realme P4 Power 5G Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia dengan Bateri Titan 10,001mAh Pertama di Dunia
- Telefon pintar pertama di dunia dengan bateri 10,001mAh, memberikan ketahanan ultra-panjang, peneraju industri ke era 10,000mAh
KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 Jun 2026 /PRNewswire/ -- realme, jenama telefon pintar paling pesat berkembang di dunia, hari ini melancarkan realme P4 Power 5G di Malaysia. Ia merupakan kejayaan teknologi utama selaku pendorong inovasi bateri telefon pintar memasuki era 10,000mAh. Dilengkapi dengan bateri Titan 10,001mAh, prestasi peringkat unggul, dan reka bentuk unik "Visible Power", realme P4 Power 5G direka khas bagi generasi baharu demi memenuhi keperluan gaya, kuasa dan ketahanan.
Perintis Teknologi Bateri: Bateri Titan 10,001mAh Mentakrif Semula Daya Tahan
Selepas berinovasi selama bertahun, realme mencapai satu mercu sejarah dengan bateri telefon pintar 10,001mAh pengeluaran massa pertama di dunia menerusi realme P4 Power 5G. Peranti ini memperkenalkan bateri Titan 10,001mAh yang pertama di dunia, hampir dua kali ganda saiz bateri telefon pintar biasa dan cukup berkuasa untuk mentakrif semula daya tahan harian serta penggunaan berat.
Dengan teknologi anod silikon-karbon generasi baharu dan reka bentuk perlindungan C Pack serta F Pack yang advance, realme P4 Power 5G menawarkan prestasi daya tahan luar biasa sambil mengekalkan tubuh senipis 9.08mm pada hanya 219g, mencapai keseimbangan jarang ditemui antara kapasiti bateri yang ekstrem dan ergonomik yang selesa.
Selain kapasiti yang besar, realme P4 Power 5G dilengkapi dengan perlindungan keselamatan kukuh. Bateri Titan berfungsi pada kadar cemerlang dalam julat suhu ekstrem dari –30°C hingga 56°C. Ia lulus ujian mampatan rata, pengecasan berlebihan dan penjatuhan bateri, sekali gus meraih Pensijilan Keselamatan Bateri TÜV Five Star — telefon pintar pertama dalam kelas 10,000mAh yang mencapai piawaian ini. Dengan kimia silikon-karbon generasi baharu dan pengurusan pengecasan pintar, bateri ini mampu bertahan sehingga 1,650 kitaran pengecasan dan mengekalkan tahap kesihatan melebihi 80% selepas lapan tahun penggunaan.
Walaupun mempunyai kapasiti besar, peranti ini menyokong pengecasan pantas 80W dan mampu mencapai 50% dalam masa hanya 36 minit, serta pengecasan songsang 27W terpantas di dunia untuk mengecas aksesori dan peranti lain dengan mudah. Semua kejayaan ini menjadikan realme P4 Power 5G sebagai penanda aras baharu dalam industri telefon pintar, menawarkan kuasa optimum dan bebas kebimbangan bagi pengguna muda untuk tahun-tahun mendatang.
Prestasi Unggul dengan Paparan Lancar
Telefon Permainan Rasmi bagi MLBB Academy League Musim ke-5 (MAL MY S5) ini menghadirkan prestasi cemerlang dan cekap dengan cip Dimensity 7400 Ultra 5G, membolehkan pengecaman imej lebih pantas, pemprosesan HDR lebih berkualiti serta rakaman video 4K stabil buat permainan lancar dan pelbagai tugas tanpa gangguan. Pengalaman ini ditingkatkan lagi dengan paparan HyperGlow 4D Curve+ AMOLED menakjubkan, dilengkapi kadar segar semula 144Hz. Dengan kecerahan puncak sehingga 6,500 nits dan 1.07 bilion warna, paparan ini kekal cerah, lancar dan jelas walaupun di bawah cahaya matahari yang terang.
realme P4 Power 5G menyampaikan pengalaman visual konsisten, lancar dan imersif buat semua kegunaan, sama ada permainan, penstriman atau aktiviti harian.
Reka Bentuk 'Visible Power': Teknologi Bertemu Ketelusan
Berdasarkan sifat siri P, realme P4 Power 5G memperkenalkan reka bentuk "Visible Power" yang mengubah elemen kejuruteraan dalaman menjadi ciri estetika. Panel belakangnya dibahagikan kepada dua zon: bahagian bawah matte mempamerkan bateri Titan 10,001mAh, dan bahagian atas telus mendedahkan litar dalaman peranti.
Tersedia dalam variasi Flash Orange yang dan Power Silver yang elegan, reka bentuk ini menyampaikan mesej ketelusan dan kuasa kepada seluruh dunia, selaras dengan matlamat realme dalam menjadikan teknologi maju lebih mudah dilihat dan dihubungkan.
Bagi melengkapkan falsafah reka bentuk ini di luar estetika semata-mata, peranti ini dilengkapi penarafan IP69, IP68 dan IP66, ArmorShell Protection, Corning Gorilla Glass, audio berkuasa tinggi UltraBoom 400%, serta realme UI 7.0 terkini. Kesemua elemen ini membawa ketahanan, kehalusan dan prestasi visual ultra-lancar ke dalam satu peranti yang dicipta oleh dan untuk generasi baharu.
Harga dan Ketersediaan
Sebagai peranti siri P paling berkuasa pernah dihasilkan, realme P4 Power 5G dijual pada harga RM1,999 dan boleh didapatkan bermula 3 Jun 2026 melalui TikTok Shop rasmi realme. Nikmati Tawaran Pelancaran Khas dengan harga istimewa hanya RM1,599 di TikTok Shop rasmi realme dari 3 hingga 5 Jun 2026.
Ikuti laman web rasmi dan media sosial realme Malaysia untuk maklumat lanjut.
-Tamat-
Mengenai realme
realme merupakan syarikat teknologi pengguna global yang membawa perubahan dalam pasaran telefon pintar dengan menjadikan teknologi termaju lebih mudah diakses. Ia menawarkan rangkaian telefon pintar dan peranti teknologi gaya hidup dengan spesifikasi premium, berkualiti, serta reka bentuk yang mendahului trend buat pengguna muda.
Ditubuhkan oleh Sky Li pada tahun 2018, realme telah berjaya menjadi salah satu daripada 5 pengeluar telefon pintar utama di 30 pasaran global dalam tempoh tiga tahun sahaja. realme telah menembusi pelbagai pasaran di seluruh dunia, termasuk China, Asia Tenggara, Asia Selatan, Eropah, Timur Tengah, Amerika Latin, dan Afrika, dengan pangkalan pengguna global melebihi 200 juta orang. Tahun 2024 merupakan tahun penjenamaan semula bagi realme dengan slogan baharunya, "Make it real." Di bawah semangat jenama baharu ini, realme akan memberikan lebih tumpuan kepada pengguna muda berbanding sebelumnya serta membawakan manfaat yang nyata, jelas, dan praktikal dalam kehidupan mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.realme.com/my/.
SOURCE realme
Share this article