Cynosure Lutronic Ketengahkan Inovasi Penegangan Kulit Berstruktur di IMCAS Asia 2026 di Bangkok
SINGAPURA, 24 Jun 2026 /PRNewswire/ -- Peneraju perubatan estetik global, Cynosure Lutronic mempersembahkan inovasi tak invasif yang terkini di IMCAS Asia 2026, Bangkok (19–21 Jun) dengan menampilkan XERF™, iaitu rawatan penegangan kulit berstruktur yang memberi tumpuan kepada keselesaan, keselamatan, fleksibiliti dan tanpa masa pemulihan. XERF mencerminkan perubahan dari segi bagaimana penuaan kulit ditangani dengan beralih melangkaui penambahbaikan pada permukaan semata-mata bagi menyokong ketegangan dan kualiti kulit dari dalam.
Perubahan yang Membentuk Estetik Moden
Pengguna kini semakin menjauhkan diri daripada hasil estetik yang tidak realistik serta berlebih-lebihan dan beralih ke arah pendekatan pada peringkat lebih awal dan lebih bersifat pencegahan yang memfokuskan hasil yang kelihatan semula jadi, kesihatan serta pemeliharaan kulit jangka panjang.
Pendorong kepada perubahan ini ialah peralihan budaya yang lebih luas. Global Beauty and Personal Care Predictions 2026 Mintel mengenal pasti peningkatan keletihan pengguna terhadap kesempurnaan yang dipacu AI, apabila pengguna semakin menginginkan keaslian dan ekspresi manusia berbanding keseragaman yang digilap dan dipacu data. Pada masa sama, American Academy of Facial Plastic and Reconstructive Surgery (AAFPRS) melaporkan bahawa rawatan tak invasif kini merangkumi 80% daripada semua prosedur dalam kalangan ahlinya, dengan pesakit mengutamakan hasil yang tidak keterlaluan dan kelihatan semula jadi.
XERF direka agar sejajar dengan jangkaan yang semakin berkembang ini dengan menawarkan penegangan kulit berstruktur dari dalam, sambil memberikan keselesaan, kemudahan dan hasil yang diinginkan oleh pesakit moden.
Pendekatan Berstruktur terhadap Penegangan Kulit
XERF ialah peranti radiofrekuensi (RF) monopolar pertama di dunia yang menggabungkan dua frekuensi (6.78 MHz & 2 MHz) untuk menghantar tenaga terma bersasar kepada kulit pada tiga kedalaman. Pendekatan berbilang lapisan ini membolehkan XERF bertindak pada lapisan kulit luar, tengah dan lebih dalam, sekali gus membantu membentuk semula struktur tisu dan memulihkan ketegangan kulit yang melaluinya perubahan yang bermakna bermula.
Pendekatan berbilang lapisan ini membolehkan XERF memberikan kesan pengencangan dan penegangan kulit yang ketara, penambahbaikan dari segi kekenduran kulit wajah dan leher, pengurangan penampilan garis halus dan kedutan sambil menyokong peningkatan menyeluruh terhadap ketegangan dan kualiti kulit.
Dengan bertindak pada tahap struktur, XERF memberikan hasil segera dan juga progresif. Pesakit lazimnya merasai sensasi penegangan yang ketara sejurus selepas rawatan, diikuti penambahbaikan berterusan apabila proses pemodelan semula kolagen berlaku dari semasa ke semasa, sekali gus meningkatkan penampilan kulit dalam pada minggu-minggu berikutnya.
Direka untuk Keselesaan dan Kehidupan Harian
XERF direkayasa bagi menjadikan rawatan estetik lanjutan lebih mudah diakses dan tidak menyusahkan. Rawatan tersebut memberikan sensasi hangat dan selesa hasil penggunaan sistem Integrated Cryogen Delivery (ICD) yang menyejukkan permukaan kulit pada setiap denyutan, berserta teknologi denyutan Wave Fit™ yang mengimbangi penghantaran tenaga untuk memaksimumkan keselesaan.
Setiap sesi mengambil masa kira-kira 45 minit, tidak memerlukan jarum atau ubat bius, dan membolehkan pesakit kembali menjalani aktiviti harian serta-merta selepas rawatan, sekali gus menyediakan rawatan kepada pesakit yang berasaskan keselesaan dan kemudahan yang sesuai dengan gaya hidup moden.
Disesuaikan Mengikut Keperluan Kulit Individu
Menyedari bahawa keadaan kulit setiap pesakit adalah berbeza, XERF membawakan tetapan kedalaman boleh laras dan tahap intensiti yang boleh disesuaikan mengikut profil kulit setiap individu. Tahap kebolehsuaian ini membolehkan doktor menangani tanda-tanda penuaan peringkat awal dan juga yang lebih ketara bagi menyesuaikan rawatan mengikut ketebalan kulit dan matlamat rawatan serta memberikan hasil diperibadikan pada bahagian wajah yang berbeza
"IMCAS Asia merupakan platform penting bagi kami untuk berhubung dengan pengamal terkemuka di seluruh rantau ini dan berkongsi perkembangan terkini dalam teknologi estetik," kata Hauke Albert Harms, Presiden Antarabangsa di Cynosure Lutronic. "Menerusi XERF, kami melihat perubahan yang jelas ke arah rawatan yang melangkaui penambahbaikan pada permukaan semata-mata dan menyokong struktur serta kualiti kulit dari dalam. Pesakit hari ini mencari penyelesaian yang memberikan hasil yang ketara sambil dapat disesuaikan dengan mudah dalam kehidupan harian mereka, dan di sinilah hala tuju inovasi."
Latar Belakang Cynosure Lutronic
Cynosure Lutronic ialah peneraju global dalam teknologi perubatan estetik dan peranti berasaskan tenaga, yang menyediakan penyelesaian terbukti secara klinikal kepada pengamal estetik dan pesakit di seluruh rantau Asia-Pasifik serta sekitarnya.
Sistem RF XERF™ bertujuan sebagai peranti rawatan estetik dermatologi tak invasif dengan indikasi untuk kedutan dan garis halus (rhytids). Ketersediaan produk, indikasi yang diluluskan dan kelulusan kawal selia mungkin berbeza mengikut negara atau wilayah. Pesakit perlu berunding dengan pakar profesional penjagaan kesihatan yang berkelayakan bagi menentukan sama ada XERF™ sesuai untuk mereka. Cynosure Lutronic tidak mendiagnosis atau merawat keadaan perubatan, menetapkan protokol rawatan atau memberikan nasihat perubatan.
Laman web: bluetotem.co
Imej beresolusi tinggi dan aset jenama sedia dimuat turun di sini.
(Semua gambar hendaklah dikreditkan kepada: Cynosure Lutronic)
SOURCE Cynosure Lutronic
Share this article