XCMG Perluas Pelaksanaan Penyelesaian Logistik Pintar, Dayakan Operasi Lebih Cekap, Emisi Lebih Rendah di Hab Penerbangan Global
XUZHOU, China, 19 Mei 2026 /PRNewswire/ -- Berasaskan keupayaannya dalam pembangunan peralatan pintar dan perkhidmatan logistik global, XCMG Machinery (SHE: 000425) memperkenalkan penyelesaian logistik penerbangan "autonomi + tenaga boleh baharu" yang komprehensif. Dilaksanakan baru-baru ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Nanjing Lukou, penyelesaian itu meningkatkan kecekapan pengendalian kargo dengan ketara, mengurangkan kos kendalian dan menyokong peralihan kepada operasi yang lebih pintar dengan emisi lebih rendah.
Dengan memfokuskan kepada keperluan teras hab penerbangan—daya pemprosesan cekap, pengurangan emisi dan operasi andal—XCMG mewujudkan sistem logistik pintar yang berteraskan teknologi autonomi, sistem kuasa tenaga boleh baharu dan sistem kawalan digital. XCMG menyediakan penyelesaian pengendalian tersuai dan hujung-ke-hujung yang selaras dengan piawaian kargo udara antarabangsa, sekali gus menangani cabaran dalam proses pemuatan, pemunggahan, penggudangan, pengisihan dan pemindahan.
Penyelesaian itu ditunjangi oleh kenderaan berpandu automatik (AGV), disokong oleh forklift imbang balas elektrik, forklift gudang dan pengangkut straddle kontena yang meliputi pelbagai senario operasi. AGV dilengkapi sistem penentududukan gabungan berbilang-sensor yang mengintegrasikan teknologi LiDAR, penglihatan dan ultrasonik, sekali gus mencapai ketepatan penentududukan kargo kurang daripada 10 mm. Diintegrasikan bersama platform logistik pintar Hanyun milik XCMG, sistem itu membolehkan penjadualan tugasan secara autonomi dan teroptimum. Semua peralatan mematuhi piawaian alam sekitar dan keselamatan antarabangsa demi operasi tanpa emisi yang berterusan.
XCMG menyokong operasi globalnya menerusi kerangka perkhidmatan bersepadu yang menggabungkan pembangunan teknologi, kerjasama komersial dan sokongan pascajualan. Ia menyediakan penyelesaian tersuai, sokongan teknikal kitar hayat dan model kerjasama fleksibel—termasuk storan tenaga, penukaran bateri dan pajakan peralatan—yang disokong oleh sistem perkhidmatan 24/7 bagi memastikan operasi rentas sempadan berjalan tanpa gangguan.
Selepas pelaksanaan, kos buruh kargo lapangan terbang tahunan telah dikurangkan sebanyak 40 peratus, kadar kerosakan kargo menurun 80 peratus dan kadar ralat masuk dikawal dalam lingkungan 0.1 peratus. Kecekapan daya pemprosesan kargo keseluruhan pula meningkat sebanyak 40 peratus.
"Penyelesaian XCMG benar-benar selaras dengan piawaian kargo udara antarabangsa. Teknologi autonomi, portfolio peralatan mesra alam dan keupayaan perkhidmatan globalnya telah meningkatkan kecekapan pemindahan kargo rentas sempadan dan tahap perkhidmatan, sekali gus menyokong integrasi lapangan terbang ke dalam rangkaian logistik penerbangan global," kata pengendali kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Nanjing Lukou.
Penyelesaian itu kini beroperasi di hab utama termasuk lapangan terbang Shanghai Pudong, Hangzhou Xiaoshan dan Guangzhou Baiyun, serta berkembang ke Asia Tenggara, Eropah dan Timur Tengah.
Selaras dengan peralihan global menuju logistik penerbangan emisi lebih rendah yang lebih pintar, XCMG akan memperhalusi penyelesaiannya menerusi teknologi canggih dan rangkaian perkhidmatan globalnya bagi menyediakan penyelesaian cekap dan tersuai kepada hab penerbangan serta pengendali rentas sempadan di seluruh dunia.
SOURCE XCMG
Share this article