Dreame Bakal Lancar X60 Ultra Extreme di Singapura pada 1 September 2026
Capaian Ekstrem, Ketepatan Ekstrem. Naik Taraf Unggulan bagi Siri X60, diterajui oleh Teknologi Dwi Lengan Lanjutan Ultra yang utama dalam industri untuk pembersihan pada bahagian tepi dan sudut secara lebih mendalam.
SINGAPURA, 11 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Dreame akan melancarkan secara rasmi Dreame X60 Ultra Extreme di Singapura pada 1 September 2026, susulan kempen Early Bird (Pendaftaran Awal) yang bermula pada 17 Ogos 2026.
Dibangunkan berteraskan tema kempen "Extreme Reach, Extreme Precision" ("Capaian Ekstrem, Ketepatan Ekstrem"), X60 Ultra Extreme ialah robot vakum unggulan yang terkini daripada Dreame yang direka untuk membersihkan lebih daripada sekadar kawasan lantai terbuka dan turut mencapai lebih jauh ke bahagian sudut, ruang ceruk pada perabot dan ruang di bawah kabinet.
Inovasi utamanya ialah Teknologi Dwi Lengan Lanjutan Ultra Dreame yang menerajui industri, iaitu sistem dwisendi yang membolehkan kedua-dua berus sisi dan pad mop memanjang serta melaraskan sudut masing-masing mengikut ruang sekeliling. Berus sisi SideReach boleh memanjang sehingga 12cm, manakala sistem MopExtend mampu mencapai sehingga 18cm secara menyerong, sekali gus membantu mengurangkan kawasan yang jika tidak, memerlukan pembersihan susulan secara manual.
Dreame ialah jenama pertama di dunia yang melancarkan robot vakum dengan ciri dwilengan robotik bionik boleh dipanjangkan, termasuk lengan robotik bionik boleh dipanjangkan berbilang peringkat. Selama bertahun-tahun, robot vakum bentuk tetap dikekang oleh batasan fizikal yang menyebabkan bahagian sudut dan ruang tepi tidak dapat dibersihkan. Teknologi lengan boleh dipanjangkan kami menembusi batasan ini dengan memperluas liputan pembersihan dan memberikan pembersihan autonomi yang benar-benar lancar.
Pembersihan seluruh kediaman yang lebih adaptif
X60 Ultra Extreme menggabungkan jangkauan pembersihannya yang diperluas dengan Sistem OmniSight yang Dipertingkatkan AI Dreame yang dinaik taraf, mempunyai dua kamera AI sudut lebar 120°, cahaya berstruktur 3D sisi serta pencahayaan LED. Kesemua teknologi ini mendayakan navigasi yang lebih responsif, pengelakan halangan yang tepat dan pembersihan seluruh kediaman yang pintar.
Sistem Pengesanan Kotoran Pencahayaan Proaktif direka untuk mengenal pasti zarah halus, rambut serta cecair berwarna lebih cerah dan kemudian melaraskan strategi pembersihan robot mengikut jenis kotoran yang dikesan. Bagi sisa kotoran kering, robot boleh meningkatkan kuasa sedutan dan mengangkat pad mopnya. Bagi tumpahan cecair, berus diangkat manakala pad mop diturunkan, sekali gus membantu mengurangkan risiko sisa kotoran basah memasuki bekas kotak habuk atau tersebar di seluruh lantai.
Dengan memberikan kuasa sedutan Vormax sehingga 42,000Pa, X60 Ultra Extreme menawarkan kuasa pembersihan yang menerajui industri untuk mengumpulkan habuk, rambut dan sisa kotoran isi rumah yang lebih besar pada lantai keras serta permaidani. Robot vakum ini turut dilengkapi HyperStream Detangling DuoBrush 2.0 dinaik taraf yang direka untuk mengumpulkan sisa kotoran dengan berkesan sambil mengurangkan masalah rambut tersimpul.
