Computex 2026: SSSTC Perluas Portfolio SSD Penyejukan-Rendaman Tangani Cabaran Terma Pusat Data AI
TAIPEI, 2 Jun 2026 /PRNewswire/ -- Solid State Storage Technology Corporation (SSSTC), subsidiari Kioxia Corporation dan penyedia SSD global yang terkemuka, mempamerkan SSD perusahaannya yang direka untuk penyejukan rendaman dan direkayasa untuk pusat data dipacu AI, berserta portfolio penyelesaian SSD industri dan perusahaan yang komprehensif.
Seiring perkembangan AI generatif dan pengkomputeran berketumpatan tinggi, pengurusan terma menjadi aspek yang kritikal. Bagi menangani isu ini, SSSTC mengoptimumkan SSD untuk persekitaran penyejukan rendaman dengan meningkatkan rintangan kakisan menerusi penggunaan bahan khusus, perlindungan komponen dan reka bentuk struktur. Barisan produk merangkumi siri SATA ER3, ER4 dan ER5, serta siri PCIe® U.2 PJ1 dan EJ5.
SSD ini dioptimumkan untuk persekitaran penyejukan rendaman, yang mana sistem direndam dalam bendalir dielektrik bukan pengkonduksi. Dengan memanfaatkan kapasiti haba yang tinggi dan sifat perolakan bendalir, haba dapat dilesapkan dengan cekap menerusi peredaran bendalir dan pertukaran haba. Pendekatan ini mengurangkan pergantungan kepada penyejukan udara tradisional sambil meningkatkan Keberkesanan Penggunaan Kuasa (PUE) dan kebolehpercayaan sistem keseluruhan.
SSSTC turut mengetengahkan pelbagai SSD industri dan perusahaan yang dioptimumkan untuk aplikasi AI dan pinggiran. SSD industri menyokong Edge AI dan pelaksanaan dalam persekitaran mencabar, dengan suhu kendalian dalam lingkungan antara -40°C hingga 85°C, berserta reka bentuk antigetaran dan tahan kejut untuk persekitaran luar serta industri. Seni bina pSLC meningkatkan daya tahan bagi beban kerja intensif-tulis (write-intensive) berterusan, manakala rangka kerja PLP (Perlindungan Kehilangan Kuasa) berbilang peringkat — termasuk PLP perkakasan, PLP perisian tegar dan PLN — memberikan perlindungan data yang fleksibel.
SSD eTLC perusahaan pula direka untuk memberikan prestasi stabil bagi beban kerja AI dengan menawarkan pilihan daya tahan 1 dan 3 DWPD sepanjang tempoh lima tahun untuk intensiti beban kerja yang berbeza-beza. Dalam keadaan beban kerja berterusan, ia mengekalkan lebih daripada 90% konsistensi IOPS rawak, sekali gus meminimumkan turun naik prestasi. Perisian tegar yang dioptimumkan untuk pengkomputeran berketumpatan tinggi membolehkan operasi kependaman rendah, manakala sokongan PLP berasaskan kapasitor dan penyejukan rendaman memastikan prestasi andal dalam persekitaran pelaksanaan yang mencabar.
Menerusi kepakaran pembangunan perisian tegar dalaman selama lebih 18 tahun, SSSTC memahami pelbagai keperluan storan merentas industri dan menyediakan pilihan penyesuaian yang fleksibel termasuk pembekalan-lebihan boleh dikonfigurasi, pengoptimuman jangka hayat dan kapasiti, pelarasan prestasi dan kuasa, serta pembangunan perisian tegar khusus aplikasi. SSSTC tetap komited membantu pelanggan membina infrastruktur storan AI yang stabil, cekap dan mampan.
Latar Belakang SSSTC
Ditubuhkan pada 2008, SSSTC menjadi subsidiari Kioxia Corporation pada 2020 dan menyediakan SSD berkualiti tinggi menerusi kepakaran perisian tegar dan NAND dalaman. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web SSSTC.
Catatan: PCIe ialah tanda dagangan berdaftar PCI-SIG.
SOURCE SSSTC
Share this article