Ikon Global Deepika Padukone dan Hilton Meraikan Kuasa "The Stay" dalam Bab Seterusnya Kempen Antarabangsa Mereka yang Mendapat Pengiktirafan Meluas
- Meneruskan kejayaan pelancaran yang mencatat rekod pada tahun 2025 menerusi fasa baharu kempen It Matters Where You Stay oleh Hilton
- Muzik, pergerakan dan penceritaan kreatif menampilkan sisi Deepika Padukone yang lebih spontan dan ekspresif
- Menerusi pelbagai kandungan merangkumi pergerakan, sajian, kesejahteraan, program kesetiaan dan perkhidmatan, kempen ini meneroka bagaimana The Stay membantu tetamu berasa lebih santai, lebih yakin dan menjadi diri mereka yang sebenar
DELHI, India, 8 Julai 2026 /PRNewswire/ -- Hilton (NYSE: HLT) hari ini melancarkan satu bab baharu yang berani bersama ikon global dan duta jenamanya, Deepika Padukone, yang akan diperkenalkan di peringkat antarabangsa menerusi platform media sosial, digital dan pengiklanan luar sebagai sebahagian daripada program kreatif yang lebih menyeluruh dan akan terus diperluaskan sepanjang tahun ini. Kempen tersebut menyusuli pelancaran sulung tahun lalu yang mencatat rekod dengan meraih lebih daripada 11 bilion tontonan merentasi semua platform media sosial dan digital.
Kempen ini memberi peluang kepada penonton untuk melihat sisi baharu Deepika ketika beliau mengembara, dengan layanan mesra Hilton sebagai tunjang utama yang membolehkannya benar-benar mengekspresikan dirinya — kekal autentik seperti dirinya yang sebenar — sambil membawa tenaga budaya yang segar dan ceria kepada kempen It Matters Where You Stay di India.
Dirakam di Conrad Bengaluru, kempen ini diinspirasikan daripada satu hakikat mudah mengenai perjalanan moden. Apabila seseorang meninggalkan rumah, mereka sering meninggalkan rutin serta sistem sokongan yang membantu mereka mengharungi kehidupan seharian.
Bagi Hilton, keadaan ini mengukuhkan lagi kepentingan The Stay sebagai ekosistem yang menjadi sandaran tetamu ketika mereka mengembara. Jauh daripada rutin yang biasa serta individu yang membantu mereka menguruskan kehidupan harian, tetamu disambut oleh ahli pasukan Hilton, ruang yang direka dengan teliti, teknologi yang lancar serta manfaat Hilton Honors, yang semuanya bekerjasama untuk memberikan sokongan kepada mereka ketika berada jauh dari rumah. Kesemua elemen ini mewujudkan keselesaan dan keyakinan yang membolehkan tetamu memberi tumpuan kepada perkara yang paling penting serta menjadi diri mereka yang sebenar.
"Orang ramai sering memikirkan perjalanan dari sudut destinasi, tetapi bagi kami, yang paling penting ialah layanan hospitaliti — The Stay — yang menjadikan sesuatu perjalanan itu benar-benar bermakna," kata Mark Weinstein, Ketua Pegawai Pemasaran dan Ketua Jenama Mewah Hilton. "Penginapan di Hilton membantu tetamu kami memanfaatkan sepenuhnya tujuan mereka mengembara. Perjalanan sememangnya mengujakan, namun ia juga boleh menjadi sesuatu yang mencabar. Apabila perjalanan membawa seseorang keluar daripada rutin harian mereka, The Stay menjadi lebih penting. Ahli pasukan kami memastikan segala-galanya diuruskan dengan baik, sekali gus memberikan keselesaan dan keyakinan kepada tetamu untuk memberi tumpuan kepada perkara yang benar-benar penting, sambil mengubah detik-detik harian menjadi ekspresi keyakinan dan keceriaan. Deepika menghidupkan perasaan tersebut dengan begitu indah dalam kempen ini dan menggambarkan ketenangan yang hadir apabila segala-galanya di sekeliling anda berfungsi dengan sempurna."
Sepanjang kempen ini, Deepika memperlihatkan sisi peribadinya yang lebih spontan dan mengikut gerak hati. Berasa selesa dalam persekitarannya dan benar-benar menikmati setiap detik, beliau mencerminkan apa yang boleh dicapai apabila The Stay menghapuskan segala kesulitan dan membolehkan tetamu sekadar menikmati perjalanan mereka.
Deepika Padukone berkata: "Perkara yang paling saya rasakan berkaitan dengan kempen ini ialah betapa ia benar-benar mencerminkan pengalaman menginap bersama Hilton. Apabila anda benar-benar berasa selesa dan dijaga dengan baik, anda tidak lagi terlalu memikirkan banyak perkara dan hanya menjadi diri sendiri. Perasaan tenang itu memberikan kami kebebasan untuk berseronok sepanjang proses kreatif ini."
