Keputusan Kajian Global Diterbitkan dalam Aesthetic Surgery Journal Open Forum Menunjukkan Kaitan antara Keyakinan Diri dan Estetika
Penerbitan dalam jurnal berwasit mengukuhkan penemuan kajian serta mengesahkan pemerhatian yang sering dilihat oleh pengamal penjagaan kesihatan — bahawa impak rawatan estetik melangkaui penampilan fizikal semata-mata.
- Kajian Pillars of Confidence Global yang disokong oleh Merz Aesthetics menilai impak rawatan estetik terhadap keyakinan diri pesakit
- Dapatan kajian mengesahkan pemerhatian yang sering dilihat oleh pengamal penjagaan kesihatan bahawa kesan rawatan estetik melangkaui penampilan fizikal semata-mata
- Format akses terbuka ASJ Open Forum menjadikan kandungan pendidikan berwasit mudah diakses oleh pengamal penjagaan kesihatan di seluruh dunia
SINGAPURA, 11 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Bulan ini, Aesthetic Surgery Journal Open Forum (ASJ Open Forum) menerbitkan keputusan global daripada kajian penting oleh Merz Aesthetics bertajuk Pillars of Confidence: Global Insights on Aesthetics and Self-Affirmation, iaitu tinjauan melibatkan 15,000 orang dewasa di 15 negara. ASJ Open Forum ialah jurnal berwasit antarabangsa dan penerbitan rasmi The Aesthetic Society. Dengan menyokong kajian ini, Merz Aesthetics memperluas pemahaman mengenai persilangan antara estetika, keyakinan diri dan ekspresi peribadi. Dengan penerbitan tersebut, pengamal penjagaan kesihatan kini mempunyai akses mudah kepada kandungan pendidikan yang boleh dijadikan rujukan dalam amalan mereka.
Mengkaji impak estetika secara lebih mendalam.
Kajian Pillars of Confidence Global merupakan kajian multinasional, berbilang generasi yang direka untuk menilai persepsi pesakit terhadap rawatan estetik serta kesan rawatan estetik terhadap keyakinan diri pesakit.
Dijalankan dengan kerjasama Ipsos*, salah satu syarikat penyelidikan pasaran dan tinjauan pendapat terbesar di peringkat global, kajian Pillars of Confidence melibatkan 15,000 orang dewasa berusia antara 21 hingga 75 tahun** dari 15 negara. Wilayah dan negara yang mengambil bahagian termasuk:
- Asia-Pasifik: China, Korea Selatan, Thailand
- Eropah, Timur Tengah & Afrika: Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu
- Amerika Latin: Brazil, Colombia, Costa Rica, Mexico
- Amerika Utara: Amerika Syarikat, Kanada
Menghubungkan penampilan dengan keyakinan diri.
Responden tinjauan melihat keyakinan diri sebagai tonggak utama kesejahteraan sosial secara keseluruhan, dan keputusan kajian menunjukkan bahawa bagi sesetengah individu, rawatan estetik memberikan lebih daripada sekadar peningkatan penampilan. Malah, ia dapat membantu meningkatkan keyakinan diri.
- 72% responden global bersetuju dengan kenyataan "Saya yakin dengan diri saya."
- 69% responden global menggunakan rawatan estetik untuk membantu mewujudkan penampilan yang diilhamkan oleh perasaan dalaman mereka.
- 72% responden global merasakan rawatan estetik mempengaruhi cara mereka melihat diri sendiri.
Menterjemahkan penemuan kepada amalan.