Bagi fungsi mengemop, pad mop Dual Omni-Scrub berputar sehingga 280RPM dan mengenakan tekanan ke bawah sehingga 15N (bayangkan sekampit beras seberat 1.5kg) untuk menangani kotoran yang lebih degil. VersaLift Navigation turut menarik masuk penderia robot apabila memasuki kawasan dengan ruang lega rendah yang membolehkannya membersihkan bahagian bawah katil, sofa dan kabinet yang sesuai sambil mengekalkan navigasi pintar.
Sistem Rentas Halangan ProLeap yang dinaik taraf membolehkan robot melepasi halangan satu lapisan yang layak setinggi sehingga 5.2cm dan halangan lapisan berganda setinggi sehingga 10cm, bergantung kepada dimensi halangan yang ditetapkan.
Penyelenggaraan automatik menerusi PowerDock
Selepas selesai membersihkan kediaman, X60 Ultra Extreme kembali ke PowerDock semua-dalam-satu untuk menjalani penyelenggaraan automatik.
PowerDock membawakan sistem Cuci Sendiri Mop ThermoHub 100°C Dreame yang pertama dalam industri, yang memanaskan permukaan papan pencuci sehingga suhu 100°C dalam keadaan makmal Dreame bagi membantu melonggarkan gris dan sisa kotoran daripada pad mop. Dok tersebut kemudiannya mengeringkan pad mop menggunakan udara panas.
PowerDock turut menyokong pengosongan habuk secara automatik sehingga 100 hari berdasarkan keadaan ujian Dreame, pengisian semula air, pendispensan larutan pembersih serta pembersihan papan pencuci. Kit sambungan bekalan air pilihan juga boleh menyokong pengisian semula dan pembuangan air secara automatik. "Langkah seterusnya dalam pembersihan robot bukan sekadar kuasa sedutan yang lebih tinggi, tetapi keupayaan untuk mencapai dan bertindak balas dengan lebih berkesan terhadap ruang di seluruh kediaman," kata Encik Jacky Zhong, Pengurus Besar Dreame Asia Tenggara. "X60 Ultra Extreme menggabungkan jangkauan yang menerajui industri, pengesanan kotoran pintar dan penyelenggaraan automatik bagi mengurangkan keperluan terhadap pembersihan susulan secara manual."
Ketersediaan di Singapura
Kempen Pendaftaran Awal X60 Ultra Extreme Dreame akan bermula pada 17 Ogos 2026, menjelang pelancaran rasminya di Singapura pada 1 September 2026. Pelanggan yang berminat boleh menyaksikan demonstrasi secara langsung di kedai di lokasi berikut:
- Dalam Talian: www.dreame.sg
- Runcit: Kedai Rasmi Dreame, COURTS Heeren (Orchard) dan COURTS Megastore (Tampines)
Latar Belakang Dreame Technology
Ditubuhkan pada 2017, Dreame Technology ialah peneraju dalam bidang peralatan rumah pintar yang meningkatkan kualiti kehidupan menerusi teknologi canggih. Pengedar rasmi Dreame Technology di Singapura ialah DM Dasher Pte Ltd. Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami menerusi Facebook, Instagram, dan TikTok, atau layari https://dreame.sg.
Pengakuan sebagai peneraju industri dan pertama dalam industri adalah berdasarkan penyelidikan dalaman Dreame dan perbandingan produk yang tersedia setakat tarikh pelancaran produk. Semua angka prestasi yang dinyatakan adalah berdasarkan ujian makmal dalaman Dreame. Prestasi sebenar mungkin berbeza bergantung kepada persekitaran kediaman, jenis lantai, tetapan yang dipilih dan keadaan penggunaan. Keupayaan melepasi halangan setinggi 10cm terpakai kepada halangan dua lapisan yang layak di bawah keperluan dimensi yang ditetapkan. Pengosongan habuk automatik sehingga 100 hari adalah berdasarkan pengiraan makmal Dreame. Aksesori pilihan tertakluk kepada ketersediaan tempatan dan keserasian pemasangan. |
SOURCE Dreame Technology
Share this article