VT Markets Lancar "Finance Forward", Siri CSR Berbilang Pasaran Perkasa Belia dengan Kemahiran Kewangan Dunia Sebenar
- Inisiatif CSR baharu memberi tumpuan kepada peningkatan celik kewangan melalui pendidikan praktikal untuk belia
SYDNEY, 22 Julai 2026 /PRNewswire/ -- VT Markets, platform perdagangan dalam talian global yang terkemuka, hari ini mengumumkan pelancaran inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) baharu — 'Finance Forward'. Inisiatif tersebut bertujuan untuk melengkapkan golongan dewasa muda dengan ilmu pengetahuan kewangan yang diperlukan untuk beralih daripada ketidaktentuan ekonomi kepada kebebasan kewangan jangka panjang.
Didorong oleh misi untuk memperkasakan komuniti dengan kemahiran kewangan dunia sebenar, program tersebut dibangunkan berasaskan kepercayaan bahawa kebebasan kewangan bermula dengan celik kewangan sejak usia muda. Dengan kerjasama sekolah tempatan dan organisasi komuniti, VT Markets akan menganjurkan sesi pendidikan bersasar yang meliputi konsep penting seperti pembelanjawan, simpanan strategik dan pembuatan keputusan kewangan yang bijak. Fasa pertama dimulakan di seluruh Asia Tenggara dengan rancangan untuk diperluas secara berperingkat ke pasaran global pada fasa-fasa berikutnya.
"Kami berkhidmat dalam pasaran kewangan setiap hari, maka kami dapat melihat betapa besarnya jurang antara ilmu yang diajar kepada golongan muda dengan perkara yang sebenarnya mereka perlu tahu: cara membuat belanjawan, cara menyimpan dan cara membuat keputusan kewangan yang bijak," seperti yang dikongsikan oleh Dandelyn Koh, Ketua Pemasaran Global VT Markets. "Program ini diwujudkan untuk membantu merapatkan jurang tersebut. Kami percaya bahawa lebih awal golongan muda membina kemahiran ini, lebih besar manfaat yang akan mereka peroleh. Keputusan yang lebih baik hari ini membawa kepada kebebasan kewangan yang lebih kukuh pada masa akan datang," tambah beliau.
'Finance Forward' mencerminkan hasrat VT Markets untuk menyampaikan ilmu pengetahuan yang akan membantu merapatkan jurang peluang serta membina generasi yang lebih bersedia untuk mencapai kejayaan dari segi kewangan dalam jangka panjang. Pelancaran ini menyaksikan fasa pertama kepada komitmen global yang lebih luas. VT Markets merancang untuk memperluas program ini secara progresif ke lebih banyak pasaran di seluruh dunia, dengan matlamat untuk memberi impak yang bermakna dan berkekalan terhadap kecelikan kewangan di peringkat global.
Latar Belakang VT Markets
VT Markets ialah broker berbilang aset dikawal selia yang bertapak di lebih 160 negara setakat hari ini. Ia meraih pelbagai anugerah antarabangsa termasuk Perdagangan Dalam Talian Terbaik dan Broker Berkembang Paling Pantas. Selaras dengan misinya untuk menjadikan perdagangan boleh diakses oleh semua, VT Markets menawarkan akses menyeluruh kepada lebih 1,000 instrumen kewangan dan pelanggan pula memperoleh manfaat daripada pengalaman perdagangan yang lancar melalui aplikasi mudah alih pemenang anugerah.
SOURCE VT Markets
Share this article