Merapatkan Jurang daripada Penderiaan kepada Autonomi: SUPCON Pamer Teknologi AI Industri dan AOP di OGA 2026 dan Gastech 2026
SINGAPURA, KUALA LUMPUR, Malaysia dan BANGKOK, 12 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- SUPCON (688777.SH, SUPCON.SW), peneraju global dalam automasi perindustrian dan kecerdasan buatan perindustrian, mengumumkan penyertaannya dalam dua pameran tenaga utama di Asia Tenggara: Oil & Gas Asia (OGA) 2026 di Kuala Lumpur, Malaysia, dan Gastech 2026 di Bangkok, Thailand.
Seiring perkembangan berterusan landskap tenaga serantau, pengeluar tenaga berdepan keperluan yang semakin mendesak untuk memperkemas operasi, memaksimumkan keselamatan dan kecekapan proses, mengoptimumkan pengurusan kitaran hayat aset serta mempercepat transformasi digital. Dalam kedua-dua acara tersebut, SUPCON akan mempersembahkan ekosistem luas merangkumi perkakasan, seni bina kawalan ditakrifkan perisian dan platform dipacu AI yang direka untuk menyediakan hala tuju yang jelas dan praktikal ke arah Loji Pengoperasian Autonomi (Autonomous Operating Plant, AOP).
Memacu Transformasi Digital Industri dalam Sektor Minyak & Gas
Pameran SUPCON disusun berasaskan empat tonggak teknologi utama yang direkayasa untuk merapatkan jurang daripada automasi legasi kepada autonomi operasi sepenuhnya:
DERIA: Instrumentasi Medan Termaju
- Peranti Medan Ethernet-APL (Pemancar & Injap Kawalan): Dengan memanfaatkan teknologi Lapisan Fizikal Termaju Ethernet (APL), peranti medan APL SUPCON menyediakan komunikasi berkelajuan tinggi, boleh dipercayai dan selamat secara intrinsik daripada peranti medan kepada sistem kawalan. Kesalinghubungan asas ini membolehkan akses data masa nyata bagi analitik ramalan dan kembar digital.
ANALISA: Penganalisis Gas Berketepatan Tinggi
- Penganalisis Pintar Hobré: Menyediakan analisis gas berterusan dan termaju yang direkayasa untuk industri minyak dan gas. Penganalisis pintar Hobré membolehkan pengukuran masa nyata berketepatan tinggi. Sistem ini meminimumkan pensampelan secara manual, sekali gus menyokong pengoptimuman proses secara gelung tertutup, pembuatan keputusan yang lebih pantas dan peningkatan kecekapan loji.
KAWAL: Sistem Kawalan Ditakrifkan Perisian
- Sistwem Kawalan Universal (UCS): UCS SUPCON ialah sistem kawalan generasi seterusnya yang ditakrifkan perisian dan mengasingkan fungsi kawalan daripada perkakasan proprietari. Dengan menggantikan kabinet kawalan tradisional menerusi seni bina natif awan, UCS mengurangkan jejak fizikal dan menyediakan kebolehskalaan yang fleksibel bagi operasi loji autonomi.
OPTIMUMKAN: AI Industri, Platform Data & Robotik
- Platform Data Perindustrian Tier0: Dibangunkan berasaskan seni bina Unified Namespace (UNS) natif awan, platform Tier0 membolehkan integrasi data, kontekstualisasi dan pembangunan aplikasi secara lancar merentasi sistem perusahaan yang terpecah-pecah.
- Platform AI Universal TPT: Time-series Pre-trained Transformer (TPT) SUPCON ialah platform AI industri berskala besar yang direka untuk memodelkan data proses siri masa yang kompleks. Dengan membolehkan pengoptimuman AI secara gelung tertutup (AIO), TPT membolehkan loji menganalisis, meramal dan melaksanakan keputusan operasi secara autonomi dalam masa nyata.
- Robot Perindustrian Berautonomi: Dengan menggabungkan robotik mudah alih seperti Aramcobot, teknologi penderiaan termaju dan platform pengurusan robot berpusat, penyelesaian robotik SUPCON meningkatkan keselamatan tenaga kerja menerusi pemantauan loji secara autonomi, pemeriksaan rutin dan intervensi terhadap bahaya, sekali gus membentuk komponen utama tenaga kerja autonomi.
Butiran Acara & Demonstrasi Secara Langsung
SUPCON menjemput pemimpin industri, rakan kongsi dan profesional teknikal untuk mengunjungi reruainya bagi menyaksikan demonstrasi produk secara langsung dan menyertai perbincangan teknikal yang dikendalikan oleh pakar:
Persinggahan 1: Oil & Gas Asia (OGA) 2026
- Tarikh: 2–4 September 2026
- Lokasi: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur, Malaysia
- Dewan / Reruai: Dewan 1, Reruai #1101
Persinggahan 2: Gastech 2026
- Tarikh: 14–17 September 2026
- Lokasi: Pusat Perdagangan & Pameran Antarabangsa Bangkok (BITEC), Bangkok, Thailand
- Reruai: AIZ80
Pengunjung boleh membuat tempahan awal bagi pertemuan eksekutif dengan Pasukan SUPCON di [email protected].
Latar Belakang SUPCON
SUPCON (688777.SH, SUPCON.SW) ialah penyedia global automasi industri dan AI industri yang menawarkan sistem kawalan, platform digital, robotik dan penyelesaian perisian yang memperkasa industri proses dan tenaga di seluruh dunia. Beribu pejabat di Hangzhou, China, dengan Ibu Pejabat Perniagaan Antarabangsa SUPCON di Singapura serta hab serantau di seluruh dunia, SUPCON berada pada kedudukan strategik untuk meningkatkan kecerdasan industri dan memacu kejayaan pelanggan. Dipercayai oleh lebih 300 perusahaan terkemuka dan lebih 40,000 pelanggan di seluruh dunia merentasi industri proses utama seperti minyak dan gas, kimia dan petrokimia, serta industri lain termasuk tenaga, pulpa dan kertas, bahan binaan dan banyak lagi, SUPCON memacu evolusi daripada automasi kepada autonomi — sekali gus membolehkan operasi perindustrian yang lebih selamat, lebih pintar dan lebih mampan.
Untuk maklumat lanjut, layari global.supcon.com.
SOURCE SUPCON
Share this article