Pelancaran Siri realme C100: Juara Ketahanan dengan Bateri 7,000mAh, Penanda Aras Baharu dalam Pasaran Telefon Pintar Peringkat Permulaan di Malaysia
KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 Mei 2026 /PRNewswire/ -- realme, jenama telefon pintar paling pantas berkembang di dunia, dengan sukacita mengumumkan bahawa siri realme C100 yang dinantikan bakal tiba di Malaysia. Diposisikan sebagai Juara Ketahanan dalam kategori peringkat permulaan, siri C100 bakal meningkatkan mutu segmen tersebut dengan bateri 7,000mAh — kapasiti terbesar dalam kelasnya. Direka sebagai teman ideal bagi mereka yang sentiasa berada di luar, siri C100 akan mentakrif semula segmen telefon pintar bajet dengan ketahanan bateri dan kekuatan mampan, sekali gus mengubah jangkaan pengguna Malaysia terhadap telefon pintar mampu milik.
Manakala kebanyakan telefon pintar dalam segmen peringkat permulaan terhad kepada bateri 5,000mAh, siri realme C100 melangkaui had itu dengan ketara melalui kapasiti 7,000mAh, memberikan masa penggunaan yang jauh lebih panjang. Di teras siri C100 terletak bateri ultra-besar yang menjanjikan kuasa sepanjang hari, menyelesaikan masalah kebimbangan bateri yang sering dihadapi oleh mereka di dalam sektor pekerjaan melibatkan penggunaan telefon pintar secara berat di jalan raya.
Daripada penghantar makanan melayari lalu lintas sibuk di Lembah Klang, kepada penunggang kurier yang melakukan pelbagai penghantaran di seluruh Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru, serta profesional luar bekerja secara berpanjangan di cuaca tidak menentu — kebolehpercayaan adalah segalanya. Menariknya, bateri gergasi ini hanyalah permulaan. Siri C100 dibangunkan dengan teliti untuk memenuhi keperluan sebenar gaya hidup aktif, menawarkan ketahanan bateri tiada tandingan serta ketahanan lasak yang dibina bagi menanggung cabaran harian di jalan raya.
Selain bateri 7,000mAh yang berkuasa, siri C100 turut memperkenalkan pelbagai ciri dan peningkatan prestasi peringkat 'flagship', sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai juara ketahanan utama dalam pasaran peringkat permulaan.
Maklumat lanjut mengenai spesifikasi penuh, harga dan tarikh pelancaran rasmi siri realme C100 di Malaysia akan didedahkan tidak lama lagi.
Ikuti laman web rasmi dan media sosial realme Malaysia untuk maklumat lanjut.
Mengenai realme
realme merupakan syarikat teknologi pengguna global yang membawa perubahan dalam pasaran telefon pintar dengan menjadikan teknologi termaju lebih mudah diakses. Ia menawarkan rangkaian telefon pintar dan peranti teknologi gaya hidup dengan spesifikasi premium, berkualiti, serta reka bentuk yang mendahului trend buat pengguna muda.
Ditubuhkan oleh Sky Li pada tahun 2018, realme telah berjaya menjadi salah satu daripada 5 pengeluar telefon pintar utama di 30 pasaran global dalam tempoh tiga tahun sahaja. realme telah menembusi pelbagai pasaran di seluruh dunia, termasuk China, Asia Tenggara, Asia Selatan, Eropah, Timur Tengah, Amerika Latin, dan Afrika, dengan pangkalan pengguna global melebihi 200 juta orang. Tahun 2024 merupakan tahun penjenamaan semula bagi realme dengan slogan baharunya, "Make it real." Di bawah semangat jenama baharu ini, realme akan memberikan lebih tumpuan kepada pengguna muda berbanding sebelumnya serta membawakan manfaat yang nyata, jelas, dan praktikal dalam kehidupan mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.realme.com/my/.
SOURCE realme
Share this article