Penyertaan Cambridge International AS & A Level meningkat seluruh Asia Tenggara apabila lebih ramai pelajar memilih kelayakan fleksibel berasaskan kemahiran
Cambridge mengeluarkan keputusan peperiksaan Jun 2026 kepada hampir 705,000 pelajar di 148 negara, dengan jumlah penyertaan meningkat kepada 1.7 juta
Penyertaan meningkat di Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand, dengan lebih 22,000 pelajar Malaysia menduduki peperiksaan antarabangsa Cambridge pada Jun
CAMBRIDGE, England, 12 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Cambridge International Education (Cambridge) telah mula mengeluarkan keputusan siri peperiksaan Jun 2026 kepada pelajar di seluruh dunia. Penyertaan bagi Cambridge International AS & A Levels meningkat 5% berbanding tahun lalu, dengan hampir 368,000 pelajar di 3492 sekolah seluruh dunia menerima keputusan Cambridge International AS & A Level hari ini. Pertumbuhan berterusan ini mencerminkan peningkatan permintaan global terhadap kelayakan yang menyediakan laluan yang diyakini ke peringkat pendidikan tinggi.
Trend memilih kelayakan Cambridge International AS & A Level jelas kelihatan di seluruh Asia Tenggara, dengan penyertaan peperiksaan meningkat 12% berbanding Jun 2025 di Indonesia dan juga Thailand. Penyertaan Cambridge IGCSE turut mencatatkan pertumbuhan kukuh di Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand, sekali gus menunjukkan keyakinan yang berterusan daripada sekolah dan keluarga terhadap kelayakan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang mempersiapkan pelajar untuk menggapai kejayaan di peringkat universiti dan seterusnya.
"Tahniah diucapkan kepada semua pelajar kami yang menerima keputusan hari ini dan minggu hadapan," kata Rod Smith, Pengarah Urusan Kumpulan bagi Pendidikan Antarabangsa di Cambridge. "Kami berasa bangga melihat pertumbuhan yang berterusan di seluruh Asia Tenggara apabila lebih ramai pelajar memilih Cambridge International AS & A Levels lantaran gabungan ilmu pengetahuan mata pelajaran yang mendalam dan kemahiran yang paling diutamakan oleh universiti dan majikan. Pertumbuhan berterusan pada tahun ini menunjukkan bahawa lebih ramai pelajar berbanding sebelum ini menyedari kekuatan gabungan tersebut dalam dunia yang dibentuk oleh AI. Saya percaya Cambridge International AS & A Levels akan menjadi lebih penting pada tahun-tahun akan datang."
Sorotan siri peperiksaan Jun 2026 Asia Tenggara:
- Matematik kekal sebagai mata pelajaran Cambridge International AS & A Level paling popular di Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand. Mata pelajaran sains turut berada dalam kelompok lima mata pelajaran paling popular, yang menyerlahkan permintaan berterusan terhadap pendidikan STEM.
- Perniagaan merupakan antara lima mata pelajaran AS & A Level paling popular di Indonesia, Vietnam dan Thailand, mencerminkan minat pelajar yang semakin meningkat terhadap bidang keusahawanan dan kemahiran perniagaan.
- Sekolah di Malaysia mencatatkan lebih 74,000 penyertaan bagi peperiksaan Cambridge dalam siri Jun, dengan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing terus menjadi mata pelajaran Cambridge IGCSE yang paling popular.
Dipercayai oleh universiti-universiti terkemuka di dunia
Di seluruh Asia Tenggara, pelajar terus memilih kelayakan Cambridge kerana kelayakan ini menyediakan laluan yang fleksibel ke peringkat universiti baik di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Semakin ramai pelajar memanfaatkan kelayakan Cambridge untuk mendapatkan peluang menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di seluruh Asia, Australia, UK dan negara-negara lain.
Kevin Ebenezer, Pengarah University Pathways and Progression di Cambridge, berkata: "Cambridge International A Levels terus mendapat kepercayaan daripada universiti terkemuka dunia kerana kelayakan ini mempersiapkan pelajar bukan sekadar untuk diterima masuk ke pusat pengajian, tetapi juga untuk berkembang maju selepas mereka berjaya menjejakkan kaki ke universiti. Ketika pendidikan tinggi menjadi semakin kompetitif, universiti mencari pelajar yang memiliki kedalaman akademik, daya tahan serta keupayaan untuk berfikir sendiri. Kelayakan kami dapat membangunkan ciri-ciri berkenaan. Hari ini, pelajar Cambridge mewakili kira-kira seorang daripada setiap lapan pelajar antarabangsa yang memasuki universiti di UK, sekali gus memberikan bukti kukuh mengenai nilai berterusan dan pengiktirafan global Cambridge International A Levels."
"Pendidikan antarabangsa bersama Cambridge bersifat antarabangsa setakat yang diperlukan, namun tetap disesuaikan mengikut keperluan tempatan. Sama ada pelajar memilih untuk belajar di negara sendiri atau di luar negara, kelayakan antarabangsa Cambridge membuka pintu kepada pelbagai peluang dan mempersiapkan pelajar untuk berjaya dalam dunia yang berubah dengan pantas," tambah Rod.
Menantikan keputusan Cambridge IGCSE dan O Level
Keputusan Cambridge IGCSE dan O Level akan dikeluarkan kepada lebih 315,000 pelajar di 4949 sekolah pada 18 Ogos.
Menerusi pengalaman selama lebih 160 tahun dalam pendidikan antarabangsa, Cambridge kini menyediakan perkhidmatan kepada hampir dua juta pelajar setiap tahun. Penilaiannya – termasuk Cambridge Checkpoint untuk pelajar yang lebih muda, serta Cambridge IGCSE, O Level, International AS & A Level, AICE dan International Project Qualification (IPQ) – diiktiraf oleh sekolah dan universiti di seluruh dunia.
-TAMAT-
Nota kepada editor:
Sorotan bagi keputusan Cambridge International AS & A Level yang dikeluarkan pada 11 Ogos:
- Lebih 737,000 penyertaan di peringkat global — meningkat 5% berbanding Jun 2025
- Diduduki oleh hampir 368,000 pelajar (meningkat 4%) di 3492 sekolah di 128 negara
- Mata pelajaran paling popular: 1. Kertas Am Bahasa Inggeris; 2. Matematik; 3. Fizik; 4. Kimia; 5. Bahasa Inggeris.
SOURCE Cambridge University Press & Assessment
Share this article