COMPUTEX 2026: MiTAC Majukan Infrastruktur AI Terpelbagai Melalui Kerjasama Ekosistem Strategik
Rak Sejuk Cecair 52U Utama dan Penyelesaian Siap Guna untuk AI Berejen
TAIPEI, 4 Jun 2026 /PRNewswire/ -- MiTAC Computing Technology Corp., peneraju global dalam penyelesaian pelayan berprestasi tinggi dan cekap tenaga serta subsidiari MiTAC Holdings Corporation (TWSE:3706), mempamerkan seni bina skala rak termajunya di COMPUTEX 2026 (Reruai R0504, Dewan 2) dari 2 hingga 5 Jun. Menampilkan infrastruktur AI serba boleh dan semua-dalam-satu, MiTAC menyokong kitar hayat AI yang lengkap—bermula daripada latihan dan inferens hinggalah Penjanaan Dapatan Semula Terimbuh (RAG)—sekali gus memperkasakan pelanggan global untuk mengatasi halangan ruang, pengkomputeran dan tenaga dalam gelombang AI berejen baru muncul.
"Di COMPUTEX 2026, MiTAC mempersembahkan infrastruktur AI terpelbagai yang direkayasa untuk memacu beban kerja AI dinamik melalui kerjasama ekosistem yang strategik," ujar Rick Hwang, Presiden MiTAC Computing Technology. "Dengan mengintegrasikan platform AI berprestasi tinggi bersama ekosistem perkakasan-perisian yang kukuh, kami menyediakan infrastruktur siap guna yang fleksibel dan sedia digunakan yang disesuaikan untuk pusat data moden."
Mengemudi AI Berejen: Menguasai Cabaran Kebolehskalaan dan Kemampanan
Ketika perusahaan beralih daripada AI generatif kepada AI Berejen autonomi, permintaan terhadap kuasa pengkomputeran besar-besaran, kependaman ultra rendah dan inferens daya pemprosesan tinggi semakin meningkat. Namun begitu, penskalaan kelompok tradisional meningkatkan kerumitan penyelarasan sambil mendedahkan kekangan pusat data yang teruk dalam ruang, penyejukan dan kapasiti grid kuasa.
Bertemakan "Memajukan Infrastruktur AI Terpelbagai", MiTAC menangani cabaran daripada pelbagai aspek ini secara berdepan. Bertindak sebagai pengupaya ekosistem utama, MiTAC menawarkan penyelesaian siap guna sehenti merangkumi pengkomputeran, storan, rangkaian dan penyejukan cecair yang berteraskan lima sorotan strategik:
1. Pengkomputeran Generasi Seterusnya & Penyejukan Cecair Termaju
Melangkaui norma industri, MiTAC memperkenalkan buat julung kalinya Rak Sejuk Cecair AI Berketumpatan Tinggi 52U. Dengan mengintegrasikan 12 pelayan AI G4826Z5 MiTAC yang ekstrem dengan 96 GPU AMD Instinct™ MI355X, penyelesaian ini memberikan ketumpatan GPU 50% lebih tinggi bagi setiap rak berbanding konfigurasi AI standard.
Dengan memanfaatkan teknologi penyejukan termaju untuk memaksimumkan ketumpatan pengkomputeran dan penskalaan menegak bagi meminimumkan jejak, MiTAC melaksanakan strategi "integrasi skala rak siap guna" yang ketat. Setiap komponen—daripada nod pengkomputeran dan suis kepada CDU dan pengurusan kuasa—ditentukur dengan tepat untuk penggunaan optimum dan prestasi puncak.
Bagi pusat HPC kebangsaan dan akademik, MiTAC memperkenalkan secara serentak rak HPC sejuk cecair C2811Z5 berketumpatan tinggi yang mematuhi standard OCP, digandingkan dengan storan berkapasiti tinggi untuk mempercepat penyelidikan saintifik dan pemodelan iklim.
