DuPont Lancar Tyvek® APX™ di Pasaran ASEAN
Keupayaan kebolehnafasan dipertingkat tanpa menjejaskan perlindungan atau ketahanan membantu meningkatkan keselesaan pemakai dalam persekitaran kerja yang mencabar
BANGKOK, 24 Jun 2026 /PRNewswire/ -- DuPont (NYSE:DD) hari ini mengumumkan bahawa ia telah melancarkan Tyvek® APX™ di pasaran ASEAN menerusi Thailand Safe@Work 2026 di Bangkok. Melalui hasil kemuncak daripada penyelidikan saintifik dan kerjasama pelanggan, fabrik Tyvek® APX™ menjadi bentuk bahan Tyvek® yang paling maju setakat ini dan memberikan tahap kebolehnafasan yang luar biasa tanpa menjejaskan perlindungan atau ketahanan.
"Menerusi pelancaran Tyvek® APX™, kami mencipta bentuk bahan Tyvek® baharu dan revolusioner yang dapat menangani salah satu cabaran kesihatan dan keselamatan yang paling penting – menjadikan pakaian lebih mudah bernafas tanpa mengorbankan prestasi atau ketahanan," kata Dave Kee, Pengarah Perniagaan Global, DuPont Personal Protection. "Fabrik Tyvek® APX™ menawarkan gabungan perlindungan dan keselesaan yang luar biasa bagi membantu pekerja menunjukkan prestasi terbaik mereka, terutamanya dalam persekitaran yang mencabar aspek fizikal."
Kesejahteraan dan keselesaan pekerja menjadi semakin penting sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila syarikat merentasi pelbagai sektor—bermula daripada farmaseutikal dan utiliti hinggalah pembuatan berat serta pemprosesan kimia—memberikan penekanan yang lebih tinggi terhadap aspek keselamatan. Keupayaan untuk menyingkirkan haba badan dengan cekap ketika memakai baju senyawa pelindung menjadi faktor yang semakin penting dalam keselesaan pekerja dan pencegahan kepanasan melampau.
Baju senyawa pelindung Tyvek® APX™ menyediakan keseimbangan yang optimum antara keselesaan dan perlindungan. Ia mewakili satu penemuan penting dalam ciri kebolehnafasan dengan membolehkan kelembapan keluar dan udara beredar, sekali gus memastikan pekerja berasa lebih selesa. Ciri-ciri yang didakwa wujud pada pakaian Tyvek® APX™ telah disahkan secara saintifik. Satu kajian fisiologi bebas yang dijalankan oleh Empa menunjukkan keupayaan kebolehnafasan yang dipertingkat pada fabrik Tyvek® APX™. Ia mengukur perubahan fisiologi dalam kalangan pekerja yang memakai pakaian pelindung tradisional dan baju senyawa Tyvek® APX™ di bawah keadaan persekitaran yang berbeza sambil melakukan tahap aktiviti yang berlainan.
"DuPont turut menjalankan ujian pemakaian pelanggan di peringkat global untuk menilai sama ada pemakai dapat merasai perbezaan prestasinya. Hampir 300 individu mengambil bahagian merentasi wilayah dan aplikasi penggunaan yang berbeza. Pakaian tersebut diuji dalam keadaan suhu dan kelembapan yang ekstrem, serta daripada intensiti kerja rendah sehingga tahap aktiviti yang tinggi. Secara keseluruhan, pilihan terhadap fabrik Tyvek® APX™ yang mempunyai ciri kebolehnafasan tinggi adalah jelas.
Selama lebih 50 tahun, jenama DuPont™ Tyvek® telah diiktiraf dalam menentukan kategori pakaian pelindung. Ia sinonim dengan keselamatan dan inovasi yang dipercayai," kata Kee. "Kini, kami membawa legasi tersebut ke tahap yang baharu menerusi Tyvek® APX™, sekali gus mentakrifkan semula maksud berasa selamat dan dilindungi."
Untuk butiran lanjut mengenai Tyvek® APX™, sila layari: dupont.com.sg/apx
Latar Belakang DuPont
DuPont (NYSE: DD) ialah peneraju inovasi global yang menyediakan penyelesaian termaju yang membantu mentransformasikan industri dan memperbaiki kehidupan seharian merentasi pasaran utama kami dalam bidang penjagaan kesihatan, air, pembinaan dan pengangkutan. Maklumat lanjut mengenai syarikat, perniagaan dan penyelesaiannya boleh didapati di www.dupont.com. Pelabur boleh mengakses maklumat yang disediakan dalam bahagian Perhubungan Pelabur di laman web tersebut melalui investors.dupont.com.
Maklumat ini adalah berdasarkan data teknikal yang dipercayai oleh DuPont sebagai boleh dipercayai. Ia tertakluk kepada semakan apabila pengetahuan dan pengalaman tambahan diperoleh. Menjadi tanggungjawab pengguna untuk menentukan tahap ketoksikan dan peralatan perlindungan diri yang sesuai. Maklumat yang dinyatakan di sini mencerminkan prestasi fabrik dalam makmal, bukannya pakaian lengkap, di bawah keadaan terkawal. Maklumat ini bertujuan untuk digunakan oleh individu yang mempunyai kepakaran teknikal untuk menjalankan penilaian di bawah keadaan penggunaan akhir mereka yang tertentu, mengikut budi bicara dan risiko masing-masing. Sesiapa yang berhasrat untuk menggunakan maklumat ini hendaklah terlebih dahulu menyemak bahawa pakaian yang dipilih sesuai untuk tujuan penggunaan yang dimaksudkan. Pengguna akhir hendaklah menghentikan penggunaan pakaian tersebut sekiranya fabrik menjadi koyak, haus atau berlubang bagi mengelakkan potensi pendedahan kepada bahan kimia. Memandangkan keadaan penggunaan adalah di luar kawalan kami, DUPONT DE NEMOURS, INC DAN SEKUTUNYA TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG JAMINAN, SAMA ADA SECARA NYATA ATAU TERSIRAT, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA JAMINAN KEBOLEHDAGANGAN ATAU KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, DAN TIDAK MEMIKUL SEBARANG LIABILITI BERHUBUNG DENGAN SEBARANG PENGGUNAAN PRODUK ATAU MAKLUMAT INI. Maklumat ini bukan bertujuan sebagai lesen untuk beroperasi di bawah atau cadangan untuk melanggar mana-mana tanda dagangan, paten atau maklumat teknikal milik DuPont atau pihak lain yang meliputi mana-mana bahan atau penggunaannya.
DuPont™, Logo Oval DuPont, dan semua tanda dagangan serta tanda perkhidmatan yang ditandakan dengan ™, ℠ atau ® dimiliki oleh sekutu DuPont de Nemours, Inc., kecuali jika dinyatakan sebaliknya.
SOURCE DuPont
Share this article