SINGAPORE, 8 Julai 2026 /PRNewswire/ -- Lazada, platform eDagang terkemuka di Asia Tenggara, menyertai program Facebook Affiliate Partnerships oleh Meta, sekali gus membolehkan pencipta kandungan di Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina menanda produk Lazada secara langsung dalam kandungan mereka di Facebook, serta memperoleh komisen bagi setiap pembelian yang berjaya dilengkapkan. Integrasi dengan Instagram dijangka menyusul kemudian.
1. Aktifkan Professional Mode pada profil Facebook atau Instagram mereka
2. Buka Affiliate Partnerships melalui tab Monetisation
3. Hubungkan akaun ahli gabungan Lazada mereka dan lengkapkan proses pendaftaran
4. Mula menandakan produk Lazada terus dalam kandungan Facebook dan Instagram
Kerjasama ini diumumkan ketika pengaruh pencipta kandungan semakin besar dalam membentuk cara pengguna di Asia Tenggara menemui produk dan membuat keputusan pembelian dalam talian. Perdagangan menerusi video kini menyumbang kira-kira 25% daripada nilai dagangan kasar, GMV, eDagang di rantau ini[1], manakala 82% pengguna Asia Tenggara membeli produk berdasarkan pengaruh pencipta kandungan pada tahun 2024[2]. Menerusi kerjasama ini, Lazada membawa ekosistem affiliate lebih dekat kepada kandungan yang sering dilihat dan diikuti oleh pengguna setiap hari, sekali gus menjadikan proses daripada inspirasi kepada penemuan produk dan seterusnya pembelian lebih lancar.
Mengubah Kandungan Harian Kepada Peluang Menjana Pendapatan
Sebelum ini, proses untuk menukar kandungan kepada komisen lazimnya melibatkan beberapa langkah, daripada penggunaan pautan luar dan pengalihan ke aplikasi lain, hinggalah kepada halaman pembayaran yang berasingan. Proses yang panjang ini sering menjejaskan peluang penukaran jualan kepada komisen untuk pencipta kandungan, jenama dan penjual.
Menerusi kerjasama ini, pencipta kandungan kini boleh memautkan akaun affliate Lazada mereka terus ke Facebook, dan tidak lama lagi ke Instagram, mencari produk dalam katalog Lazada dan menanda item berkenaan dalam kandungan mereka, termasuk menerusi Reels atau hantaran Feed. Apabila pengikut mengklik produk yang ditanda itu dan melengkapkan pembelian di Lazada, pencipta kandungan akan memperoleh komisen, semuanya dalam satu pengalaman yang lebih lancar.
Bagi jenama dan penjual di Lazada, pembukaan katalog produk mereka kepada pencipta kandungan menyediakan saluran baru untuk penemuan produk dan peningkatan jualan. Bagi pembeli pula, kerjasama ini menjadikan proses penemuan produk lebih mudah dan intuitif. Pengalaman pembeli menjadi lebih mudah kerana mereka tidak lagi perlu membuka pautan berasingan atau mencari sendiri produk secara manual, sebaliknya mereka hanya perlu klik pada produk yang menarik perhatian mereka dalam hantaran pencipta kandungan, sebelum meneruskan pembelian di Lazada.
"Menerusi kerjasama dengan Meta ini, kami memudahkan pembeli meneruskan perjalanan daripada penemuan produk di Facebook dan Instagram kepada pembelian di Lazada. Dengan pengalaman yang lebih lancar daripada penemuan produk hingga ke pembayaran, kami membantu jenama dan penjual berhubung dengan pelanggan secara lebih berkesan, sambil menawarkan pengalaman beli-belah yang lebih baik di seluruh Asia Tenggara," kata Jared Chan, Ketua Affiliate Serantau, Kumpulan Lazada.
Memperkukuh Pelaburan Lazada dalam Perdagangan Pencipta Kandungan
Kerjasama dengan Meta ini memperkukuh komitmen Lazada yang lebih luas dalam membangunkan dagang pencipta kandungan di seluruh Asia Tenggara. Pada tahun 2025, Lazada mengumumkan pelaburan tahunan sebanyak AS$100 juta untuk Program LazAffiliate bagi menyokong pencipta kandungan, jenama dan penjual menerusi komisen yang dipertingkat, insentif kempen, kumpulan baucar yang diperibadikan, ruang kedai maya yang boleh disesuaikan mengikut keperluan masing-masing serta alat analisis prestasi.
Bersama-sama program Affiliate Partnerships oleh Meta, pelaburan ini mencerminkan tumpuan berterusan Lazada untuk menjadikan pemasaran affliate lebih mudah diakses, boleh diukur dan memberi ganjaran kepada pencipta kandungan. Pada masa yang sama, inisiatif ini membantu jenama dan penjual memanfaatkan peranan pencipta kandungan yang dipercayai dalam memperkenalkan produk kepada pengguna di seluruh rantau ini.
Cara Program ini Berfungsi
Ahli affliate Lazada boleh memulakan proses menerusi langkah berikut:
1. Aktifkan mod profesional, "Professional Mode", pada profil Facebook atau Instagram.
2. Buka Affiliate Partnerships menerusi tab "Monetisation".
3. Pautkan akaun affliate Lazada anda dan lengkapkan proses pendaftaran.
4. Mula menanda produk Lazada secara langsung dalam kandungan Facebook dan Instagram.
Untuk mengetahui lebih lanjut atau menyertai komuniti LazAffiliate, layari:
Kumpulan Lazada ialah antara platform eDagang perintis di Asia Tenggara. Sejak 14 tahun lalu, Lazada memacu kemajuan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam menerusi perdagangan dan teknologi. Hari ini, ekosistem tempatan Lazada berkembang pesat dan menghubungkan kira-kira 160 juta pengguna aktif dengan lebih sejuta penjual aktif setiap bulan. Pengguna dan penjual berurus niaga dengan selamat menerusi saluran pembayaran yang dipercayai serta Lazada Wallet, manakala penghantaran barangan disokong melalui rangkaian logistik tempatan yang kini menjadi antara yang terbesar di rantau ini.
Share this article