2. Pengurusan Terma Generasi Seterusnya dan Inovasi Diamond Cooling®
MiTAC turut mengetengahkan pelayan AI sejuk Diamond G8825Z5 revolusioner yang dapat menjana sehingga 50% lebih banyak token berbanding perkakasan standard dan memberikan prestasi tanpa throttle pada suhu udara masuk melebihi 95°F. Dengan memanfaatkan teknologi Diamond Cooling® proprietari daripada Akash Systems dan dikuasakan GPU AMD Instinct™ MI350X, pelayan AI sejuk Diamond MiTAC ini membuka laluan kepada pengurusan terma termaju dalam infrastruktur generasi akan datang, seterusnya memacu CapEx, OpEx dan penjimatan tenaga untuk pusat data sedia ada dan akan datang.
3. Perisian Tegar Sumber Terbuka dan Pengurusan POD Proprietari
Perkakasan pengkomputeran berskala besar ini dipacu oleh seni bina pengurusan yang tangkas, selamat dan fleksibel. Tindanan perisian tegar pengurusan besbod sumber terbuka MiTAC, MiOBMC™, di samping perisian tegar sistem (BIOS), MiOPF™, memberikan kawalan bare-metal sepenuhnya kepada pengendali pusat data. Dengan membebaskan pengendali daripada kebergantungan kepada satu vendor, ia dapat memenuhi tuntutan penyesuaian yang ketat sambil menawarkan reka bentuk yang selamat, telus dan mampan untuk semua pelanggan pusat data.
Pada peringkat kluster, penyelesaian pengurusan POD MiCoreView™ proprietari MiTAC memberikan pengalaman perisian bernilai tinggi. Ia menyediakan ciri pemantauan dan pelaksanaan komprehensif pada rak, kuasa dan infrastruktur penyejukan cecair untuk sistem GPU dan HPC. Selain itu, ia turut berintegrasi lancar dengan Kubernetes dan AMD Enterprise AI Suite bagi membolehkan penyelarasan sumber GPU secara automatik pada tahap perusahaan.
4. Ekosistem Strategik "AI Together"
Bagi menghapuskan titik kesesakan prestasi dan mempercepat penggunaan, MiTAC merekayasa secara bersama seni bina platformnya dengan inovator teknologi ulung dalam industri ini:
- GPU & Kebolehgunaan Seni Bina: Portfolio tersebut diterajui oleh G4826Z5 sejuk cecair 4U dan G8825Z5 sejuk udara 8U, masing-masing dikuasakan oleh GPU AMD Instinct™ MI355X dan MI350X. Bagi persediaan PCIe-GPU, TN85-B8261 baharu menyokong kad AMD Instinct™ MI350P serta GPU NVIDIA RTX PRO 6000 Blackwell Server Edition. Di samping itu, MiTAC memanfaatkan seni bina NVIDIA MGX untuk memperkenalkan buat julung kalinya pelayan G-series AI MGX™ generasi seterusnya (dipacu oleh CPU Pelayan AMD EPYC™ Generasi ke-6), dilengkapi pelayan pengurusan pengurusan R1917GC yang mempunyai CPU NVIDIA Vera dan CPU NVIDIA Grace.
- Sinergi Storan & Memori: Direkayasa untuk memecahkan dinding memori dan storan, platform tersebut menyertakan SSD PCIe Gen 5 D7-PS1010 Solidigm dan SSD 122TB D5-P5336 besar (dipadankan secara lancar dengan rak storan TS70A-B8056). Pada masa sama, pelayan generasi seterusnya memberikan kelajuan perintis dengan mengguna pakai PCIe Gen 6 SSD 9650 (E3.S) termaju Micron, RDIMM DDR5 6400 lebar jalur tinggi dan SSD Micron 9550 (E1.S) untuk meningkatkan daya pemprosesan kluster secara mendadak.
- Penyelesaian Perisian Siap Guna: Berkolaborasi dengan inovator global bagi menonjolkan sinergi ekosistem, MiTAC membawakan penyelesaian siap guna tindanan penuh:
- DDN: Menggandingkan rak storan TS70A-B8056 dengan DDN Infinia Intelligent AI Data Platform, menghapuskan kesesakan data AI hujung-ke-hujung dan memaksimumkan prestasi GPU untuk mempercepat beban kerja seperti inferens, RAG dan AI berejen.
- Rafay: Berintegrasi lancar dengan platform GPU-sebagai-Perkhidmatan Rafay untuk aplikasi AI Factory, memberikan penyelarasan GPU automatik untuk mempercepat pelaksanaan dan kecekapan operasi.
