Village Grocer Luaskan Jajahan ke Pusat Bandaraya Johor Bahru dengan Pembukaan Cawangan Baharu di SKS City Mall JBCC
JOHOR BAHRU, Malaysia, 21 Mei 2026 /PRNewswire/ -- Village Grocer, rangkaian pasar raya premium terkemuka di Malaysia, hari ini secara rasmi membuka pintunya di SKS City Mall JBCC yang amat dinantikan. Pembukaan ini merupakan pencapaian penting dalam pengembangan jenama ini, membawakan pengalaman membeli-belah "Passion to Delight" ke tengah-tengah bandar raya Johor Bahru.
Terletak strategik di bawah hotel 5-bintang Sheraton Johor Bahru dan hanya beberapa minit dari CIQ, Village Grocer menawarkan akses mudah kepada penduduk, komuter harian, dan pelancong untuk menikmati:
- Kesegaran Terjamin: Pelbagai pilihan buah-buahan dan sayur-sayuran premium yang diterbangkan khas setiap hari dari Australia, Jepun, Korea, dan New Zealand, serta hasil tempatan dari Cameron Highlands.
- Daging & Makanan Laut Premium: Potongan daging berkualiti tinggi serta seksyen makanan laut yang segar dari laut.
- Antarabangsa & Artisanal: Produk eksklusif jenama sendiri dari Australia (Woolworths), rangkaian premium Eropah, serta seksyen makanan organik dan sihat yang luas untuk gaya hidup vegan, keto, dan bebas gluten.
- Hidangan Sedia Dimakan: Seksyen deli khas yang menawarkan barangan bakeri artisanal dan penyelesaian hidangan pantas untuk profesional bandar.
SKS City Mall JBCC merupakan destinasi gaya hidup dan komuniti moden yang menawarkan gabungan seimbang antara makanan dan minuman, peruncitan, kesihatan dan kesejahteraan, hiburan serta pengalaman mesra keluarga. Pusat beli-belah ini turut menampilkan jenama terpilih dari Singapura bagi memenuhi keperluan pengunjung rentas sempadan serta mewujudkan persekitaran yang mudah dan menarik untuk aktiviti santai dan sosial. Terletak secara strategik berhampiran Pusat Pemeriksaan CIQ Singapura, SKS City Mall JBCC direka untuk memenuhi keperluan komuniti tempatan serta pengunjung dari Singapura, disokong oleh komponen peruncitan, makanan dan minuman, hiburan serta hospitaliti yang bersepadu. Selain penawaran peruncitan, pusat beli-belah ini memberi tumpuan kepada penciptaan pengalaman bermakna melalui sambutan perayaan, aktiviti mesra keluarga, persembahan langsung, pameran serta acara komuniti bagi menggalakkan kunjungan berulang dan meningkatkan penglibatan pengunjung sepanjang tahun.
"Ketibaan kami di SKS City Mall adalah langkah strategik untuk membawa tawaran runcit premium kami lebih dekat dengan nadi bandar raya Johor Bahru yang dinamik," kata Encik Kok Kian Kee, Ketua Pegawai Eksekutif The Food Purveyor.
Sambutan Pembukaan Besar-Besaran & Promosi
Sempena pelancaran ini, Village Grocer SKS City Mall menawarkan ganjaran eksklusif dari 21 Mei hingga 21 Jun 2026:
- Bumper Bonanza (21 Mei 2026 sahaja): Tawaran satu (1) hari dengan nilai terbaik di bandar!
- Hadiah Pembukaan: Berlangsung pada 21, 23, dan 29 Mei, serta sepanjang bulan Jun, kempen pembukaan ini menawarkan hadiah percuma dengan pembelian kepada pelanggan yang berbelanja di Village Grocer, SKS City Mall JBCC. Hadiah ditawarkan secara "siapa cepat, dia dapat" selagi stok masih ada. Tertakluk kepada terma dan syarat.
- Istimewa Hari Pembukaan (21 Mei 2026):
- 200 pelanggan pertama yang berbelanja minimum RM150 akan menerima satu (1) beg barangan eksklusif (goodie bag).
- 50 pelanggan pertama yang berbelanja RM300 ke atas akan menerima beg barangan eksklusif DAN beg hadiah Buah & Sayuran.
- Sertai BITES (Keahlian PERCUMA) pada 21 Mei 2026:
- Berbelanja RM30 ke atas untuk mendapatkan beg beli-belah non-woven PERCUMA (ahli baharu sahaja).
- Berbelanja RM180 ke atas untuk satu (1) cubaan di mesin CLAW bagi memenangi patung mainan atau pek tisu muka SAVOIR.
Sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap kelestarian, cawangan ini akan beroperasi sebagai stor bebas plastik di kaunter bayaran. Pelanggan digalakkan membawa beg kitar semula sendiri.
Village Grocer di SKS City Mall JBCC terletak di Tingkat Bawah Tanah (Lower Ground Floor) dan dibuka setiap hari dari 10:00 AM hingga 10:00 PM.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Web Rasmi Village Grocer atau ikuti Village Grocer di Facebook dan Instagram.
Tentang Village Grocer
Village Grocer adalah rangkaian pasar raya terkemuka, yang terkenal dengan komitmennya menyediakan produk berkualiti tinggi, perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan keunikan pengalaman beli-belah. Village Grocer berdedikasi untuk memberikan pilihan gourmet terbaik keluaran lokal dan antarabangsa untuk pelanggan-pelanggannya yang bijak menilai, di samping mengekalkan standard kelestarian dan tanggungjawab yang tinggi terhadap penjagaan alam sekitar.
Untuk maklumat lanjut, sila layari villagegrocer.com.my.
SOURCE Village Grocer
Share this article