Kempen ini dihidupkan menerusi pelbagai kandungan. Melalui aspek sajian, kesejahteraan, program kesetiaan dan layanan yang diberikan oleh ahli pasukan Hilton setiap hari, kempen ini menggambarkan pengalaman mempunyai individu di sekeliling anda yang memahami keperluan anda, memastikan anda dijaga dengan baik dan memberikan keyakinan untuk menjadi diri anda yang sebenar ketika mengembara.
Muzik dan pergerakan menjadi tunjang utama pendekatan kreatif kempen ini. Hilton bekerjasama dengan beberapa rakan kreatif terkemuka termasuk pengarah pemenang Anugerah GRAMMY, Nadia Marquard Otzen, serta ahli koreografi yang diiktiraf di peringkat global, Shay Latukolan, bagi menghasilkan karya yang menyentuh emosi, relevan dari segi budaya dan berorientasikan hiburan.
Menampilkan runut bunyi asli hasil ciptaan penerbit dan komposer muzik pemenang anugerah, Mikey McCleary, filem ini menggabungkan elemen muzik elektronik dengan vokal kontemporari India bagi mencerminkan tenaga Deepika sepanjang penceritaan — yakin, tenang dan menjadi dirinya yang sebenar. Muzik dan koreografi tersebut bersama-sama menghidupkan visi Hilton mengenai hospitaliti moden dengan cara yang tersendiri serta mempunyai resonans budaya yang kuat.
Seiring Hilton terus mempercepat pertumbuhannya di seluruh India dengan sasaran mencapai 400 hotel yang beroperasi dalam beberapa tahun akan datang, kempen ini menyerlahkan pemahaman mendalam syarikat terhadap keperluan pengembara moden. Tetamu masa kini bukan sekadar mencari tempat untuk menginap; mereka menghargai kemudahan, keaslian dan pengalaman yang bermakna. Tumpuan Hilton terhadap usaha menghapuskan segala kesulitan dan menyampaikan hospitaliti yang intuitif dan berteraskan sentuhan manusia memastikan syarikat itu terus memenuhi dan mengatasi jangkaan tersebut.
Pada terasnya, kempen ini meraikan peranan Hilton ketika tetamu berada jauh daripada individu, rutin dan sistem sokongan yang mereka harapkan setiap hari. Sama ada melalui ahli pasukannya yang berbangga menjaga kebajikan tetamu, pengalaman yang dicipta atau cara syarikat menghargai tetamu setianya, Hilton menjadi sebahagian daripada sistem sokongan tersebut — membantu orang ramai berasa difahami, disokong dan bebas untuk memberi tumpuan kepada perkara yang paling penting. Itulah sebabnya, kini lebih daripada sebelumnya, Hilton is For the Stay.
Untuk maklumat lanjut mengenai "Hilton. For The Stay" dan merancang penginapan anda yang seterusnya, sila layari: https://www.hilton.com/en-IN/
Latar Belakang Hilton
Hilton (NYSE: HLT) ialah syarikat hospitaliti global terkemuka yang memiliki portfolio 28 jenama bertaraf dunia, merangkumi lebih daripada 9,200 hartanah dan lebih 1.3 juta bilik di 144 negara dan wilayah. Komited untuk merealisasikan visi pengasasnya iaitu "to fill the earth with the light and warmth of hospitality" (memenuhi bumi dengan sinar dan kehangatan hospitaliti), Hilton telah menyambut kehadiran lebih daripada 4 bilion tetamu sepanjang sejarahnya yang melebihi 100 tahun. Dinobatkan sebagai No. 1 World's Best Workplace oleh Great Place to Work dan Fortune, Hilton berusaha mewujudkan budaya kerja terbaik untuk 500,000 ahli pasukannya di seluruh dunia. Hilton turut memperkenalkan pelbagai penambahbaikan teknologi yang menerajui industri bagi meningkatkan pengalaman tetamu, termasuk Digital Key Share, naik taraf bilik percuma secara automatik serta keupayaan menempah bilik bersambung yang disahkan. Melalui program kesetiaan tetamu yang memenangi pelbagai anugerah, Hilton Honors, lebih daripada 250 juta ahli Hilton Honors yang membuat tempahan terus dengan Hilton boleh mengumpul mata ganjaran untuk penginapan hotel dan pengalaman eksklusif yang tidak boleh dibeli dengan wang. Melalui aplikasi percuma Hilton Honors, tetamu boleh membuat tempahan penginapan, memilih bilik, mendaftar masuk, membuka pintu bilik menggunakan Digital Key dan mendaftar keluar, semuanya melalui telefon pintar mereka. Lawati stories.hilton.com untuk maklumat lanjut, dan berhubung dengan Hilton di Facebook, LinkedIn, Instagram dan YouTube.
SOURCE Hilton
Share this article