Techman Robot Sasar Pasaran Pembuatan Pintar Asia Tenggara di Thailand Automation Show
Barisan pengisian kotak & pembungkusan pintar berpandukan AI serta kobot TM3S ringan serba baharu membuat penampilan sulungnya di luar negara.
BANGKOK, 17 Jun 2026 /PRNewswire/ -- Techman Robot, peneraju global dalam bidang robot kolaboratif dan teknologi penglihatan AI, akan mempamerkan inovasi terkininya di "ME Assembly & Automation 2026". Bertumpukan sekitar dwitema, iaitu "Automasi Pembungkusan Pintar" dan "Pemeriksaan AI Berkecekapan Tinggi", syarikat memperkenalkan penyelesaian tersuai untuk sektor pembuatan elektronik, komponen automotif, makanan & minuman serta elektronik pengguna.
Barisan Pengisian Kotak dan Pembungkusan Pintar Berpandukan Penglihatan AI
Bagi memenuhi keperluan automasi yang kritikal dalam pembungkusan e-dagang dan produk runcit, Techman Robot mengetengahkan "Automated Cartoning and Packing Line". Penyelesaian ini mengatasi kekangan tradisional penggenggam mekanikal dalam persekitaran pembungkusan yang kompleks melalui gabungan robot kolaboratif Techman, sistem panduan penglihatan AI termaju dan teknologi cengkam yang mahir.
Memperlihatkan sinergi lancar antara "otak, mata dan tangan", sistem tersebut mengautomasikan proses pengambilan kadbod, penentududukan tepat, lipatan kotak, pengisian kotak dan pengangkutan. Membawakan reka bentuk modular dan keupayaan pelaksanaan pantas, penyelesaian ini mengurangkan dengan ketara tapak barisan pengeluaran, memendekkan garis masa dan meningkatkan kecekapan pembungkusan serta kestabilan operasi—menjadikannya sesuai untuk pengeluaran tangkas campuran tinggi dan volum rendah.
Kobot TM3S Ringan Serba Baharu
Techman Robot turut memperkenalkan buat julung kalinya model utama yang terkini, iaitu robot kolaboratif "TM3S" serba baharu. Direkayasa untuk operasi di lapangan yang memerlukan pemindahan lokasi secara kerap dan fleksibiliti tinggi, TM3S mempunyai reka bentuk ultra ringan dengan berat hanya 12 kilogram.
Satu ciri utamanya ialah "Quick-release Connector" ("Penyambung Lepas-segera") untuk pengkabelan yang membolehkan jurutera pengeluaran memasang, menanggalkan dan memindahkan unit dalam jangka masa yang sangat singkat, sekali gus meningkatkan mobiliti operasi di bahagian pengeluaran dengan ketara. Di samping itu, TM3S membawa ciri istimewa rangkaian Techman Robot: sistem "Integrated Vision" ("Penglihatan Bersepadu"). Ini dapat menyediakan robot dengan keupayaan kesedaran ruang dan penentududukan termaju, seterusnya menjadikannya sangat sesuai untuk kimpalan berketepatan tinggi, pemasangan, penyetempatan stesen kerja dan pemeriksaan pantas secara automatik.
Penyelesaian Pemeriksaan 'Flying Trigger' AI & Penyusun Palet Segera
Selain inovasi dalam pembungkusan dan ciri ringan, Techman Robot mendemonstrasikan sistem "Flying Trigger AI Inspection" ("Pemeriksaan AI 'Flying Trigger'") dan "Instant Palletizer" ("Penyusun Palet Segera").
- Pemeriksaan AI 'Flying Trigger': Membolehkan robot menjalankan pemeriksaan kecacatan dan pengecaman kosmetik secara masa nyata ketika sedang bergerak tanpa perlu berhenti, memacu lonjakan ketara dalam daya pemprosesan dan juga kawalan kualiti.
- Penyusun Palet Segera: Menawarkan persediaan diperkemas dan operasi intuitif untuk membantu pelanggan dalam sektor makanan & minuman serta peruncitan 3C Asia Tenggara meningkatkan dengan pantas kecekapan logistik dan penyusunan palet di penghujung barisan pengeluaran, sekali gus menangani secara langsung kekurangan tenaga kerja serantau.
SOURCE Techman Robot
Share this article