TMGM Kembali sebagai Penaja Utama Konsert Jay Chou Malaysia 2027
KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 Jun 2026 /PRNewswire/ -- TMGM mengumumkan kembalinya syarikat itu sebagai Penaja Utama konsert Jay Chou yang akan datang di Malaysia bagi meneruskan sokongannya menerusi salah satu acara hiburan secara langsung yang paling ikonik di Asia.
Konsert tersebut akan berlangsung pada 23 Januari 2027 di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil apabila Jay Chou membawakan konsep "Carnival II World Tour" baharu ke Malaysia.
Ini merupakan kerjasama keempat TMGM dengan acara konsert Jay Chou di wilayah ini, termasuk tiga penajaan di Malaysia dan satu di Bangkok. Melalui kerjasama ini, TMGM terus memperkukuh kehadirannya di Asia Tenggara dengan menyokong pengalaman hiburan berskala besar yang dekat dengan audiens tempatan.
Bersempena ulang tahun ke-25 sejak kemunculan sulungnya, Jay Chou meneruskan perjalanan muziknya menerusi "Carnival II World Tour", yang dibangunkan berasaskan kejayaan siri konsert "Carnival" asal.
Jelajah baharu itu akan turut memperkenalkan konsep "One City, One Theme" ("Satu Bandar, Satu Tema"), yang memberikan identiti konsert tersendiri kepada setiap bandar sebagai sebahagian daripada pengalaman persembahan secara langsung.
"Jay Chou, yang diiktiraf secara meluas sebagai Raja Mandopop, terus menyatukan peminat merentas generasi dan audiens di seluruh dunia," kata TMGM. "Kami berbangga kerana sekali lagi dapat dikaitkan dengan acara konsert utama ini dan membawakan satu lagi pengalaman konsert yang tidak dapat dilupakan kepada peminat di Malaysia."
Aktiviti penglibatan peminat dan kempen berkaitan tiket selanjutnya oleh TMGM dijangka diumumkan pada tarikh menghampiri tempoh konsert, termasuk hadiah eksklusif dan inisiatif komuniti.
Jualan tiket konsert Malaysia akan bermula pada 3 Jun 2026, dengan prajualan UOB bermula jam 10.00 pagi, diikuti jualan umum pada jam 3.00 petang.
Ditubuhkan pada 2013 di Sydney, Australia, TMGM Group ialah Rakan Kongsi Wilayah Rasmi Chelsea Football Club. Sebagai broker yang menyediakan perkhidmatan perdagangan produk kewangan global, TMGM dikawal selia oleh ASIC (Australia), VFSC (Vanuatu), FSC Mauritius dan FSA (Seychelles).
Penafian: Pelaburan dalam produk berleveraj melibatkan risiko tinggi dan tidak sesuai untuk semua pelabur. Anda tidak mempunyai kepentingan dalam aset pendasar. Sila baca Perjanjian Pelanggan dan dokumen pendedahan lain yang disediakan di laman web kami. Maklumat di atas disediakan oleh TMGM Group (Trademax Australia Limited, ABN 76 162 331 311, AFSL 436416; Trademax Global Markets (SE) Limited, nombor lesen FSA SD224; Trademax Global Limited, VFSC 40356 & Trademax Global Markets (International) Pty Ltd, No. Syarikat 195323, Nombor Lesen Peniaga Pelaburan Mauritius GB22201012).
SOURCE TMGM
Share this article