Budaya Kesejahteraan Terus Berkembang Seluruh Asia Pasifik apabila 4 daripada 5 Pengguna Mengutamakan Kesihatan Holistik - Tinjauan Herbalife
HONG KONG, 5 Ogos 2026 /PRNewswire/ -- Herbalife, sebuah syarikat, komuniti dan platform kesihatan serta kesejahteraan terulung, telah mengeluarkan dapatan daripada tinjauan terkininya yang peningkatan ketara budaya kesejahteraan di seluruh rantau Asia Pasifik (APAC). Budaya kesejahteraan merupakan satu fenomena moden yang menekankan usaha berterusan ke arah kesejahteraan holistik melalui keseimbangan kesihatan fizikal, mental dan emosi.
Tinjauan Budaya Kesejahteraan Asia Pasifik Herbalife 2026 menunjukkan bahawa empat daripada lima (82%) individu menganggap kesihatan holistik sebagai sangat penting atau paling penting, manakala 74% menyatakan ia kini lebih penting berbanding tiga tahun lalu. Dapatan itu turut mencerminkan peningkatan kesedaran terhadap keperluan untuk meningkatkan kualiti tidur (44%), kesejahteraan mental dan pengurusan tekanan (38%), mengamalkan pemakanan yang lebih sihat (31%) serta pengurusan berat badan (30%), bagi membina tabiat yang lebih sihat untuk jangka panjang.
Dijalankan pada Mei 2026, tinjauan itu mendapatkan maklum balas daripada lebih 10,000 responden di 11 pasaran, termasuk Australia, Hong Kong SAR, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, wilayah Taiwan, Thailand dan Vietnam. Apabila ditanya mengenai faktor utama yang menyumbang kepada trend ini, responden menyatakan peningkatan usia (46%), pengalaman berdepan masalah kesihatan (42%), peningkatan kesedaran terhadap trend kesejahteraan (32%) serta keinginan untuk melabur dalam kesihatan jangka panjang (31%) sebagai antara faktor utama yang mendorong perubahan tersebut.
"Di seluruh Asia Pasifik, kami melihat perubahan dalam cara orang ramai mengamalkan tabiat kesihatan dan kesejahteraan sebagai sebagaian daripada kehidupan harian mereka. Kini, semakin ramai yang mengamalkan budaya kesejahteraan dan mengutamakan kesejahteraan fizikal, mental serta emosi mereka. Di Herbalife, kami percaya bahawa kesihatan holistik perlu dibina secara konsisten dari semasa ke semasa dengan sokongan pemakanan yang berasaskan sains, bimbingan peribadi serta komuniti yang menyokong. Pendekatan ini mampu membawa perubahan besar dalam membantu orang ramai mencapai matlamat kesejahteraan mereka serta mewujudkan asas kepada kualiti hidup yang lebih baik," kata Thomas Harms, Pengarah Urusan, Asia Pasifik, Herbalife.
Kesejahteraan semakin menjadi bahagian penting daripada kehidupan harian
Kira-kira separuh daripada pengguna APAC yang disoal selidik berkata peningkatan budaya kesejahteraan menjadikan mereka lebih peka terhadap kepentingan mengutamakan kesejahteraan diri. Bagi kebanyakan responden (58%), kepelbagaian dan kekerapan aktiviti kesejahteraan mereka meningkat berbanding tiga tahun lalu. Antara amalan utama yang diamalkan termasuk bersenam secara berkala (45%), mengamalkan pemakanan yang lebih sihat (45%), meningkatkan kualiti tidur (42%) serta pengambilan makanan tambahan kesihatan (38%), sekali gus menunjukkan bahawa kesejahteraan semakin menjadi sebahagian daripada rutin harian.
Ramai pengguna turut memainkan peranan sebagai penggerak kesejahteraan dalam komuniti masing-masing. Hampir separuh daripada mereka mendedahkan bahawa mereka telah menyediakan atau membeli makanan yang lebih sihat untuk orang lain atau berkongsi - pengalaman mengamalkan gaya hidup dengan individu lain dalam tempoh 12 bulan lalu. Selain itu, lebih 80% daripada mereka yang membeli makanan untuk orang lain atau berkongsi nasihat berkaitan kesejahteraan berkata mereka kini melakukan perkara tersebut dengan lebih kerap berbanding tiga tahun lalu.
Walaupun terdapat kemajuan, pengguna mahukan lebih banyak sokongan daripada komuniti sosial
Walaupun terdapat kemajuan dalam usaha meningkatkan kesejahteraan holistik, hanya dua daripada lima responden berkata kesihatan fizikal, mental dan emosi mereka kini lebih baik berbanding tiga tahun lalu. Responden menyatakan kekurangan masa (38%) dan motivasi (34%) sebagai cabaran utama yang menghalang mereka daripada mengekalkan tabiat hidup sihat.
Disamping itu, keluarga dan rakan-rakan serta media sosial dikenal pasti sebagai dua sumber utama yang paling berkemungkinan memberi kesan positif terhadap kesihatan mereka. Oleh itu, ramai pengguna berharap untuk menerima lebih banyak sokongan daripada komuniti sekeliling bagi membantu mereka meningkatkan kesihatan fizikal (65%), mental (51%) dan emosi (46%).
"Berita baiknya ialah lingkungan sosial seseorang memainkan peranan penting dalam membantu mereka kekal konsisten mengamalkan gaya hidup sihat. Apabila budaya kesejahteraan terus berkembang, ianya penting untuk kita terus memupuk persekitaran yang menyokong dan berpengetahuan supaya maklumat kesihatan lebih mudah diakses, diperibadikan dan mudah dilaksanakan, sekali gus memperkasakan setiap individu dalam perjalanan mereka ke arah kehidupan yang lebih sihat. Melalui tindakan kolektif dan rasa tanggungjawab bersama, kesejahteraan bukan sekadar menjadi matlamat peribadi, malah berkembang sebagai satu gerakan budaya yang membolehkan masyarakat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih bermakna," tambah Harms.
Latar Belakang Herbalife Ltd.
Herbalife (NYSE: HLF) ialah sebuah syarikat, komuniti dan platform kesihatan serta kesejahteraan ulung yang telah mengubah kehidupan orang ramai menerusi produk pemakanan berkualiti tinggi dan peluang perniagaan kepada pengedar bebasnya sejak tahun 1980. Syarikat menawarkan produk berasaskan sains kepada pengguna di lebih 90 pasaran melalui rangkaian pengedar usahawan yang menyediakan bimbingan secara individu serta komuniti yang menyokong, sekali gus memberi inspirasi kepada pelanggan mereka untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan lebih aktif agar dapat menjalani kehidupan terbaik.
Maklumat perhubungan media:
Susan Tan
Pengarah, Komunikasi Korporat, Asia Pasifik, Herbalife
Emel: [email protected]
SOURCE Herbalife APAC
Share this article