GENMA Tauliahkan Sistem Pemunggahan Apung untuk Eksport Mineral Afrika Barat
WILAYAH BOFFA, Guinea, 2 Julai 2026 /PRNewswire/ -- GENMA, penyedia terkemuka bagi penyelesaian pengendalian bahan marin, mengumumkan kejayaan pentauliahan sistem pemunggahan apungnya yang terkini. Sistem ini dijadualkan untuk diatur gerak di Afrika Barat bagi menyokong operasi eksport mineral.
Apakah sebenarnya sistem pemunggahan?
Ia dapat menangani cabaran logistik yang kritikal dalam perlombongan global: kapal besar tidak dapat memasuki pelabuhan air cetek.
Sebagai contoh, Boffa, Guinea – kapal pengangkut bijih 300,000-tan tidak dapat berlabuh di sana. Penyelesaian GENMA membolehkan tongkang kecil memuatkan mineral di jeti, belayar ke perairan lebih dalam dan memindahkan kargo tersebut ke kapal besar melalui sistem pemunggahan. Justeru itu, kapal besar itu tidak perlu masuk ke pelabuhan.
Sistem GENMA ini merangkumi: 2 kren dek, 2 corong tuang besar, 1 tali sawat penghantar dan 1 pemuat kapal. Cara ia berfungsi: kren mengangkat bijih dari tongkang dan memasukkannya ke dalam corong tuang; corong tersebut menyalurkan bahan ke tali sawat penghantar; tali sawat penghantar memindahkan bahan ke pemuat kapal, yang seterusnya memuatkan bahan itu secara berterusan ke dalam ruang kargo kapal besar.
Apakah yang membuatkan sistem ini menonjol?
1. Pantas, tepat dan stabil di laut
Kren menggunakan sistem kawalan kelajuan tanpa langkah – pecutan dan brek yang lancar. Walaupun membawa beban berat, pengendali boleh membuat pelarasan pada tahap milimeter untuk pendaratan tepat tanpa berlaku tumpahan. Bum jenis kotak kekal stabil ketika membawa beban, sekali gus meminimumkan pergerakan kapal.
Corong tuang besar mampu mengendalikan kadar pelepasan tinggi, memastikan tali sawat penghantar sentiasa dibekalkan dengan bahan tanpa gangguan.
2. Dibina untuk keadaan marin yang mencabar
Kakisan air masin memberi kesan buruk kepada peralatan. Kren GENMA direka mengikut piawaian luar pesisir tertinggi: komponen utama ditempatkan dalam ruang kedap udara di bahagian dalam, berserta salutan antikakisan berbilang lapisan. Pusat graviti yang rendah dan berat yang ringan meningkatkan kestabilan dalam keadaan laut bergelora – peralatan yang stabil bermaksud operasi yang lebih pantas dan selamat.
Pemuat kapal mencapai penyesuaian dengan pergerakan berterusan antara kapal-kapal terapung (air pasang surut, ombak). Pelongsor teleskopik dan bum memugak memastikan bahan mendarat secara lancar dengan kerosakan minimum, tanpa mengira perubahan kedudukan kedua-dua kapal.
3. Penyelenggaraan mudah – dengan sokongan tempatan GENMA di Afrika
Bagi meminimumkan masa henti yang disebabkan oleh kerosakan tanpa alat ganti atau tiada juruteknik berdekatan serta memastikan kesinambungan operasi, GENMA membuat persediaan awal. Peralatan tersebut direka untuk diservis dengan mudah: unit kuasa hidraulik bersepadu bermaksud bilangan paip dan titik kebocoran yang lebih sedikit; sambungan utama menggunakan sistem pelinciran kendiri; port diagnostik standard mengenal pasti masalah dengan cepat.
Lebih meyakinkan lagi: GENMA sudahpun mempunyai pusat servis dan gudang alat ganti di Tangier (Maghribi) serta Mombasa (Kenya). Gudang Boffa (Guinea) hampir siap dan akan dibuka pada pertengahan tahun. Selain itu, jurutera perkhidmatan lapangan jangka panjang ditempatkan di kawasan tempatan. Apa jua masalah – respons pantas diberikan dan alat ganti tersedia.
Semua sistem telah diuji, sedia beroperasi
Setiap motor, penderia serta sistem kawalan pada sistem pemunggahan GENMA ini telah lulus ujian individu dan ujian bersepadu. Proses pentauliahan telah selesai.
Susulan kejayaan pentauliahan, sistem ini dijadualkan untuk diatur gerak di Afrika Barat, di tempat ia akan menjadi alat pemindahan kargo pukal yang paling boleh dipercayai dan lasak untuk pelanggan kami, sekali gus membantu mereka menyelesaikan tugasan dengan cekap, pelayaran demi pelayaran.
SOURCE GENMA
Share this article