- Canonical: Membawakan integrasi natif dengan Ubuntu 26.04 LTS, menyokong AMD ROCm™ dan NVIDIA CUDA untuk memudahkan persediaan dan memberikan daya tahan bagi persekitaran sumber terbuka.
- Pelaksanaan AI Berejen: Bekerjasama dengan Futurenest (rakan NVIDIA Inception Program), MiTAC mendemonstrasikan Bukti Konsep (PoC) yang boleh dilaksanakan dengan beban kerja tadbir urus AI berejen secara langsung pada pelayan inferens G4520G6 8-GPU utama. Turut dipamerkan di acara itu, ahli kumpulan MiTAC Information Technology mengadakan pameran "Powering the Private AI, Agent Hub and Builder" ("Memperkasakan AI Persendirian, Hab Ejen dan Pembina") bagi penempatan pekerja digital pada-premis yang selamat.
5. Seni Bina Pusat Data AI Modular
Bagi menangani kekangan grid moden, MiTAC bekerjasama dengan Tonomia untuk melancarkan ""TonoForge™ Modular Data Center". Dengan menggandingkan rak pelayan sejuk cecair G4826Z5 MiTAC dengan sistem pengurusan tenaga canggih Tonomia, seni bina modular ini mengurangkan tempoh pelaksanaan pusat data tradisional kepada hanya 12 minggu, sekali gus mengupayakan infrastruktur AI terpencar di mana-mana sahaja di dunia.
Mewujudkan Secara Bersama Masa Depan AI Berdaya Tahan dan Pintar
Mencapai evolusi hebat sejak integrasi jenamanya pada 2024, MiTAC meningkatkan kerjasama ekosistem daripada penjajaran spesifikasi standard kepada pencapaian terobosan, skala rak dan peringkat kluster. Dengan terus memperkukuh pakatan strategik dengan syarikat gergasi teknologi global—termasuk AMD, Broadcom, CoolIT, Canonical, DDN, Intel, Micron, Murata, Nidec, NVIDIA, Rafay dan Solidigm—MiTAC menawarkan "penyelesaian siap guna infrastruktur AI sehenti yang komprehensif." Melalui seni bina berskala besar ini, MiTAC dapat memperkasakan pengendali dan organisasi global untuk mengatasi halangan infrastruktur tradisional, seterusnya memperjuangkan penciptaan bersama masa depan AI yang berdaya tahan, mampan dan hiper-pintar.
Ketahui lebih lanjut: https://www.mitaccomputing.com/en/campaign/computex2026
Latar Belakang MiTAC Computing Technology Corporation
MiTAC Computing Technology Corp., subsidiari MiTAC Holdings, menyediakan penyelesaian pelayan komprehensif dan cekap tenaga yang disokong oleh kepakaran industri bermula sejak tahun 1990-an. Mengkhusus dalam AI, HPC, pengkomputeran awan dan pengkomputeran pinggiran, MiTAC Computing mengamalkan metodologi yang ketat untuk memastikan kualiti tanpa kompromi—pada peringkat barebone, sistem, rak dan kluster—seterusnya mencapai prestasi dan integrasi sepenuhnya. Komitmen terhadap kualiti pada setiap peringkat ini membezakan MiTAC Computing dalam industri ini.
Dengan kehadiran di seluruh dunia serta keupayaan hujung-ke-hujung—bermula daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan hinggalah sokongan global—MiTAC Computing menyediakan platform yang tangkas dan disesuaikan untuk pusat data hiperskala, HPC dan aplikasi AI, sekali gus memastikan prestasi dan kebolehskalaan optimum bagi memenuhi keperluan perniagaan yang unik. Dengan memanfaatkan kemajuan terkini dalam AI dan penyejukan cecair serta menyatukan jenama MiTAC bersama produk pelayan Intel DSG dan TYAN, MiTAC Computing menonjol lantaran teknologi pelayan yang inovatif, cekap dan boleh dipercayai serta penyelesaian bersepadu perkakasan dan perisian—bagi memperkasakan perniagaan dalam menempuh cabaran masa depan.
- Laman web MiTAC Computing Technology Corporation: https://www.mitaccomputing.com/
SOURCE MiTAC Computing Technology Corp.
Share this article