Ragnarok Zero: Global Bakal Dilancarkan Secara Rasmi pada 18 Ogos
KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Subsidiari syarikat permainan global Gravity yang berpangkalan di Malaysia, Gravity Game Unite (GGU), mempergiat usahanya untuk mendekati pemain menjelang pelancaran rasmi permainan MMORPG PC baharunya, Ragnarok Zero: Global, pada 18 Ogos 2026.
Menjelang pelancaran rasmi, Gravity Game Unite (GGU) telah berhubung secara aktif dengan pemain menerusi pelbagai inisiatif. Syarikat menjalankan dua Ujian Beta Terbuka (Open Beta Test, OBT) untuk pemain di seluruh Asia Tenggara, Eropah dan Oceania. OBT pertama menerima maklum balas positif terhadap sistem peningkatan tahap dan kualiti penyetempatannya, manakala OBT kedua menarik perhatian menerusi pengenalan permainan terhubung Get Poring, RO Factory, ciri Kandungan Janaan Pengguna (User Generated Content, UGC) pertama dalam IP Ragnarok, serta kandungan MVP Raid baharu.
GGU turut mengadakan dengan jayanya pertemuan pengguna di Jerman dan Thailand. Acara itu dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Gravity Yoshinori Kitamura; Presiden Gravity Game Unite (GGU) Harry Choi dan Yong Nam Kim, Penerbit Eksekutif Ragnarok Zero: Global. Dalam acara tersebut, pasukan berkenaan berkongsi visi dan komitmennya untuk memberikan perkhidmatan kepada pemain di seluruh Eropah dan Asia.
Pemain tempatan, pempengaruh dan media diperkenalkan kepada ciri serta kandungan baharu, di samping peta jalan yang terperinci untuk permainan itu.
Berdasarkan Ragnarok Online yang asal, Ragnarok Zero: Global memperkenalkan sistem dimodenkan yang direka untuk memberikan pengalaman tatamain yang lebih mudah dan boleh diakses. Episod eksklusif terus memperluas dunia Midgard, manakala penambahbaikan seperti UI dan UX yang diperbaharui, fungsian pertempuran automatik serta laluan perjalanan teroptimum memberikan pengalaman keseluruhan yang lebih lancar. Permainan itu turut menyokong lapan bahasa, termasuk Bahasa Thai, Bahasa Inggeris, Bahasa Jerman, Bahasa Perancis dan Bahasa Sepanyol.
Ragnarok Zero: Global akan dilancarkan secara rasmi di seluruh dunia pada 18 Ogos 2026. Dengan pelancaran globalnya yang semakin hampir, pemain di seluruh Asia Tenggara, Eropah dan Oceania akan dapat memulakan pengembaraan baharu dalam masa terdekat di Midgard.
Kekal Terhubung
Pemain boleh mengikuti saluran rasmi Ragnarok Zero: Global untuk mendapatkan berita dan perkembangan terkini.
Pradaftar:https://roz.mygnjoy.com/event/prereservation?media=pr15
Discord: https://discord.gg/bFg77WjcHT
Facebook: https://www.facebook.com/ragnarokzeroglobal/
Instagram: https://www.instagram.com/ragnarokzeroglobal/
YouTube: www.youtube.com/@RagnarokZeroGlobal
TikTok: https://www.tiktok.com/@ragnarokzeroglobal
SOURCE Gravity Game Unite SDN. BHD.
Share this article