Envision Energy Peroleh Projek Angin Dekat Pesisir 200 MW Terbesar di Vietnam Bersama REE Energy, Perkukuh Sistem Tenaga Masa Depan Seluruh Asia Tenggara
BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 3 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Envision Energy, peneraju global dalam teknologi hijau, telah memperoleh projek tenaga angin terbesar di Vietnam bersama REE Energy, syarikat Pelaburan Tenaga Boleh Baharu terkemuka Vietnam. Dengan jumlah kapasiti mencecah 200 MW, projek itu juga merupakan projek tenaga angin dekat pesisir luar negara terbesar Envision setakat ini, sekali gus menyaksikan pencapaian penting dalam pelaksanaan Sistem Tenaga Masa Depan syarikat di Vietnam dan seluruh Asia Tenggara.
Projek Phu Cuong 1A dan 1B akan menggunakan 25 turbin angin Envision EN-226/8.X YE, dengan penghantaran berkumpulan dijadualkan bermula pada suku kedua 2027, manakala sambungan ke grid disasarkan pada Oktober 2027. Amat sesuai dengan keadaan angin berkelajuan rendah hingga sederhana di kawasan perairan dekat pesisir di Vietnam dan seluruh Asia Tenggara, turbin itu menggabungkan teknologi terbukti, kebolehsuaian tapak yang tinggi serta prestasi kitaran hayat yang boleh dipercayai bagi memaksimumkan penghasilan tenaga dan memberikan nilai jangka panjang kepada projek. Projek itu dijangka menyediakan model yang boleh dicontohi bagi pemilihan turbin, pelaksanaan kejuruteraan, penyampaian projek serta operasi dan penyelenggaraan jangka panjang, sekali gus membantu membentuk semula penanda aras industri, memajukan pembangunan tenaga angin berteraskan kualiti dan mempercepat peralihan tenaga bersih di seluruh ASEAN.
Projek Phu Cuong 1A dan 1B merupakan kerjasama utama kedua Envision Energy bersama REE Group, berdasarkan kemajuan mantap projek tenaga angin Vinh Long 128 MW. Kumpulan pertama turbin untuk projek Vinh Long dikeluarkan daripada barisan pengeluaran pada penghujung April 2026, dan semua unit turbin angin dihantar ke tapak projek secara berkumpulan mengikut jadual. Kecekapan pelaksanaan dan kebolehpercayaan penghantaran Envision telah meletakkan asas kukuh bagi kedua-dua syarikat untuk mempererat kerjasama menerusi Projek Phu Cuong, sekali gus mengukuhkan lagi infrastruktur tenaga angin dan Sistem Tenaga Masa Depan Envision di seluruh Vietnam.
Edward Hou, Naib Presiden Kanan & Presiden Rantau Asia-Pasifik di Envision Energy, berkata: "Fasa pembangunan tenaga angin yang seterusnya bukan sahaja ditentukan oleh skala, malah sejauh mana teknologi dapat dipadankan secara berkesan dengan sumber tempatan dan keperluan sistem jangka panjang. Melalui Projek Phu Cuong, Envision berhasrat untuk memperlihatkan bagaimana teknologi yang disesuaikan dengan keadaan tempatan, pelaksanaan yang boleh dipercayai dan perkhidmatan sepanjang kitaran hayat dapat menghasilkan nilai yang berkekalan. Projek itu merupakan satu langkah penting dalam pembangunan Sistem Tenaga Masa Depan Envision di seluruh Asia Tenggara, yang mengintegrasikan penjanaan tenaga boleh baharu yang pintar, storan tenaga, pengurusan tenaga berkuasa AI dan keupayaan digital untuk membina infrastruktur tenaga bersih yang lebih boleh dipercayai serta lebih berdaya tahan. Kami berharap dapat memajukan model pembangunan tenaga angin dekat pesisir yang boleh diskalakan serta menyokong peralihan tenaga di Vietnam dan seluruh rantau ini."
"Pembangunan tenaga angin dekat pesisir di Vietnam menyeru kerjasama jangka panjang yang dibina berasaskan teknologi yang sesuai, penghantaran yang boleh dipercayai dan prestasi aset yang mampan," kata Encik Nguyen Quang Quyen, Pengarah Urusan REE Energy, "Kemajuan yang dicapai bersama-sama dalam projek Vinh Long meningkatkan keyakinan kami terhadap Envision sebagai rakan kongsi yang dipercayai. Projek Phu Cuong merupakan langkah seterusnya dalam kerjasama kami dan peluang untuk mengaplikasikan keupayaan ini pada skala yang lebih besar. Kami bersama-sama berhasrat untuk menyampaikan projek berkualiti tinggi yang menyokong pembangunan tenaga angin dekat pesisir yang boleh dipercayai serta menyumbang kepada peralihan tenaga jangka panjang Vietnam."
- Tamat -
SOURCE Envision Energy
Share this article