"Data Pillars of Confidence menunjukkan bagaimana rawatan estetik membolehkan pesakit memainkan peranan aktif dalam menyelaraskan persepsi diri mereka dengan penampilan luaran," kata Dr. Shannon Humphrey, ketua penyelidik untuk Kajian Pillars of Confidence dan profesor madya klinikal di University of British Columbia. Dr. Humphrey juga merupakan pakar dermatologi kosmetik dan pengarah perubatan di Humphrey & Beleznay Cosmetic Dermatology, di mana beliau menyaksikan sendiri peranan penting keyakinan diri dalam kehidupan pesakitnya. "Penemuan ini dapat membantu kami lebih memahami dan menyokong pesakit kami semasa mereka berusaha mencapai pemerkasaan diri, yang akhirnya dapat meningkatkan penjagaan yang kami berikan."
Memberikan perubahan autentik kepada pesakit.
"Penerbitan ini menyediakan peluang penting untuk terus menyokong pengamal penjagaan kesihatan dalam perbualan mereka dengan pesakit mengenai keyakinan diri dan perubatan estetik," kata Bob Rhatigan, Ketua Pegawai Eksekutif Merz Aesthetics. "Sebagai peneraju dalam industri perubatan estetik, kami di Merz Aesthetics kekal memberi tumpuan untuk membantu orang ramai tampil lebih baik, berasa lebih baik dan menjalani kehidupan yang lebih baik melalui inovasi, pendidikan dan standard penjagaan yang tinggi."
"Dapatan daripada kajian Pillars of Confidence mengukuhkan apa yang sering diperhatikan di seluruh rantau Asia Pasifik – keyakinan diri adalah sesuatu yang sangat bersifat peribadi, dan pesakit semakin melihat rawatan estetik sebagai satu cara untuk menyokong ekspresi diri, penjagaan diri dan keyakinan jangka panjang," kata Lawrence Siow, Presiden, Asia Pasifik, Merz Aesthetics. "Di sebuah rantau yang dibentuk oleh ideal kecantikan yang berbeza dan bernuansa, tumpuan kini beralih kepada hasil yang autentik dan diperibadikan berbanding transformasi. Di Merz Aesthetics, kami komited untuk menyokong pengamal penjagaan kesihatan melalui penemuan, pendidikan dan inovasi yang membolehkan perbualan yang lebih bermakna dan berteraskan keyakinan diri bersama pesakit."
Untuk penerbitan penuh ASJ Open Forum, sila layari: https://academic.oup.com/asjopenforum/advance-article/doi/10.1093/asjof/ojag058/8607786?login=false
Untuk maklumat lanjut mengenai kajian Pillars of Confidence, muat turun laporan penuh: https://merzaesthetics.com/confidence/.
*Merz Aesthetics. (2025). Pillars of Confidence: Global Insights on Aesthetics and Self-Affirmation. Disokong oleh rakan penyelidikan Ipsos.
**Julat umur di rantau Asia-Pasifik ialah 21 hingga 65.
Latar Belakang Merz Aesthetics
Merz Aesthetics ialah perniagaan perubatan estetik yang mempunyai sejarah panjang dalam memperkasakan profesional penjagaan kesihatan, pesakit dan pekerjanya untuk menjalani kehidupan setiap hari dengan penuh keyakinan. Kami berhasrat membantu individu di seluruh dunia untuk tampil, berasa dan menjalani kehidupan sebagai versi terbaik diri mereka mengikut takrifan masing-masing. Terbukti secara klinikal, portfolio produknya merangkumi suntikan, peranti dan rawatan penjagaan kulit yang direka untuk memenuhi keperluan setiap pesakit dengan standard keselamatan dan keberkesanan yang tinggi. Dimiliki oleh keluarga selama lebih daripada 115 tahun, Merz Aesthetics terkenal kerana membina hubungan yang unik dengan pelanggan yang dianggap sebagai keluarga. Ibu pejabat global Merz Aesthetics terletak di Raleigh, North Carolina, AS, dengan kehadiran komersial di 90 negara seluruh dunia. Ia juga merupakan sebahagian daripada Merz Group, yang ditubuhkan pada tahun 1908 dan berpangkalan di Frankfurt, Jerman.
SOURCE Merz Aesthetics
Share this article