Gravity Game Unite (GGU) Berjaya Akhiri Sesi Pertemuan Pengguna Eropah untuk MMORPG PC 'Ragnarok Zero: Global'!
KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Julai 2026 /PRNewswire/ -- Gravity Game Unite (GGU), subsidiari Malaysia kepada syarikat permainan global Gravity, mengakhiri dengan jayanya "Ragnarok Zero: Global European User Meetup" yang diadakan di Jerman.
Gravity Game Unite (GGU) menganjurkan acara luar talian pertamanya untuk pengguna Eropah di Frankfurt, Jerman pada 18 Julai. Acara tersebut dianjurkan bagi menunjukkan komitmen syarikat untuk memberikan perkhidmatan secara langsung kepada pasaran Eropah serta membina hubungan jangka panjang bersama komuniti tempatan.
Acara itu dihadiri oleh barisan eksekutif utama Gravity Game Unite (GGU), termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Yoshinori Kitamura, selain ahli pasukan pembangunan Ragnarok Zero: Global. Pengguna tempatan, pempengaruh dan wakil media turut hadir, seterusnya mencerminkan jangkaan tinggi terhadap permainan tersebut. Eropah merupakan salah satu rantau yang menerima maklum balas amat positif semasa tempoh OBT Ragnarok Zero: Global. Kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Yoshinori Kitamura menekankan kepentingan acara itu serta komitmen Gravity Game Unite (GGU) untuk menyediakan perkhidmatan khusus kepada komuniti Eropah.
Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Gravity Game Unite (GGU), diikuti dengan pengenalan judul permainan oleh pasukan pembangunan, pembentangan mengenai arah tuju perkhidmatan dan pelan hala tuju untuk Eropah, sesi ceramah pembangun yang membawakan pandangan di sebalik tabir, sesi soal jawab bersama pengguna serta sesi jaringan antara pengguna, pembangun, wakil media dan pempengaruh. Para peserta turut menerima barangan eksklusif serta menikmati pelbagai aktiviti yang direka untuk mencipta kenangan yang berkekalan.
Gravity Game Unite (GGU) menyatakan bahawa ia merancang untuk memperkukuh komunikasi bersama pengguna melalui perkhidmatan secara langsung Ragnarok Zero: Global. Sepanjang acara tersebut berlangsung, pasukan pembangunan mendengar maklum balas pengguna dan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai perkara, di samping mengesahkan semula komitmennya terhadap hala tuju perkhidmatan selepas pelancaran permainan itu serta pertumbuhan komunitinya di Eropah.
Harry Choi, Presiden Gravity Game Unite (GGU), berkata, "Acara ini merupakan satu pencapaian penting dan meletakkan asas yang kukuh bagi kemasukan Gravity Game Unite (GGU) ke pasaran Eropah. Kami sedang membuat persiapan rapi bagi membalas sokongan dan semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh pengguna sepanjang OBT. Kami akan terus mewujudkan peluang untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan komuniti tempatan kami."
Kekal Berhubung
Pemain boleh mengikuti saluran rasmi Ragnarok Zero: Global untuk mendapatkan berita dan perkembangan terkini.
Sertai OBT: https://roz.mygnjoy.com/en/event/obt
Pradaftar: https://roz.mygnjoy.com/event/prereservation?media=pr9
Discord: https://discord.gg/bFg77WjcHT
Facebook: https://www.facebook.com/ragnarokzeroglobal/
Instagram: https://www.instagram.com/ragnarokzeroglobal/
YouTube: www.youtube.com/@RagnarokZeroGlobal
TikTok: https://www.tiktok.com/@ragnarokzeroglobal
SOURCE Gravity Game Unite SDN. BHD.
Share this article