Xinhua Silk Road: "AI+sutera mulberi" buka laluan baharu ke arah kemakmuran di Guangxi, China Selatan
BEIJING, 25 Jun 2026 /PRNewswire/ -- Apabila mengesan suhu kawasan tertutup yang luar biasa tinggi, platform dalam talian berdaya AI yang dipasang pada telefon bimbit Wei Qingyi, ketua sebuah koperasi penternakan ulat sutera di selatan China, mencadangkan sistem pengudaraan automatik dipasang untuk kemudahan penternakan ulat sutera pintarnya.
Berbanding dulang dan rak ulat sutera anyaman jalur buluh tradisional, sistem pemberian makanan automatik, penderia dan kamera berdefinisi tinggi sering dilihat di kemudahan penternakan ulat sutera di Daerah Yizhou, Bandar Hechi, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi.
Dalam menghadapi kekurangan tenaga kerja yang semakin meningkat dan dalam masa yang sama berdepan keperluan mendesak untuk menaik taraf industri, daerah tersebut memanfaatkan AI bagi mentransformasikan industri penternakan ulat sutera tempatan intensif-buruh yang lalu menjadi sektor pertanian pintar.
Sebagai contoh, Yizhou mencipta semula seluruh prosedur penternakan ulat sutera tempatan melalui "AI+Internet Benda", sekali gus membolehkan data menjadi sumber pertanian baharu dan telefon bimbit sebagai alat pertanian baharu.
Menerusi platform pengkomputeran awan berasaskan data raya, kawasan pengeluaran ulat sutera yang besar di China itu turut meningkatkan lagi penternakan ulat sutera pintar melalui pemantauan suhu dan kelembapan secara automatik serta pemberian makanan.
Melalui rangkaian pemantauan dan amaran pintar, kadar ketepatan ramalan jangka pendek dan jangka sederhana setempat bagi penyakit ulat sutera yang utama masing-masing lazimnya melebihi 90 peratus dan 80 peratus.
Di kemudahan penternakan ulat sutera tempatan, satu set operasi digital proses penuh yang didayakan oleh pengelompokan pintar, pembakaran kepompong, pemberian makanan dan peralatan pembasmian kuman membantu daerah berkenaan meningkatkan kadar pengeluaran kepompong berkualiti kepada 95 peratus.
Memandangkan platform perkhidmatan komprehensif "Jianyitong" yang menggabungkan teknologi data raya, AI dan blok rantai menawarkan perkhidmatan sehenti termasuk aktiviti membeli dan menjual kepompong ulat sutera, penyelesaian pembayaran, trend harga, pembekalan bahan pengeluaran berkaitan serta pemberian pinjaman, penternak ulat sutera tempatan tidak lagi bimbang mengenai jualan hasil pada harga yang terlalu rendah.
Justeru itu, perniagaan sutera tempatan mempunyai saluran yang lebih stabil bagi tujuan pembelian bahan mentah yang berkualiti, sekali gus membolehkan mereka membina gelung rantaian industri tertutup.
Hasil daripada kualitinya yang unggul, sutera mentah tempatan menjadi bahan mentah yang ditetapkan untuk jenama mewah Barat termasuk Louis Vuitton, Hermes dan Chanel, manakala pakaian yang diperbuat daripada fabrik sutera tempatan sering dipamerkan di acara-acara besar antarabangsa.
Selain aspek "kepintaran" dan peluasan rantaian industri penternakan ulat sutera, ekologi industri bersepadu yang merangkumi pengeluaran, pemprosesan, sains dan teknologi, pelancongan budaya serta ekologi telah terbentuk di Yizhou.
Dengan menggunakan AI untuk mengoptimumkan proses pengeluaran dan prosedur lain, industri derivatif tempatan seperti perubatan semula jadi dan pelancongan budaya sutera sebahagian besarnya merancakkan ekonomi tempatan, dengan nilai pengeluaran tablet alkaloid daripada ranting pokok mulberi mencapai lebih 130 juta yuan pada 2025.
Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/351087.html
SOURCE Xinhua Silk Road
Share this article