Village Grocer Semakin Pantas Meluaskan Jajahannya di Kuala Lumpur dengan Pembukaan Cawangan Baharunya di KL Met Galleria
KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 April 2026 /PRNewswire/ -- Village Grocer, rangkaian pasaraya terkemuka Malaysia, hari ini dengan rasminya mengorak langkah menuju KL Met Galleria. Cawangan baharu ini merupakan satu pencapaian besar untuk perkembangan jenama Village Grocer dengan membawa identiti istimewanya iaitu "Passion to Delight" kepada komuniti yang sentiasa bersemangat dan bertenaga di Kuala Lumpur.
Cawangan baharu ini merupakan tumpuan utama kepada konsep runcit KL Met Galleria, dengan menyediakan pelbagai pilihan produk tempatan yang segar dan barangan import yang premium. Residen dan warga kerja yang berada di sekitar, kini lebih mudah untuk mengakses:
- Pelbagai pilihan buah-buahan dan sayuran yang diterbangkan dari Australia, Amerika Syarikat, Jepun, Korea, dan New Zealand, di samping hasil tanaman tempatan yang diperolehi dari Cameron Highlands.
- Potongan daging berkualiti tinggi dan 'hasil tangkapan hari ini' di ruang makanan laut.
- Produk jenama eksklusif dari Australia (Woolworths) dan Itali, termasuklah berbagai pilihan makanan organik dan sihat untuk mereka yang menjalani gaya hidup vegan, keto, dan bebas-gluten.
- Bahagian deli khas yang menampilkan produk bakeri artisan serta pilihan hidangan yang mudah disediakan.
"Met Galleria terus berusaha mengembangkan visinya dengan membina destinasi untuk perniagaan dan gaya hidup yang berasaskan komuniti di kota metropolitan, Kuala Lumpur dengan kehadiran Village Grocer sebagai rakan niaga utamanya. Pencapaian penting ini adalah satu langkah strategik dan komitmen dalam perkembangan setempat untuk menyediakan rakan-rakan niaga yang pelbagai dan berkualiti. Terkenal sebagai pasaraya yang premium, Village Grocer bersedia untuk memainkan peranan utamanya dalam mempertingkatkan keseluruhan pengalaman membeli-belah dan memastikan kehadiran para pengunjung secara berterusan. Met Galleria terus fokus untuk mengintegrasikan gaya hidup dalam kehidupan, pekerjaan yang sesuai di samping menjalankan tanggungjawabnya terhadap komuniti. Kami menzahirkan penghargaan kami untuk rakan niaga dan pemegang amanah di atas sokongan mereka yang tidak berbelah-bagi", kata En Haji Azman bin Haji Ibrahim, Ketua Pegawai Operasi Naza TTDI Sdn Bhd.
"Kedatangan kami di KL Met Galleria adalah satu langkah strategik dalam usaha untuk membawakan barangan keperluan premium lebih dekat dengan pusat bandar Kuala Lumpur," menurut Encik Ivan Tan, Pengarah Eksekutif Kumpulan The Food Purveyor. "Reka bentuk cawangan ini dibina untuk menampilkan suasana estetik yang segar dan moden, sesuai dengan pertumbuhan progresif seni bina KL Met Galleria. Matlamat kami adalah untuk menjadikan aktiviti membeli-belah barangan keperluan lebih mudah dan menyeronokkan untuk diterokai," kata beliau lagi.
"Ketua Pegawai Eksekutif The Food Purveyor, Encik Kok amat berbesar hati untuk menempatkan Village Grocer di dalam hab pusat yang berinovatif ini. Beliau menekankan bahawa dengan menyelaraskan fokus pusat beli-belah dengan gaya hidup, matlamat utama yang ingin dicapai adalah untuk memastikan Village Grocer kekal menjadi destinasi yang mudah dan boleh diakses oleh semua komuniti.
Sempena meraikan perasmiannya, Village Grocer KL Met Galleria menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif untuk majlis pembukaan dan ahli program kesetiaan BITES dari 30 April hingga 31 Mei 2026:
- Bumper Bonanza – berlangsung dari 30 April hingga 3 Mei, selama empat (4) hari dengan tawaran pembukaan terbaik di pasaran!
Ganjaran Sempena Pembukaan boleh dinikmati pada 30 April, dan di sepanjang bulan Mei di mana pada 7, 8, 14, dan 21, pelbagai hadiah menarik akan diberikan kepada para pelanggan. Hadiah yang diberi berasaskan siapa cepat, dia dapat, sementara stok masih ada. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Sertai BITES (keahlian PERCUMA) dan nikmati tawaran berikut sebagai ahli Bites:
- Dapatkan beg beli-belah bukan-tenunan secara PERCUMA bila anda berbelanja RM30 & ke atas dalam satu resit (Tawaran sah pada 30 April sahaja).
- Belanja minimum RM100 dengan Bites untuk menebus mini-Succulent (terhad kepada 150 unit sahaja, siapa cepat dia dapat, sementara stok masih ada).
- Belanja minimum RM180 dengan Bites untuk menebus Kitchen Plant (terhad kepada 150 unit sahaja, siapa cepat dia dapat, sementara stok masih ada).
- Daftar keahlian Bites untuk kumpul mata ganjaran, mendapat hadiah dan nikmati harga istimewa untuk ahli sahaja. Belanja RM2 untuk dapatkan 1 mata ganjaran Bites.
Sebagai sebahagian daripada komitmen Village Grocer terhadap kelestarian persekitaran, KL Met Galleria akan beroperasi sebagai kedai membeli-belah tanpa plastik dengan menggalakkan pelanggan untuk membawa beg guna semula mereka sendiri bagi membantu mengurangkan impak pencemaran alam sekitar.
Village Grocer di KL Met Galleria terletak di Aras LG 1 (The Marketplace) dan dibuka setiap hari dari 10:00 PG hingga 10:00 MLM.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman www.villagegrocer.com.my atau ikuti Village Grocer di laman Facebook dan Instagram.
Tentang Village Grocer:
Village Grocer adalah rangkaian pasar raya terkemuka, yang terkenal dengan komitmennya menyediakan produk berkualiti tinggi, perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan keunikan pengalaman beli-belah. Village Grocer berdedikasi untuk memberikan pilihan gourmet terbaik keluaran lokal dan antarabangsa untuk pelanggan-pelanggannya yang bijak menilai, di samping mengekalkan standard kelestarian dan tanggungjawab yang tinggi terhadap penjagaan alam sekitar.
Untuk maklumat lanjut, sila layari villagegrocer.com.my.
SOURCE Village Grocer
Share this article