ViaBTC Lancar Kempen "Proof of Decade" Sambut Ulang Tahun ke-10
HONG KONG, 27 Mei 2026 /PRNewswire/ -- ViaBTC Group, penyedia infrastruktur blok rantai global terkemuka, hari ini mengumumkan pelancaran kempen ulang tahun ke-10 yang menyaksikan pencapaian penting sejak penubuhannya pada 2016. Kempen tersebut meraikan sepuluh tahun pembangunan berterusan, perkhidmatan yang boleh dipercayai dan komitmen jangka panjang kepada pelombong, pedagang dan pengguna kripto di seluruh dunia.
Tema "Proof of Decade" mendapat inspirasi daripada bahasa konsensus blok rantai seperti Proof of Work dan Proof of Stake. Pada 5 Jun 2016, ViaBTC melancarkan secara rasmi perkhidmatan kumpulan pelombong, memulakan perjalanan yang sejak itu berkembang untuk menawarkan perkhidmatan kepada dua juta pengguna merentas lebih 150 negara dan wilayah. Sepanjang dekad yang lalu, ViaBTC memastikan kumpulan pelombong Bitcoin beroperasi secara berterusan tanpa gangguan perkhidmatan serta mengekalkan salah satu kadar blok yatim (orphan) terendah dalam industri, sekali gus membantu mengurangkan kerugian blok tidak sah dan melindungi pendapatan pelombong dengan lebih baik.
ViaBTC Pool secara konsisten tersenarai antara kumpulan pelombong Bitcoin terkemuka dunia berdasarkan kuasa pemprosesan komputer (hashrate) dan kini menduduki kedudukan global No.1 dalam perlombongan gabungan LTC/DOGE, perlombongan ZEC dan perlombongan BCH. Ia menyokong lebih sepuluh mata wang kripto PoW utama, dengan menyediakan perkhidmatan perlombongan yang selamat, stabil dan cekap di seluruh dunia.
Selain perlombongan, ViaBTC Group telah membina ekosistem lebih luas yang ditunjangi oleh CoinEx, platform tukaran mata wang kripto globalnya yang menawarkan perdagangan selamat, dompet berbilang rantaian dan pengurusan aset kripto bersepadu di lebih 200 negara dan wilayah. Dengan menghubungkan perkhidmatan perlombongan, perdagangan, penyimpanan dan aset, ia menyediakan pengalaman kripto semua-dalam-satu yang lancar.
"Bagi ViaBTC, kepercayaan dibina melalui penyampaian yang konsisten, pendapatan telus, penyelesaian yang adil dan sistem yang stabil. Ketika kami memulakan langkah ke dekad seterusnya, kami akan mendukung komitmen ini dalam ekosistem yang lebih luas dan terus membina infrastruktur yang boleh dipercayai oleh industri blok rantai," kata Haipo Yang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ViaBTC Group.
Sepanjang kempen "Proof of Decade", ViaBTC akan melaksanakan satu siri inisiatif ulang tahun untuk pengguna dan rakan kongsi di seluruh dunia, termasuk sambutan komuniti di pasaran utama dan kempen kumpulan hadiah bernilai $100,000 yang bermula pada 2 Jun 2026.
Latar Belakang ViaBTC Group
Ditubuhkan oleh Haipo Yang pada Mei 2016, ViaBTC Group ialah penyedia infrastruktur blok rantai terkemuka dengan ekosistem merangkumi ViaBTC Pool, CoinEx Exchange, CoinEx Wallet dan ViaBTC Capital. Ia menawarkan perkhidmatan kripto lancar merentasi perlombongan, perdagangan, pengurusan aset serta modal teroka dan hari ini menduduki kedudukan No.1 dalam perlombongan gabungan LTC/DOGE, menawarkan perkhidmatan kepada lebih dua juta pengguna di seluruh dunia. Layari https://www.viabtc.com/ untuk maklumat lanjut.
SOURCE ViaBTC Group
Share this article