ThinkPalm dan Singapore Polytechnic Bekerjasama Memajukan IIoT Mampan Bagi PKS dan Syarikat Permulaan
SINGAPURA, 10 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- ThinkPalm Technologies, penyedia penyelesaian teknologi yang pakar dalam Internet Benda Perindustrian (IIoT) dan kemampanan digital, telah memeterai Memorandum Persefahaman dengan Singapore Polytechnic (SP) bagi bekerjasama dalam penyelesaian IIoT berasaskan kecerdasan buatan untuk pengukuran kemampanan dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta syarikat permulaan di Singapura. Kerjasama ini menggabungkan kepakaran SP dalam pendidikan teknologi gunaan dengan keupayaan IIoT dan AI milik ThinkPalm bagi mempercepatkan penerimaan awal alat pengukuran kemampanan merentasi komuniti perniagaan di Singapura.
Membangunkan Bakat Bersedia Industri Menerusi Inovasi IIoT
Rakan kerjasama ini dijangka membina peluang buat pelajar SP untuk mengambil bahagian dalam reka bentuk penderia menerusi projek bersama. SP dan ThinkPalm berhasrat membangunkan penyelesaian IIoT secara bersama di samping memberi pendedahan bernilai kepada pelajar menerusi inisiatif industri kolaboratif.
"Menerusi kerjasama dengan ThinkPalm, kami berhasrat untuk mewujudkan peluang bermakna bagi para pelajar di samping menyokong penerimaan teknologi kemampanan baharu oleh pihak industri. Kerjasama ini mencerminkan kepentingan menghubungkan pendidikan, inovasi, dan keperluan industri."
- kata Encik Toh Ser Khoon, Pengarah Kanan Kluster Kejuruteraan, Singapore Polytechnic
Kerjasama ini bertujuan mempercepatkan penerimaan awal teknologi pengukuran IIoT dalam kalangan PKS dan syarikat permulaan di Singapura, sekali gus menyokong kedudukan Singapura sebagai pusat karbon terkemuka di Asia.
Platform IIoT berasaskan AI milik ThinkPalm, NetvirE, dijangka akan menyokong inisiatif kemampanan masa hadapan menerusi kerjasama berkenaan.
Daripada Kepimpinan Pemikiran Kepada Latihan Industri
Kerjasama ini menawarkan nilai dalam dua bidang utama. Kerjasama ini bertujuan memperkukuh kepimpinan SP dalam penerimaan IIoT berasaskan AI di samping mewujudkan peluang buat pelajar untuk menyertai projek dan latihan industri di pejabat ThinkPalm yang terletak di Kochi, Trivandrum, dan Chennai, sekali gus merapatkan jurang antara pembelajaran akademik dengan pengalaman dunia sebenar.
"Kemampanan memerlukan data yang boleh ditindaklanjuti, dan IIoT berasaskan AI mampu menjadikan pengukuran kemampanan lebih mudah diakses oleh PKS. Menerusi kerjasama dengan Singapore Polytechnic, kami menyokong perniagaan dalam perjalanan kemampanan mereka di samping memajukan inovasi dan pembangunan bakat."
- Encik Rejish M Unni, Pengasas merangkap Pengarah Jualan & Pemasaran ThinkPalm Technologies
Singapore Polytechnic telah menjemput ThinkPalm untuk membangunkan kerangka kurikulum yang berfokuskan projek industri secara bersama. ThinkPalm turut menyertai rangkaian rakan industri SP dan bersedia untuk terlibat dalam seminar serta inisiatif penglibatan masa hadapan.
Maklumat tentang ThinkPalm Technologies
ThinkPalm ialah syarikat kejuruteraan produk dan pembangunan perisian yang pakar dalam IIoT, AI, transformasi digital, dan kemampanan. Berbekalkan pengalaman selama lebih 15 tahun, ThinkPalm menyediakan penyelesaian yang membantu perniagaan global berinovasi dan berkembang.
Maklumat tentang Singapore Polytechnic
Ditubuhkan pada tahun 1954 sebagai politeknik pertama di Singapura, Singapore Polytechnic (SP) menawarkan 34 program diploma sepenuh masa, dan diiktiraf menerusi kerjasama industri yang kukuh serta komitmen terhadap kemampanan.
Butiiran Hubungan
[email protected]
0484 410 4100
Share this article