NOL World Perkenal Julung Kali Platform Penginapan untuk Peminat K-Pop yang Berkunjung ke Korea
– Cari penginapan berhampiran lokasi konsert K-POP yang utama
dan tempah daripada rangkaian penginapan yang luas — semuanya pada satu platform
– Raikan pelancaran dengan diskaun eksklusif sehingga 10% untuk tempahan, serta kupon tambahan 10% bagi lawatan dan aktiviti di seluruh Korea
SEOUL, Korea Selatan, 4 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- NOL World, platform pelancongan dalam negara global terkemuka yang dikendalikan oleh NOL Universe (Ketua Pegawai Eksekutif, Thomas Lee), melancarkan secara rasmi perkhidmatan tempahan penginapan baharunya untuk pelancong antarabangsa yang melawat Korea Selatan. Direka khusus untuk pelancong dari luar negara, NOL World kini membolehkan pelancong merancang dan menempah setiap peringkat perjalanan mereka dengan lancar—bermula daripada tiket konsert K-POP dan penginapan hinggalah lawatan tempatan, aktiviti serta pengangkutan—semuanya menerusi satu platform bersepadu.
Perkhidmatan yang baru diperkenalkan itu menawarkan akses kepada lebih 15,000 hartanah di seluruh negara, disokong oleh salah satu inventori penginapan yang terbesar di Korea. Bagi memastikan pengalaman pelancongan yang autentik, tetamu antarabangsa boleh melihat-lihat ulasan yang benar-benar jujur daripada pengguna tempatan Korea yang diterjemahkan dengan lancar ke dalam bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa Jepun dan bahasa utama yang lain. Inventori tersebut merangkumi beraneka jenis pilihan, termasuk hotel mewah premium, hotel perniagaan, pusat peranginan dan penginapan tempatan yang unik.
Disesuaikan terutamanya untuk memenuhi keperluan peminat K-POP, NOL World memudahkan pengguna untuk mencari tempat penginapan berhampiran lokasi konsert yang utama. Dengan hanya membuat carian bagi lokasi ikonik seperti Goyang Stadium, INSPIRE Arena, KSPO DOME atau Sajik Stadium, pelancong boleh melihat serta-merta senarai penginapan berhampiran yang disusun mengikut jarak. Digabungkan dengan perkhidmatan sedia ada pada platform itu iaitu tiket, lawatan dan pas pengangkutan, pengunjung boleh merancang keseluruhan jadual perjalanan mereka di Korea tanpa perlu bersusah-payah beralih antara pelbagai aplikasi atau laman web.
Bagi meraikan pelancarannya, NOL World menawarkan promosi istimewa yang berlangsung dari 4 hingga 25 Ogos 2026. Pelanggan yang menempah penginapan sepanjang tempoh kempen akan menikmati kadar ahli yang eksklusif dengan diskaun sehingga 10%. Selain itu, setiap tempahan penginapan yang berjaya akan melayakkan pelanggan menerima kupon diskaun 10% yang sah digunakan untuk semua lawatan dan aktiviti di Korea. Pada masa akan datang, NOL World merancang untuk terus memperluas ekosistem manfaat pelancongan bersepadunya dengan merapatkan jurang antara tempat penginapan, hiburan dan pengalaman tempatan.
"NOL World komited untuk memperluas perkhidmatan pelancongan hipertempatan yang menjadikan lawatan ke Korea semudah dan seselesa mungkin bagi pelancong global," kata Thomas Lee, Ketua Pegawai Eksekutif NOL Universe. "Dengan menghimpunkan penginapan yang dipercayai, konsert dan pelbagai pengalaman pelancongan dalam satu platform, kami berhasrat untuk menjadi platform pelancongan pilihan pengunjung—bermula dari saat mereka mula merancang perjalanan ke Korea hinggalah hari mereka pulang ke negara asal masing-masing."
SOURCE NOL Universe
Share this article