Valvoline™ Global, The Original Motor Oil, Mempercepatkan Pertumbuhan di Asia Pasifik menerusi Kerjasama dengan Horse Powertrain
Perkembangan kerjasama ini mengukuhkan kedudukan Valvoline Global sebagai rakan kongsi teknologi pelincir rasmi Geely, dengan mengintegrasikan bendalir prestasi termajunya ke dalam pengeluaran pengisian kilang (factory-fill) serta rangkaian perkhidmatan selepas jualan yang baru dilancarkan.
SINGAPURA dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Julai 2026 /PRNewswire/ -- Valvoline™ Global Operations, The Original Motor Oil dan peneraju dunia dalam penyelesaian automotif dan perindustrian, hari ini mengumumkan perluasan kerjasama strategik dengan Horse Powertrain ("Horse"), pengeluar global bagi penyelesaian rangkaian kuasa dan usaha sama antara Geely, Renault dan Aramco, yang membekalkan enjin automotif kepada Geely serta pengeluar automotive terkemuka yang lain. Berlandaskan kerjasama pengisian kilang sedia ada dengan Horse, peluasan kerjasama itu memperluas penyelesaian pelincir Valvoline Global ke dalam ekosistem perkhidmatan kenderaan yang lebih luas, sekali gus mempercepat pengembangan perniagaannya di Asia Pasifik.
Secara berasingan, Valvoline Global turut memeterai perjanjian jangka panjang bagi perkhidmatan selepas jualan dengan Geely Auto Group ("Geely"), salah satu pengeluar automotif terbesar di China sebagai rakan teknologi pelincir yang dilantik. Sehubungan itu, Valvoline Global kini akan membekalkan pelincir selepas jualan yang berprestasi tinggi untuk kenderaan Geely, termasuk jenama lain yang dimiliki dan dikendalikan di bawah syarikat induknya. Secara bersama, peluasan kerjasama antara Horse dan Geely membolehkan Valvoline menawarkan penyelesaian pelincir yang menyeluruh, menyokong kenderaan bermula daripada proses pemasangan di kilang sehingga sepanjang tempoh pemilikan oleh pelanggan.
"Valvoline telah membuktikan keupayaan teknikal yang kukuh, rangkaian rantaian bekalan global yang mantap serta komitmen bersama dalam memajukan penyelesaian mobiliti generasi akan datang," kata Simon Hu, Ketua Pegawai Perolehan Horse Powertrain. "Kerjasama jangka panjang ini memperkukuh keupayaan kami untuk memberikan prestasi, ketahanan dan kemampanan yang luar biasa kepada pelanggan, dan kami berbesar hati menerima Valvoline Global sebagai rakan kongsi strategik."
"Kerjasama kami yang diperkukuh bersama Horse Powertrain dan Geely Auto Group mencerminkan hala tuju Valvoline Global pada masa hadapan," kata Michael Dreyer, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar APAC, Valvoline Global Operations. "Dengan menyediakan penyelesaian inovatif yang diperakui oleh OEM daripada pengisian kilang hinggalah perkhidmatan selepas jualan, disokong oleh kepakaran selama 160 tahun, kami bukan sekadar jenama minyak legasi, malah muncul sebagai rakan teknologi pilihan bagi mobiliti generasi akan datang."
Pelincir Dibangunkan Bersama Dirumus untuk Memberi Manfaat kepada Pemandu
Sebagai sebahagian daripada perjanjian Valvoline Global dengan Geely, syarikat itu memperkenalkan rangkaian baharu pelincir yang dibangunkan bersama khusus untuk kenderaan Geely, termasuk Valvoline GEELY Ultra Full Synthetic Engine Oil, Valvoline GEELY Full Synthetic Engine Oil, serta produk-produk lain. Dibangunkan bersama Geely dan disahkan menerusi ujian OEM yang ketat, formulasi sintetik dan sintetik penuh ini direka untuk meningkatkan penjimatan bahan api, kecekapan serta kebersihan enjin di samping memberikan perlindungan optimum kepada komponen enjin yang kritikal. Semua formulasi yang ditawarkan kepada pengguna memenuhi spesifikasi rangkaian kuasa yang dikehendaki oleh Horse.
Dengan pengalaman selama 160 tahun dalam industri pelincir, Valvoline Global berada pada kedudukan terbaik untuk terus memperkenalkan produk inovatif kepada pemilik kenderaan yang akan mendapat manfaat daripada kepakaran jenama yang telah terbukti. Kerjasama ini turut mencerminkan komitment berterusan Valvoline Global dalam pasaran pertumbuhan strategik di seluruh rantau Asia Pasifik, sekali gus memperkukuhkan perkembangan perniagaan dan kepimpinan dalam sektor mobiliti yang berkembang pesat. Gabungan kekuatan ini kini menjadi rujukan kukuh bagi OEM berpotensi yang mencari rakan kongsi pelincir yang bersedia menghadapi masa depan.
Pengiktirafan Industri: Valvoline Global di Sidang Kemuncak Antarabangsa Sistem Pendorong Automotif (ISAPS) ke-6
Valvoline Global menunjukkan kredibiliti teknikalnya sebagai peserta dalam ISAPS ke-6 yang dianjurkan di China. Sidang kemuncak ini menghimpunkan OEM global utama dan ahli akademik terkemuka daripada universiti ternama, sekali gus membolehkan pertukaran teknikal mengenai pembangunan rangkaian kuasa kenderaan ringan antara rakan kongsi teknikal yang dipercayai dalam ekosistem mobiliti. Penyertaan Valvoline Global menyerlahkan reputasinya yang semakin berkembang sebagai rakan kongsi teknikal dalam ekosistem mobiliti global.
Latar Belakang Valvoline™ Global Operations
Valvoline™ Global, minyak motor berjenama pertama di Amerika, memperkasakan mobiliti generasi akan datang menerusi inovasi untuk pelanggan di lebih 140 negara dengan lebih daripada 80,000 lokasi pengedaran di seluruh dunia. Sebagai peneraju dunia dalam penyelesaian automotif dan perindustrian yang bersedia menghadapi masa depan serta penyedia perkhidmatan bertaraf dunia kepada rakan-rakan perniagaan di seluruh dunia, legasi inovasi Valvoline menjangkau lebih 160 tahun lamanya.
Dengan penyelesaian yang merangkumi setiap jenis enjin dan rangkaian kuasa, daripada kenderaan perbatuan tinggi dan kenderaan tugas berat hinggalah kepada kenderaan elektrik, Valvoline Global terus menerajui inovasi dalam mobiliti dan seterusnya, termasuk memperluaskan penyelesaian pemindahan habanya kepada aplikasi pengkomputeran berprestasi tinggi.
Bersama syarikat induk kami, Aramco, iaitu salah sebuah syarikat tenaga dan bahan kimia bersepadu yang terbesar di dunia, kami terus memacu inovasi produk yang tiada tandingan serta penyelesaian perniagaan yang mampan bagi memenuhi keperluan masa hadapan, sama ada di jalan raya mahupun di luar jalan raya.
Ikuti kami di Instagram, Facebook dan LinkedIn.
Valvoline TM ialah Tanda Dagangan berdaftar Valvoline Global atau subsidiarinya.
SOURCE Valvoline™ Global Operations
Share this article