStreet.
KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Jun 2026 /PRNewswire/ -- Daripada perjalanan balik kampung, sesi lepak mamak lewat malam, hinggalah mengharungi kesesakan trafik harian di Lebuhraya Persekutuan, rakyat Malaysia telah lama bergantung kepada kereta nasional seperti Myvi, Saga, Axia dan Bezza untuk bergerak ke mana sahaja destinasi tujuan mereka. Bagi meraikan perjalanan harian yang menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia, PolicyStreet memperkenalkan kempen Proton Perodua Save Kaw Kaw, yang menawarkan penjimatan RM100 untuk pembaharuan insurans kereta.
Dari 10 hingga 24 Jun 2026, pemilik kereta Proton dan Perodua yang memperbaharui insurans kereta mereka melalui PolicyStreet hanya perlu memasukkan kod promosi "MYR100" semasa pembayaran untuk menikmati diskaun RM100.
"Jika anda lihat di kawasan perumahan, tempat letak kereta pejabat atau lebuh raya di seluruh Malaysia, besar kemungkinan anda akan temui Myvi, Saga, Axia dan Bezza dalam jarak beberapa meter antara satu sama lain. Kereta-kereta ini menjadi pilihan jutaan rakyat Malaysia setiap hari, dan kempen Proton Perodua Save Kaw Kaw adalah cara kami menghargai para pemandu dengan menjadikan pembaharuan insurans lebih berbaloi," kata Wilson Beh, Ketua Pegawai Operasi PolicyStreet Malaysia.
Nak jimat kaw lagi? Promosi popular 10+10 PolicyStreet masih berlangsung sehingga penghujung bulan Jun. Pelanggan boleh menikmati diskaun premium tanpa had sebanyak 10% selepas NCD, dengan tambahan RM10 lagi ketika pembayaran setiap hari dari jam 10 pagi hingga 11 pagi dan 10 malam hingga 11 malam. Bagi mereka yang tidak mahu menunggu waktu tertentu, kempen Proton Perodua Save Kaw Kaw menawarkan diskaun RM100 sepanjang hari sehingga 24 Jun.
Tak cukup kaw?! Selain diskaun RM100, pelanggan juga boleh memperoleh sehingga RM150 kredit Touch 'n Go eWallet melalui program rujukan PolicyStreet. Setiap rujukan yang berjaya memberikan ganjaran RM30 kepada kedua-dua pihak, iaitu pemberi rujukan dan pelanggan baharu, dengan maksimum lima rujukan bagi setiap pelanggan. Jika digabungkan dengan diskaun kempen, pelanggan boleh menikmati penjimatan dan ganjaran bernilai sehingga RM250.
Selain penjimatan, pemilik kereta Proton dan Perodua juga boleh membandingkan sebut harga daripada pelbagai syarikat insurans dan takaful melalui PolicyStreet dalam hanya beberapa minit. Ini memudahkan mereka mencari perlindungan yang sesuai dengan keperluan dan bajet masing-masing. Sama ada pelanggan memperbaharui insurans secara dalam talian buat kali pertama atau beralih daripada proses tradisional melalui ejen, mereka boleh menikmati pengalaman yang lebih mudah, telus dan mesra pengguna.
Untuk memperbaharui insurans kereta Proton atau Perodua anda dan menikmati diskaun RM100 dengan kod promosi "MYR100", dapatkan sebut harga di policystreet.com.my antara 10 hingga 24 Jun 2026. Gabungkan promosi dan ganjaran rujukan untuk penjimatan yang lebih kaw!
Mengenai PolicyStreet Group
PolicyStreet Group is backed by leading venture capital firms Altara Ventures and Gobi Partners, as well as sovereign wealth funds Khazanah Nasional Berhad and Cool Japan Fund. The Group serves over 10 million customers with more than US$10 billion in sum insured. It was featured in the Financial Times and Statista's Top 500 High-Growth Companies Asia-Pacific 2026 list and named "Most Disruptive Insurtech in Malaysia" at the Insurance Asia News (IAN) Country Awards for Excellence 2025.
PolicyStreet Group adalah kumpulan syarikat teknologi insurans (insurtech) bersepadu yang menyediakan penyelesaian insurans digital kepada perniagaan dan pengguna di seluruh Asia serta Australia.
Kumpulan ini beroperasi menerusi beberapa entiti merentasi pasaran dan segmen perniagaan utamanya, termasuk pengedaran insurans, insurans terbenam (embedded insurance) dan insurans semula (reinsurance). PolicyStreet bekerjasama dengan lebih daripada 40 penyedia insurans dan takaful di seluruh dunia bagi menawarkan penyelesaian manfaat pekerja dan insurans berkumpulan, perkhidmatan agregasi insurans, serta infrastruktur digital yang memudahkan akses kepada perlindungan insurans.
PolicyStreet Group disokong oleh firma modal teroka terkemuka seperti Altara Ventures dan Gobi Partners, serta dana kekayaan negara Khazanah Nasional Berhad dan Cool Japan Fund. Kumpulan ini melindungi lebih 10 juta pelanggan dengan jumlah perlindungan melebihi USD10 bilion. PolicyStreet turut tersenarai dalam Financial Times dan senarai "Top 500 High Growth Companies Asia Pacific 2026" oleh Statista, serta dinobatkan sebagai "Most Disruptive Insurtech in Malaysia" di Insurance Asia News (IAN) Country Awards for Excellence 2025.
Mengenai PolicyStreet Malaysia
PolicyStreet Malaysia merupakan anak syarikat PolicyStreet Group di Malaysia yang menawarkan insurans pengguna, di samping penyelesaian manfaat pekerja dan insurans berkumpulan.
Ia merupakan Penasihat Kewangan dan Penasihat Kewangan Islam yang diluluskan serta dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Sebagai sebahagian daripada PolicyStreet Group, syarikat ini memanfaatkan keupayaan teknologi kumpulan untuk memudahkan akses kepada insurans dan meningkatkan pengalaman pelanggan.
SOURCE PolicyStreet
Share this article