Dawn Medical Technologies Peroleh Kepentingan Mengawal dalam Pinnacle Health di Vietnam
- Kemasukan strategik ke dalam pasaran pertumbuhan tinggi Vietnam
- Menggabungkan keupayaan penyumberan produk Dawn dengan kehadiran tempatan dan kepakaran pasaran mantap Pinnacle Health
- Memajukan misi Dawn untuk meluaskan akses kepada teknologi perubatan berkualiti tinggi dan berpatutan di seluruh Asia Tenggara
SINGAPURA dan BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 22 April 2026 /PRNewswire/ -- Dawn Medical Technologies ("Dawn"), platform pengkomersialan MedTech milik CBC Group, hari ini mengumumkan pemerolehan kepentingan mengawal dalam Pinnacle Health Equipment Joint Stock Company ("Pinnacle Health"), salah satu pengedar MedTech perkhidmatan penuh terbesar dan paling bertapak kukuh di Vietnam. Transaksi strategik ini menandakan kemasukan Dawn ke dalam pasaran Vietnam yang berkembang pesat serta pemerolehan pertama CBC Group dalam bidang MedTech di Asia Tenggara.
Disokong oleh CBC Group, firma pengurusan aset khusus penjagaan kesihatan terbesar di Asia, Dawn sedang membina platform pengkomersialan MedTech terkemuka yang menghubungkan keupayaan penyumberan huluan dengan kecemerlangan komersial hiliran bagi memperluas akses kepada penyelesaian perubatan berkualiti tinggi dan berpatutan di pasaran memuncul yang bertapak kukuh di Asia Tenggara.
Ditubuhkan pada 2015 oleh Cik Jade Le, Pinnacle Health mendapat reputasi kukuh atas kepakaran produk mendalam dan perkhidmatan pelanggan berkualiti tinggi. Beribu pejabat di Bandar Raya Ho Chi Minh, syarikat ini mewakili syarikat MedTech global terkemuka dan menawarkan perkhidmatan kepada hospital serta klinik di seluruh negara. Dengan perbelanjaan penjagaan kesihatan Vietnam dijangka meningkat pada kadar 8 – 9% setiap tahun, pemerolehan ini memberikan Dawn dengan platform tempatan yang segera, berskala dan sangat dihormati.
Arjun Sarker, Ketua Pegawai Eksekutif Dawn, berkata: "Memperoleh kepentingan mengawal dalam Pinnacle Health merupakan pencapaian penting dalam pengembangan serantau kami. Jade dan pasukannya telah membina perniagaan yang cemerlang dengan kedudukan pasaran yang dihormati. Kami amat yakin dengan kepimpinan Jade dan berharap dapat menggabungkan kekuatan penyumberan serta rancangan operasi Dawn dengan kecemerlangan tempatan Pinnacle bagi mempercepat pertumbuhan dan membawa lebih banyak teknologi perubatan yang mengubah kehidupan kepada pesakit di Vietnam."
Jade Le, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Pinnacle Health, berkata: "Saya benar-benar teruja untuk bekerjasama dengan Dawn dan CBC Group ketika kami memasuki fasa pertumbuhan baharu untuk Pinnacle. Dengan kepakaran penjagaan kesihatan yang mendalam dan visi jangka panjang yang dikongsi bersama, kami berada pada kedudukan kukuh untuk mempercepat pengembangan kami, memperkukuh keupayaan dan meningkatkan standard penjagaan yang kami bawa ke pasaran.
Paling penting, kerjasama ini membolehkan kami memperteguh komitmen kami untuk meningkatkan hasil pesakit dan memperluas akses kepada penyelesaian perubatan termaju untuk rakyat Vietnam."
Fu Wei, Ketua Pegawai Eksekutif CBC Group, berkata: "Pemerolehan melalui Dawn ini menekankan komitmen mendalam kami terhadap Asia Tenggara. Vietnam merupakan pasaran pertumbuhan tinggi dengan keperluan tidak dipenuhi yang besar. Kami berbesar hati untuk mengukuhkan jejak kami di sini melalui platform berkaliber Pinnacle dan teruja dengan peluang untuk terus memperluas kehadiran kami bagi menawarkan perkhidmatan kepada komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan serta membentuk masa depan penjagaan kesihatan di rantau ini."
Pemerolehan ini sejajar dengan strategi Dawn untuk menerajui pengkomersialan MedTech di rantau ini dengan menyatukan pasaran yang berpecah-pecah dan memanfaatkan kecemerlangan kawal selia serta komersial di seluruh Asia bagi meningkatkan akses kepada teknologi perubatan kritikal.
Latar Belakang Dawn Medical Technologies
Dawn ialah platform pengkomersialan MedTech terkemuka yang memberi tumpuan kepada peningkatan akses terhadap teknologi perubatan berkualiti tinggi dan berpatutan di pasaran memuncul yang bertapak kukuh di Asia Tenggara. Syarikat ini memanfaatkan kepakaran kawal selia yang mendalam dan model penyumberan terbeza untuk memenuhi keperluan pasaran yang kurang mendapat perkhidmatan. Dawn ialah syarikat portfolio CBC Group.
Latar Belakang Pinnacle Health
Pinnacle Health ialah platform pengkomersialan MedTech perkhidmatan penuh yang terkemuka di Vietnam, menyediakan perkhidmatan pengedaran, jualan, pemasaran dan pengawalseliaan untuk portfolio yang terdiri daripada pengilang peranti perubatan global. Dengan pasukan seramai kira-kira 50 ahli profesional dan jejak seluruh negara yang strategik, Pinnacle merupakan rakan kongsi yang dipercayai dalam ekosistem penjagaan kesihatan Vietnam.
Latar Belakang CBC Group
Beribu pejabat di Singapura, CBC Group ("CBC"), firma pengurusan aset khusus penjagaan kesihatan terbesar di Asia, komited untuk mencipta nilai dan mengintegrasikan sumber global. Ditubuhkan pada 2014, dengan AUM sebanyak AS$10.5 bilion, CBC mempunyai pasukan terkemuka yang terdiri daripada ahli profesional pelaburan, industri dan pengurusan portfolio yang beribu pejabat di Singapura dengan pejabat di Shanghai, Beijing, Hong Kong dan New York, Seoul, London serta kehadiran di Boston, San Diego, San Francisco dan Tokyo. CBC memberi tumpuan kepada pembinaan platform, beli habis, kredit dan peluang berfokuskan pertumbuhan merentasi pelbagai bidang teras dalam sektor penjagaan kesihatan termasuk farmaseutikal dan bioteknologi, teknologi perubatan serta perkhidmatan penjagaan kesihatan.
CBC komited untuk mencipta nilai berpanjangan dengan mengintegrasikan inovasi dan bakat global. Melalui kerjasama dengan usahawan dan saintis terkemuka dunia, pendekatan "pelabur-pengendali" yang unik memperkasakan syarikat penjagaan kesihatan terkemuka untuk memperluas akses kepada penjagaan perubatan yang berpatutan, memangkinkan inovasi dan meningkatkan kecekapan dalam memenuhi keperluan perubatan yang belum dipenuhi di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut mengenai CBC Group, sila layari www.cbridgecap.com/
Berhubung dengan kami di LinkedIn (CBC Group).
SOURCE CBC Group
Share this article