Xinhua Silk Road: Dialog galakkan pembelajaran bersama, pertukaran antara warisan budaya Liangzhu dan Samarkand
BEIJING, 10 Julai 2026 /PRNewswire/ -- Sebuah acara dialog rentas tamadun antara Tapak Runtuhan Arkeologi Kota Liangzhu di Hangzhou, Wilayah Zhejiang di timur China, dengan bandar bersejarah Samarkand di Uzbekistan telah diadakan pada 6 Julai yang bertujuan untuk menggalakkan pembelajaran bersama dan pertukaran antara tamadun.
Sebagai sebahagian daripada siri acara program "Liangzhu and the World", dialog itu menarik minat lebih 100 peserta dari China dan Uzbekistan yang berhimpun di Tapak Runtuhan Arkeologi Kota Liangzhu di Hangzhou untuk membincangkan topik-topik yang melibatkan nilai warisan, pemuliharaan dan pengurusan serta pendekatan untuk menghidupkan kembali warisan budaya.
Mula ditemukan pada tahun 1936 di bahagian hilir sungai terpanjang China iaitu Sungai Yangtze, Tapak Runtuhan Arkeologi Kota Liangzhu telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2019. Bandar bersejarah Samarkand pula, yang dianggap sebagai persimpangan budaya di sepanjang Laluan Sutera purba, telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2001.
Dialog itu bukan sahaja menyediakan platform peringkat tinggi bagi pertukaran antara kedua-dua bandar, malah menyaksikan kali pertama program "Liangzhu and the World" menjalin kerjasama dengan sebuah tapak warisan dunia Asia.
Sepanjang dialog itu berlangsung, para peserta membincangkan topik-topik yang memberi tumpuan kepada usaha menghidupkan semula warisan dan pembelajaran bersama antara tamadun di bandar-bandar Laluan Sutera, pengukuhan kerjasama China-Uzbekistan dalam bidang penyelidikan arkeologi, pemuliharaan tapak tanah, teknologi digital serta integrasi budaya dan pelancongan, seterusnya menawarkan model Asia bagi tujuan pemuliharaan warisan dunia terselaras dan dialog antara tamadun.
Menjelang dialog berkenaan, delegasi Uzbekistan mengunjungi Tapak Runtuhan Arkeologi Kota Liangzhu dan pusat pemantauan warisan dunia. Di situ, mereka meneroka pendekatan bersepadu Liangzhu terhadap pemuliharaan warisan dan penglibatan masyarakat dengan bantuan teknologi digital, termasuk cermin mata pintar berkuasa AI.
Farhod Nishonov, timbalan datuk bandar Samarkand, memuji model pemuliharaan sistematik Liangzhu dengan menyatakan bahawa pendekatan itu menawarkan pengalaman berharga bagi pengurusan Samarkand. Beliau berkata Samarkand akan menerapkan amalan Liangzhu dan turut memanfaatkan hubungan bandar kembar bersama Hangzhou, menggalakkan pameran bersama, pertukaran budaya dan pelancongan dua hala serta program pertukaran belia.
"Tahun ini merupakan tahun kelima sejak perasmian program 'Liangzhu and the World'. Kami berharap bukan sahaja dapat berkongsi pengalaman Liangzhu dalam pemuliharaan warisan, malah turut belajar daripada bandar-bandar Asia Tengah dalam aspek operasi dan pengurusan warisan, sekali gus merapatkan hubungan rakyat antara kedua-dua negara menerusi dua mercu tanda tamadun ini," kata Yang Xiaoping, timbalan pengarah Jawatankuasa Pengurusan Tapak Runtuhan Arkeologi Kota Liangzhu.
https://en.imsilkroad.com/p/351270.html
SOURCE Xinhua Silk Road
Share this article