UGREEN Majukan Keselamatan Pengecasan Melalui Kerjasama ATL dan Piawaian Keselamatan Bank Kuasa Baharu
SINGAPURA, 18 Mei 2026 /PRNewswire/ -- UGREEN, jenama teknologi pengguna global, mengumumkan bahawa syarikat itu telah menjalin kerjasama strategik dengan ATL (Amperex Technology Limited) serta mengambil bahagian dalam penggubalan spesifikasi teknikal GB 47372-2026 baharu China untuk keselamatan bank kuasa. Melalui pengukuhan kerjasama huluan dan penglibatan aktif dalam pemiawaian industri, UGREEN terus mempertingkatkan keselamatan pengecasan, kebolehpercayaan produk dan jaminan kualiti jangka panjang bagi rangkaian produk kuasa mudah alihnya.
Bekerjasama dengan ATL untuk Memperkukuh Keselamatan Sel Bateri
Bagi memperkukuh lagi rantaian bekalan huluannya, UGREEN telah menjalin kerjasama strategik dengan ATL (Amperex Technology Limited), pengeluar bateri litium-ion global terkemuka. Kerjasama itu memastikan penggunaan sel bateri berkualiti tinggi yang mematuhi piawaian keselamatan yang(delete) selaras dengan spesifikasi baharu itu. Dengan mengintegrasikan teknologi sel termaju ATL bersama keupayaan kejuruteraan peringkat(delete) sistem UGREEN, kedua-dua pihak menyasarkan untuk meningkatkan konsistensi, kebolehpercayaan dan keselamatan dalam produk kuasa mudah alih.
Menyumbang Kepakaran Industri kepada Piawaian Keselamatan Baharu
UGREEN turut mengambil bahagian dalam penggubalan spesifikasi teknikal GB 47372-2026 baharu China untuk keselamatan bank kuasa, dengan menyumbangkan pengalaman praktikal industri serta pandangan berkaitan keselamatan dan kebolehpercayaan produk.
Bagi menyokong piawaian keselamatan tinggi dalam rangkaian produknya, UGREEN telah membangunkan sistem keselamatan berstruktur yang merangkumi lima komponen utama :
- Sistem kebolehkesanan: Sistem Pelaksanaan Pembuatan (MES) membolehkan penjejakan digital hujung ke hujung, termasuk pemantauan parameter, pengesahan proses dan pengurusan hasil pengeluaran.
- Pembuatan automatik: Proses utama seperti pemadanan sel, kimpalan, pendispensan dan pengujian dilaksanakan secara automatik sepenuhnya bagi memastikan konsistensi dan meminimumkan kesilapan manusia.
- Pengenalan siri unik: Setiap produk dilengkapi kod boleh dikesan yang mengenal pasti tarikh pengeluaran, kemudahan pembuatan dan maklumat sel bateri.
- Ujian sel bateri: Ujian ketat termasuk penembusan paku, penyaduran litium dan pemampatan dijalankan selaras dengan keperluan GB 47372-2026.
- Sistem pemantauan dan amaran: Sistem pemantauan masa nyata menjejak prestasi sel bateri secara berterusan, merekodkan sebarang anomali serta menyokong kebolehkesanan kitar hayat penuh dan analisis pascakejadian.
Seiring dengan perkembangan piawaian keselamatan pengecasan, UGREEN kekal komited untuk memperkukuh keselamatan produk melalui inovasi teknologi, kerjasama rantaian bekalan dan pengurusan kualiti yang ketat. Dengan menggabungkan penyelesaian bateri termaju bersama sistem keselamatan komprehensif, syarikat menyasarkan untuk menyediakan pengalaman pengecasan yang lebih selamat dan lebih dipercayai kepada pengguna di seluruh dunia.
Mengenai UGREEN
UGREEN ialah syarikat teknologi pengguna global terkemuka. Sejak penubuhannya pada tahun 2012, UGREEN berpegang pada nilai teras yang berpusatkan pengguna, ikhlas dan berdedikasi. Dengan kehadiran global di bawah jenama "UGREEN", perniagaannya meliputi lebih 180 negara dan wilayah serta menyediakan perkhidmatan kepada lebih 300 juta pengguna.
SOURCE UGREEN
Share this article