Qualcomm dan Samsung Perluas Kerjasama dengan Snapdragon
Memperkasakan Barisan Galaxy Baharu Merangkumi Telefon Pintar, Jam Tangan dan Cermin Mata Pintar
SAN DIEGO, 23 Julai 2026 /PRNewswire/ -- Di acara Samsung Unpacked, Qualcomm Technologies, Inc. mengumumkan bahawa Snapdragon® 8 Elite Gen 5 Mobile Platform for Galaxy, Snapdragon Wear™ Elite Platform dan Snapdragon® AR1 Gen 1 akan memperkasakan peranti terbaharu Samsung – termasuk Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra, Samsung Galaxy Z Fold8, Samsung Galaxy Z Flip8, Samsung Galaxy Watch9, Samsung Galaxy Watch Ultra2 serta Intelligent Eyewear baharu.
Ekosistem Galaxy Terhubung, Dikuasakan oleh Snapdragon
Snapdragon menjadi asas kepada peranti Galaxy baharu dengan mengupayakan pengalaman AI bersepadu merangkumi telefon pintar, peranti boleh pakai dan cermin mata pintar. Dengan menawarkan ciri pemprosesan pada peranti yang berkuasa serta sambungan rentas peranti yang yang dipertingkatkan, Snapdragon memberikan pengalaman yang konsisten, peka dari segi konteks dan semakin autonomi, sambil mencapai penyesuaian pada masa nyata dengan cara pengguna menjalani kehidupan, bekerja dan mencipta.
"Kami sedang memasuki era baharu AI, apabila kecerdasan terbina dalam peranti peribadi yang menjadi pergantungan orang ramai sepanjang hari," kata Cristiano Amon, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Qualcomm Incorporated. "Dengan Snapdragon yang menjadi enjin kepada telefon pintar, jam tangan dan cermin mata pintar Galaxy yang terkini, Qualcomm dan Samsung mengupayakan AI yang lebih semula jadi dan peka terhadap konteks dalam seluruh ekosistem Galaxy. Kami berbangga dapat meneruskan inovasi selama hampir 30 tahun sambil membantu mentakrifkan generasi pengalaman mudah alih yang seterusnya."
"Barisan Galaxy baharu ini merupakan hasil kerjasama kejuruteraan yang rapat dengan Qualcomm Technologies," kata Won-joon Choi, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi MX Business, Samsung Electronics. "Kami mengoptimumkan platform Snapdragon bersama-sama untuk setiap faktor bentuk Galaxy, sekali gus menjamin prestasi dan kecekapan yang menjadi asas kepada pengalaman Galaxy AI. Asas inilah yang membolehkan pengguna beralih merentasi telefon pintar, jam tangan dan cermin mata dengan satu pengalaman Galaxy premium yang konsisten."
Prestasi Mudah Alih Termaju untuk Galaxy AI
Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy memperkasakan gelombang pengalaman Galaxy AI yang seterusnya pada telefon pintar boleh lipat terkini daripada Samsung. Dibina berasaskan Qualcomm Oryon™ CPU, iaitu CPU mudah alih terpantas di dunia, ia menawarkan prestasi peneraju industri dan keresponsifan yang luar biasa, kesemuanya sambil mengekalkan kecekapan kuasa yang luar biasa.
Snapdragon 8 Elite Gen 5 for Galaxy mengupayakan pengalaman AI masa nyata yang lebih maju, daripada keupayaan kamera pintar dan permainan imersif hinggalah sambungan yang dipertingkatkan oleh AI, sekali gus membawa interaksi yang lebih pantas, lebih pintar dan lebih diperibadikan kepada Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8.
AI Peribadi Kini Menjadi Kenyataan
Sebagai sebahagian daripada pengalaman AI Peribadi yang lebih meluas, jam tangan berfungsi sebagai teman yang sentiasa bersedia, dengan terus mengesan isyarat bagi memperkasakan pengalaman yang lebih diperibadikan dan peka terhadap konteks. Ia turut berfungsi dengan lancar merentasi ekosistem peranti terhubung untuk memberikan interaksi yang lebih intuitif dan berterusan.
Diumumkan di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC), Snapdragon Wear Elite membawa gabungan sensor yang canggih, prestasi tinggi dan sambungan yang unggul kepada Samsung Galaxy Watch9 dan Samsung Galaxy Watch Ultra2 yang membolehkannya memahami konteks pengguna secara berterusan sepanjang hari serta memberikan cerapan dan panduan kesihatan yang lebih proaktif dan diperibadikan.
Cermin Mata Pintar, Dikuasakan oleh Snapdragon
Qualcomm Technologies, Samsung dan Google memperluas kerjasama mereka bagi Android XR melangkaui set kepala Galaxy XR kepada cermin mata pintar yang dikuasakan oleh Snapdragon AR1 Gen 1. Di acara Samsung Unpacked, Gentle Monster & Warby Parker memperkenalkan dua lagi reka bentuk sebagai sebahagian daripada koleksi yang lebih besar yang akan dilancarkan pada musim luruh ini, kesemuanya dibangunkan berasaskan Snapdragon bagi memberikan prestasi yang diperlukan demi pengalaman yang lebih peka terhadap konteks dan berguna. Rangkaian reka bentuk yang semakin berkembang ini mencerminkan momentum yang semakin meningkat dalam kategori tersebut serta menawarkan lebih banyak cara kepada pengguna untuk menikmati pengalaman cermin mata pintar, bermula pada musim luruh ini.
Snapdragon menjadi enjin kepada Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra, Samsung Galaxy Z Fold8, Samsung Galaxy Watch9 dan Samsung Galaxy Watch Ultra2 di peringkat global. Snapdragon turut menjadi enjin kepada Galaxy Z Flip8 di beberapa wilayah terpilih.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk siaran media kami di sini.
SOURCE Qualcomm Technologies, Inc.

Related Links
https://mma.prnewswire.com/media/2924617/Qualcomm_logo_jpg_Logo.jpg
Share this article